AES KASI TARUK! INI SEBABNYA MENTERI PENGANGKUTAN KENA LETAK JAWATAN! WAJIB BACA

Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan bodoh menjelang pilihan raya umum.

Setelah lebih dua minggu diperkenalkan, AES telah menjadi satu bebanan politik kepada Barisan Nasional dan kerajaan. Rata-rata rakyat biasa melihat pelaksanaan AES adalah satu cara kerajaan menambah perbendaharaan negara bagi menampung perbelanjaan dan subsidi kerajaan yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ramai yang memomokkan penerima “Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)” sebagai penerima wang saman AES.

Kementerian Pengangkutan mendakwa AES diperkenalkan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi had laju. Alasan mereka banyak kemalangan maut terhasil akibat kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Alasan ini bukan sahaja belum dibuktikan secara tuntas tetapi juga menampakkan sikap kerajaan cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka.

Untuk tujuan perbahasan, kita kena akui bahawa kelajuan yag melampau hingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan boleh mendatangkan kemalangan yang dahsyat. Ini merupakan hukum fizik yang tidak lagi boleh disangkal. Di sinilah perlunya had laju, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang supaya kita boleh mengukur tahap kelajuan melampau pemandu.
Kita juga kena akui bahawa kelajuan yang berlebihan dalam jarak yang dekat dengan kenderaan lain akan menyebabkan kemalangan. Ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang mahu membuat polisi mengenai had laju.

Justeru adalah sangat menyakitkan hati apabila kita disaman kerana memandu di lebuh raya tiga lorong yang sunyi-sepi pada kelajuan 110 KM/J hanya kerana had laju tempat tersebut 90KM/J.

Apakah had laju yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah telah dibuktikan secara saintifik sebagai titik kritikal dalam menentukan kemalangan di sesuatu kawasan? Saya fikir ia adalah merupakan satu hal yang sangat meragukan. Tinjaun penulis secara umum mendapati terdapat had-had laju yang ditetapkan langsung tidak masuk akal bagi sesetengah kawasan.

Saya tidak berniat untuk membincangkan siapa yang mendapat kontrak dan siapa yang mendapat untung dalam perniagaan ini. Lumrah dunia jika berniaga mesti mahu untung. Namun terdapat tiga isu utama yang jelas menunjukkan pemasangan AES bukanlah bertujuan mengatasi kemalangan jalan raya tetapi untuk mengutip saman.

Pertamanya, terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J.

Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa.
Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini.

Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya.

Boleh JPJ terangkan kepada kita mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?
Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya – lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J. Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?

Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju.

Hujahan pertama ini juga menjawab mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. “Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati.”

Keduanya, tindakan menetapkan jumlah kompaun saman yang sama tanpa mengambil kira kelajuan menunjukkan tembelang sebenar pembuat polisi kerajaan. Semua orang yang faham logik akan tahu bahawa memandu kenderaan dengan kelajuan 110 KM/J tidak sama bahayanya dengan mereka yang memandu kenderaan pada tahap 170 KM/J atau 200 KM/J.

Namun kerajaan menetapkan jumlah saman yang sama kadarnya ke atas mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan tanpa mengambil kira jumlah kelajuan tersebut.

Sebagai contoh dalam sistem saman AES, sebuah kereta dipandu 110KM/J pada laluan had laju 90KM/J akan menerima jumlah kompaun yang sama dengan mereka yang memandu 200 KM/J pada laluan yang sama. Maaf cakap, hanya orang bodoh sahaja beranggapan memandu 110 KM/J sama bahaya dengan memandu 200KM/J. Dan kumpulan manusia ini berada di kementerian Pengangkutan sekarang ini.

Dengan kadar kompaun yang sama tanpa mengambil kira had laju kenderaan ia menunjukkan kerajaan hanya berminat mengutip kompaun saman bukannya mahu mendidik rakyat atau mencegah kemalangan.

Bertambah jelas niat kerajaan apabila jumlah kompaun dikurangkan mengikut kecepatan orang yang disaman membayar saman. Sekiranya bayar dua minggu awal jumlahnya hanya RM 150. Jika bayar dua minggu lewat jumlahnya 200. Jika bayar selepas sebulan kompaun dikeluarkan jumlahnya RM 300.

