TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA DIATAS KEPRIHATINAN ANDA!

Ini kisah yang pernah disiarkan oleh Perak Today tidak lama dulu pasal seorang budak yang ada masalah telinga. Klik sini

Alhamdulillah, bantuan rakyat Malaysia yang prihatin telah membuatkan anak kecil ini mendapat peluang untuk rawatan yang diperlukan. Marilah kita baca kisah yang sangat menyentuh hati ni dibawah:

Berkat sokongan dan bantuan masyarakat Malaysia yang prihatin, Adik Aleesya Analia Norhaid, selamat menjalani pembedahan implan koklear di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) pada 30 Ogos lalu, sekaligus memberi sinar harapan baru kepadanya untuk menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Selepas kisahnya mendapat liputan meluas di dada akhbar dan elektronik termasuklah Peraktoday.com, bantuan kewangan datang mencurah dari seluruh negara, kata ibunya, Nor Aainy Kamal Bashah.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia yang begitu prihatin dengan masalah kewangan yang kami hadapi untuk menanggung kos pembedahan yang berjumlah RM77,000.

“Namun, di atas keprihatian rakyat negara ini, pembedahan itu berjaya dilaksanakan melalui Tabung Bantuan PPHUKM yang menyumbang RM50,000,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Ditanya perkembangan terbaru Aleesya Analia selepas menjalani pembedahan itu, si ibu berkata, anaknya kini menjalani terapi pertuturan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada setiap minggu.

Dalam tempoh enam bulan akan datang, Aleesya Analia juga akan menjalani terapi audio di PPHUKM bagi memastikan pembedahan implan koklear yang dijalankan itu berjaya.

“Selepas pembedahan itu, Aleesya Analia sudah mula memberi respon positif dan saya berharap anak saya dapat mendengar dan bertutur sama seperti kanak-kanak normal lain pada masa akan datang,” tegasnya lagi.

Baca seterusnya di Perak Today...

10 Responses to "TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA DIATAS KEPRIHATINAN ANDA!"

  1. Ni baru seorang..yg beribu lg tu camana?siapa nk tanggun?

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULLILAH ADIK ALESYA DAH SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN. SEBENARNYA RAKYAT MALAYSIA INI MEMEANG PRIHATIN DGN PERKARA2 SEBEGINI DAN DIHARAP PADA MASA AKAN DATANG RAKYAT DAPAT MEMBANTU LAGI PADA YG MEMERLUKAN.

    ReplyDelete
  3. diharap aleesya dapat menjalani hidup secara normal lepas ni dan berkat doa ibu dan ayahnya ALLAH telah makbulkan. inilah ibu bapa contoh tak give up semudah itu utk anaknya dan akhirnya mereka mendapat bantuan dari rakyat dan anak mereka tlh selamat menjalani bedah. anon 12.22 selagi kita bernama manusia haruslah kita menolong pada yang memerlukan. sebenarnya ada byk org prihatin tentang hal2 sebegini.

    ReplyDelete
  4. SYABAS PERAK TODAY KERANA BERJAYA MENYELESAIKAN MASALAH IBU BAPA ALEESYA DGN MENDAPAT BANTUAN UNTUK MENJALANI PEMBEDAHAN ANAK MEREKA. DI HARAP PADA MASA AKAN DATANG PERAK TODAY NEWS DAPAT MEMPAMERKAN LAGI TENTANG ORG2 YG MEMERLUKAN BANTUAN.

    ReplyDelete
  5. Taniah kepada Perak Today news dan PPHUKM kerana andalah adik aleesya berjaya menjalani pembedahan dan sudah sihat. diharap adik aleesya dapat menjalani hidup yang normal seperti kanak2 yg lain.

    ReplyDelete
  6. woi anon 1.39 apa yg bahasa kurang sopan ni, ce cite kat aku.

    ReplyDelete
  7. nie la kelebihan rakyat malaysia..sangup membantu walaupun tak kenal...masa depan si adik aleesya sama dengan kanak2 normal yang len....moga2 adik aleesya nie cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah masih ramai rakyat malaysia yg masih berhati baik lagi... Pe2 pun aku pun tumpang gembira sekali

    ReplyDelete
  9. Terbaik lah masih ada rakyat malaysia yg prihatini ni semua mesti org umno yg bg klu harap kan pas ke pkr ke dap ke mmg tak lah... Takat nak main telur org mmg drg pandai

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!