Apakah bahaya memandu laju bergantung kepada berapa cepat bayar kompaun?Jika bayar cepat, bahayanya kurang?
Jadi jika sesiapa ada wang banyak macam “bapak-bapak Menteri, bapak-bapak Usahawan” bolehlah memandu Ferrari mereka selaju mana yang mungkin. Bayaran kompaunnya lebih murah daripada “penulis cabuk” macam saya yang hanya terlebih 15 KM/j daripada had laju. Ini kerana RM 150 bagi mereka hanya kos makan tengah hari, berbanding saya yang perlu menunggu gaji hujung bulan untuk bayar kompaun yang ketika itu sudah menjadi RM 300.

Ketiga, mengapa AES banyak dipasang di lebuh raya-lebuh raya berbanding jalan Persekutuan? Kebanyakan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan juga pengguna jalan Persekutuan.

Sebaliknya JPJ lebih berminat menangkap mereka yang menggunakan lebuh raya kerana di sinilah orang ramai lebih mudah melebihi had laju kerana jalan yang elok dan tiada kesesakan terutamanya waktu malam.
Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita buat terhadap keadaan ini? Kerajaan hanya mahu kutip saman. Inilah persepsi rakyat biasa. Tidak penting berapa banyak kenyataan Menteri Pengangkutan, hakikatnya rakyat melihat dan mempercayai sebaliknya.

Bolehkah Menteri Pengangkutan yang garang di kaca televisyen mempertahankan AES menjawab persoalan-persoalan ini?

Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan melakukan empat perkara berikut:

Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau. Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau. Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama.

Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep “alang telah terperangkap, baik terus bawa laju” akan diguna pakai. Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai.

Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun, kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju.

Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju. Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju.

Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan.

Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES. Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat. Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional. Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah!

Elok pecat sahaja Menteri Pengangkutan yang cakap serupa orang bodoh di dalam televisyen dan hanya menambah kemarahan orang ramai.

*Sebahagian artikel ini tersiar dalam Sinar Harian 18 Oktober 2012.

Sumber: MyKMU

44 Responses to "AES KASI TARUK! INI SEBABNYA MENTERI PENGANGKUTAN KENA LETAK JAWATAN! WAJIB BACA"

  1. suka dengan cadangan tuan yg ke 3 (dua kamera). nampaknya pegawai2 kementerian pengangkutan macam lembu cucuk hidung.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada YAB En Lim Guan Eng yang melaksanakan AES iaitu Agenda Ekonomi Seimbang yang memberi menafaat pada orang Pulau Pinang dan bukan AES yang dibawa UMNO yang kurang diminati orangramai.

    ReplyDelete
  3. mari kita pilih dap ha..ha,,

    ReplyDelete
  4. gua tak pernah miss mengundi setiap kali pilihanraya...tapi kalau dah melampau2...gua rasa tak payah la pegi mengundi pada PR13 nanti...sebabnya pasal AES... kerajaan jgn pandang ringan ye kuasa undi gua yg kais pagi mkn tgh kais petang mkn malam ni

    ReplyDelete
  5. Yang dok bawa laju tu UMNO. Laju sangat merompak sampai masa di PRU ini akan terbabas and masuk lubuk parti jahanam ini

    ReplyDelete
  6. Taniah House PK.. Tidak semestinya kita penyokong kerajaan bn terima semua perkara yg dibuat oleh kerajaan.. Setidak tidak bole dilaksanakan mengikut peringkat kesalahan 1.amaran 2.amaran terakhir 3. Saman..

    ReplyDelete
  7. kau pk bla la..kau jenis suka langgar undang2.malas dh aku nk baca blog bodoh kau

    ReplyDelete
  8. Xhabis2 dgn AES.. Bosan aku. Puak PR buat apa pn mmg diorang xkn undi BN, tp klu puak BN pun nk ugut krjn dgn hujah xjelas, semata2 nk tgk AES gagal, so aksi melanggar undang2 akn tetap berlaku xkira lah di jalan raya ataupn di Dataran Merdeka..

    ReplyDelete
  9. isu AES x akan banyak memberi kesan kpd PRU 13 ini kerana rakyat dah tau siapa yg mereka nak undi....kalo setakat Guan Eng nak laksanakan Agenda Ekonomi Seimbang ini hanya lah lawak kartun dari pemimpin PR kerana sudah hampir penghujung penggal baru nak perkenal....persembahan badut utk budak tadika boleh la...apa apa pun banyak yg akan mengundi BN...insyallah....yg penting jatuhkan pemimpin yg x bemoral.....ALLAHUAKBAR!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. go to hell with AES..go to hell with JPJ & the stupids / idiots in the Government

    ReplyDelete
  11. Marah sama itu najib, kenapa dia benarkan menteri pengangkutan buat cadangan AES ni.

    Kalu korang langgar peraturan & kena denda rm300, senang jer nak bayar. suruh anak, bini, mak, adik korang jual lubang puki. kalo lubang puki ketat letakkan harga mahal rm400-500 sekali sondol. Hasilnya, korang dpt duit, sekaligus menggalakkan industri GEISHA d msia yg tercinta ini.

    ReplyDelete
  12. Bro berapa percent orang JPJ, Polis boss-boss pejabat kerajaan yg kena saman? satu kajian harus dibuat. aku tak caya % dia kurang. mereka macam kita juga bawak kereta suka hati. tapi sebab "status" saman masuk tong sampah je atau di delete. kadang-kadang tengok mat-mat naik motor kena saman kesian juga

    ReplyDelete
  13. hahaha sendiri cari penyakit ... itu lah pasal , takde pasal jangan cari pasal , menteri pengangkutan ni dari mana ? MCA ka ? come on lah asyik jadi duri dalam daging je...

    ReplyDelete
  14. hallo house pk

    nampaknya sedara org yg suka melanggar undang2 jalan raya, taraf pemikiran org yg menentang AES ialah sama seperti pembangkang, membangkang walaupun kebaikan adalah majoriti rakyat yakni pemandu.

    pernahkah sedara terfikir, berapa ramai yg maut dan parah gara2 pemandu dan sikap seperti sedara house pk yg melanggar undang2 .....

    pergilah ke hospital, tanyalah mangsa kepada pemandu2 yg kurang ajar (mcm pembangkang dan house pk), memandu laju sehinggakan menyebabkan kemalangan membabitkan orang lain termasuk pejalan kaki, kedai2, rumah2 dll........

    hanya org yg bersikap buruk dan keji shjlah yg selalu menentang undang2 mahupun hukum TUHAN.

    kalau siapa2 yg mahu mengundi pembangkang silalah, tetapi jika nerlaku kemalangan yg menyebabkan kematian ibubapa, adik beradik, isteri atau sedara mara lantaran sikap pemandu yg keji dan memandu secara berbahaya, hanya pada masa itulah, kamu semua akan faham, ianya tiada kena mengena dgn UNDI atau AES, sebaliknya sikap biadap, keji dan kurang ajar pemandu2 dan penulis blog ini yg rendan metaliti.

    di negara2 yg mengamalkan AES, kerajaan bertukar2, tetapi AES tetap diteruskan..............

    Bodoh punya penulis, house PK

    Rakyat Yang Patuh hukum Syariat dan undang2, selagi ianta memberi kebaikan kepada semua........

    ReplyDelete
  15. TOLAK AES TOLAK BN

    ReplyDelete
  16. INGAT NAK UNDI BALIK BN TAPI APAKAN DAYA KERANA AES TERPAKSA UNDI PEMBANGKANG.

    ReplyDelete
  17. INGAT NAK UNDI BALIK BN TAPI APAKAN DAYA KERANA AES TERPAKSA UNDI PEMBANGKANG.

    ReplyDelete
  18. INGAT NAK UNDI BALIK BN TAPI APAKAN DAYA KERANA AES TERPAKSA UNDI PEMBANGKANG.

    ReplyDelete
  19. kerajaan buat perkara yang betul hanya demi keselamatan dan mengurangkan kadar kemalangan..
    tetapi kalau sampai dah bebankan rakyat sangat...
    kerajaan ambil la langkah sewajarnya...

    ReplyDelete
  20. TERBAIKLAHAPA PK CAKAPKAN NI AKU MMG SOKONG HABIS,MANANYA TIDAK KALAUKERETAMEWAH PECUT PUN KOMPAUN SAMA KITA YG BAWA KERETA BIASA KALAU TERLEBIH SIKITPUN KENA SAMAN DGN HARGA YG SAMA.KALAU NAK MEMDIDIK BKN KOMPAUN CARANYA BUATLAH KEMPEN KE BETAPA BAHAYANYA SESEORANG YG PANDU LAJU.SKRG NI ALANG2 DAH LAJU DAH TENTUKITA AKAN TERUS MEMECUT KERANA MMG DAH KENA SAMAN APA NAK PERLAHAN LAGI. INI AKAN JADI LAGI HURU-HARA NANTI PERCAYALAH AES NI MMG TAK SESUAI LANGSUNG DILETAK DI JLN LEBUHRAYA.

    ReplyDelete
  21. Org yg tpt dia tak ada aes pun nak gebang besar jugak.

    ReplyDelete
  22. aku sokong dgn cadangan yg ke tiga iaitu 2 kamera baru pemandu akan rasa takut sikit ini tidakkalau terlebih sikit pun kena saman fikirlah tak semua org mampu nak byr saman serta merta mesti kena tunggu gaji barublh bayar ini kan lagi menyusahkan rakyat aje.

    ReplyDelete
  23. dol mat,
    apa susah, ko jual jer puki adik beradik & mak nenek ko. Tak lupa jual puki kesayangan bini ko tu. Pasti boleh bayar saman.

    ReplyDelete
  24. vavi... vavi .. umnuuuu.. vavi..mca.... vavi bn.....



    aes..... 10% untung!!!!!!!!!!!!!!! vavi....gila vavi... house pk ..vavi *&@^^^@75434,,,<<>>

    ReplyDelete
  25. Tu dr awal tajuk ni aku cakap PK dan RBF tu Trojan Horse PR. Isu ni terlalu sikit dan pembangkang pun xfokus 'ketat' mcm 2-3 ekor blogger HARAM Trojan Horse ni.

    Sengaja 'perangat' utk bg puak2 PR bawak ni sbg isu ugutan untuk BN krn UMNO yg jd Trojan Horse ni pn jenis ANJING jugak.. jenis langgar undang2.

    Percayalah, jika BN menang besar PRU13, bloggers HARAM berwajah BN ni dululah yg akan buat demo/rusuhan jika hajat dan nafsu syahwat mereka tidak dipenuhi.

    PK ni aku mmg xrespect dh sbb aku tgk stail samseng, kaki carut, bebal mcm org tak betul bila ditegur.

    Tapi dia tegur orang lain berasap mcm nk gaduh xkiralah pd PR atau sblh Krjn.. bahasa2 tepi longkang digunakan utk YES pd isu yg dibawanya.

    Aku nmpak Sabotaj BN/UMNO akan berlaku banyak PRU13 nnt kerana dasar perjuangan xjelas..xde tertib.
    Biarpun aku bukan org PAS, tp org PAS aku lihat mereka tertib dlm menegur pimpinan.. itulah kelebihan mereka. jadi musuh luar susah nk join masuk tikam pimpinan wpun merepek dan nyayuk mcm Pok Nicky


    Malangnya dlm BN wpun banyak kebaikan pimpinan buat, sikit sj kelemahan.. org BN sndiri yg khianat, konon nk tegur krjn.. tegur cara samseng..

    Seminar mentaati Pemimpin disuruh puak BERSHIT/PR patuh tp dlm BN/UMNO sndri cmm HARAM.. tikam menikam dr peringkat bahagian sehinggalah pd bloggers longkang PK ni.

    Isu AES menunjukkan betapa BEBAL nya manusia bila diri sndiri kena sekat dengan undang2..

    AES sistem yg baik, cuma baiki pd kelemahanya, undang2 jalan raya wajib diketatkan ramai yg xberdosa, anak2 kecil, isteri, org tua2 jd mangsa kerakusan di jalan raya pemandu2..

    Takut kena saman dn xde duit nk bayar so MEMANDULAH dengan BERSOPAn dan IKUT UNDANG2! FULL STOP!!

    ReplyDelete
  26. aes idea yg bodoh..tukar je lah benda lain semua aku setuju

    ReplyDelete
  27. anon 8.28 ko bwk keta laju2 bila nak byr saman ko jual je puki mak ko ko byr abis cite..ko tak yah sibuk pasal org lain nak byr mcm mana tau sial..kang aq jentik telur ko br ko tau tu pun dpn aes blh dia ambik gambo

    ReplyDelete
  28. kerajaan yang semakin kuat maknanya kurangkan pungutan ato kutipan duit kat rakyat,cukai murah,buat permit niaga murah,banyak kerajaan bagi kemudahan ke rakyatnya,..tapi kalo kerjaan besarkan dan banyakan jenis kutipan dan saman kat rakyat,maknanya kerajaan neh dah nak bengkraf.Negara maju ato kaya air murah,letrek murah,tambang LRT murah,bahan makan murah,gaji pekerja awam dan swasta tinggi.kalo saman dah jadi income negara maknanya negara dah tak dapat cari duit lain,kodatang kat kampong sg panjang sabak bernam ramai orang miskin dan rumah tak layak huni,kais pagi makan pagi,apa yang pegawai bawah repot kat Najib semua tak betul,kabinet neh kena tipu oleh pegawai bawahan.salam

    ReplyDelete
  29. salam,

    Saya berpendpat AES ni berniat jahat....loong 3 lane had laju 80 km/h. padahal seblum sampai kawasan berkamera hadlaju 90km/j. So please lajgn buat idea bodoh. Orang kat JPJ tu jgn berlagak sangat la buat AES ni tanpa pk...korang boleh la buat apa pon tak kene saman....cermin gelap tak saman, bawa laju tak saman.....sbb korang kenal...aku nak minta pendedahan House of PK cuba dedahkan berapa byk pegawai JPJ yang melanggar akta JPJ (cerin gelap, no plate dan lain-lain). berapa byk yang disaman. Tu la bila buat bende pk orang yang selalau mempunyai kuasa tapi tak pernah akur dengan undang2 ni la jadiknya. Undang2 bodoh dan samdol.

    ReplyDelete
  30. Ko tu yang bodoh anon 12.39.
    Dlm dunia xde org yang mati kerana bawa perlahan. Ilmu fizik pun beritahu kalau bawak slow maka makin rendahlah momentum dan impact.

    Yang jd masalah skrg pemandu Malaysia yg berlagak samseng, buli pemandu yang kecil2 mentang2 mereka kereta besar. Ko boleh mampos ke kalau drive at 80kmj? AKu rase ramai pemandu skrg hasil dr benih dr mak bapak Mat-Minah REMPIT, sbbtulah mcm dh xboleh HIDUP kalau xbawak laju..

    Mentaliti bodoh rakyat.. semua mahu murah, free, buat salah jgn tangkap.. anon 7.26 ko pergi berambus le ke negara yg boleh kasi ko benda2 tu..

    Nak masuk syurga Allah pun kena susah payah hidup dgn mcm2 ujian di dunia dn gandaan ibadah. Mana ada senang2 ko nk idup macam tu..

    Pergi berambus lah ke negara lain.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ko lagi bangan Anon 4.25....tgh highway bawa 60km/h mmg la yg slow tu tak mati...yang belakang tu yg sensara. Tau tak apa nama Highway??? Bangang takleh diajar ko tu.....HIGHWAY...HIGHWAY bawa kena laju....Ni pi letak kamera kat HIGHWAY yang kene bawa 80km/h pastu HIGHWAY tu turung bukit!! Kalau bawa tgh malam kawasan HIGHWAY takder kereta ko nak bawa 80 km/h?? Tak bahaya la bangang oiiii!!! Ni jalan persekutuan piotong double line ada dia tangkap?? semua kamera dok kat highway...padahal kelajuan dalam 2% je penyebab kemalangan!! Bodoh nak mampus!! Orang potong double line, orang bawa 60km/h kat highway, orang potong masa selekoh ni la patut ditangkap gambar. Tgk la statsitik kemalangan semua di jalan persekutuan SAMDOL!!! BUKAN HIGHWAY!! Yang kat HIGHWAY ni yang selalu masuk sukabar!! BODOH tahap HIGHWAY la ko

      Delete
  31. UMNO/bn nak laksana AES tak minta pandangan rakyat tp bila laksana HUHUD liat,tu la ini la ...kena mintak pandangan rakyat dulu la konon......

    ReplyDelete
  32. 1) AES hanya dipasang di tmpt BLACKSPOT SHJ (tmpt yg byk berlaku kemalangan maut shj).
    2) langgar undang2 tetap langgar. tak kira la brp km/j yg lebih. kalau mkn bulan puasa tetap berdosa tak kira la mkn seminit lepas subuh, sejam lps subuh atau mkn time tengahari.
    rakyat msia x suka membaca sbb tu ramai yg BODOH (termasuk blog trojan horse PR ni).

    ReplyDelete
  33. aku tak tau lah nak cakap apa dah pasal aes ni.tp ape yg ak buleh ckp.aku pun dh meluat tengok benda2 ni jd rupa makan diri kita jer.ramai pengundi2 atas pagar dh tau parti mana depe nak undi pru 13 ni..terime kasih br1m.bab cmform aku jugak yg fanatik umno ni jugak tk lama lg akan jauh dari parti bernama umno.gare2 semua ni.bukan setakat aku je.sebenar ye ramai kwn2 aku dh muak dan dh basi dengan sistem umno selame ni wat keje semua ye kantoi lepas bagi br1m.wat benda ni..semua org dah tau dh maksud ye ape.termasuk kami jugak dlm bn ni..lain tk lain dari nak kebas duit rakyat..dah lama aku bersabar bila tengok member2 dlm umno pn dh makin berpecah pasal benda ni..dlm dewan rakyat pn dh nampak bn sama bn bertekak pasal benda ni..so apa keuntung yg dpt??????semua ya musnah pasal 1 benda aes ni je..lur pikir la sendiri padah ye pada pru 13 ni

    ReplyDelete
  34. Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. <<-- aah memang.. tak masuk akal.. tak de sebab tengah drive 110km/h kekadang kereta tak banyak pun.. tetiba turun 90km/h.. lagi la mengundang kemalangan kat situ.. paling tak puas hati ni.. memang tiap tiap bulan aku kena saman speed trap kat area tu.. puiii

    ReplyDelete
  35. My brother suggested I might like this blog. He was entirely right.
    This post actually made my day. You can not imagine simply how much time I had spent for
    this information! Thanks!

    Also visit my webpage: insomnia al pacino
    My web-site insomnia ues

    ReplyDelete
  36. I am sure this post has touched all the internet people, its
    really really pleasant article on building up new website.


    my web-site ... insomnia ecards
    Also visit my page - insomnia lyrics periphery

    ReplyDelete
  37. Nice blog here! Also your site loads up fast! What host are
    you the usage of? Can I get your associate link to your host?
    I wish my website loaded up as fast as yours lol

    Also visit my weblog insomnia.4shared.com
    My web site - insomnia pregnancy

    ReplyDelete
  38. Hi, this weekend is fastidious designed for me, for
    the reason that this moment i am reading this fantastic educational paragraph here at my residence.



    Feel free to surf to my page ... insomnia 8 hours sleep
    My website > insomnia 8dpo

    ReplyDelete
  39. Usually I do not read article on blogs, however
    I would like to say that this write-up very forced me to check out and do
    it! Your writing taste has been surprised me. Thanks,
    very nice article.

    Also visit my webpage ... insomnia blog
    Here is my web page : insomnia 8 weeks pregnant

    ReplyDelete
  40. Usually I do not read article on blogs, however I would like to say that this write-up very forced me to check out and do it!
    Your writing taste has been surprised me. Thanks, very
    nice article.

    Here is my webpage: insomnia blog
    Also see my web page - insomniac gamers

    ReplyDelete
  41. I used to be suggested this web site by my cousin.
    I am no longer sure whether this put up is written by means
    of him as nobody else realize such specific approximately my problem.
    You're incredible! Thanks!

    Here is my weblog :: insomnia kills
    Also see my webpage > insomnia 3 days

    ReplyDelete
  42. Thanks for finally writing about > "AES KASI TARUK! INI SEBABNYA MENTERI PENGANGKUTAN KENA LETAK JAWATAN! WAJIB BACA" < Liked it!

    Also visit my web blog - insomnia signs
    My web page ... insomnia song

    ReplyDelete
  43. I do not even know how I ended up here, but I thought this post was good.
    I do not know who yoou are but definitely you're going to a
    famous blogger if you arre not already ;) Cheers!


    Also visit my web page; Why Not Check Here

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!