BIAR BETUL! LEE CHONG WEI BAKAL JADI CALON BN DI PULAU PINANG?

Sukan sememangnya mampu menyatukan rakyat sesebuah negara. Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa dan Nelson Mandela telah membuktikannya.

Di Malaysia juga sama di mana setiap kali acara sukan yang menyaksikan pasukan Malaysia beraksi, pasti semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama dan fahaman politik, akan bersatu menyokong pasukan negara.

Benar, ada segelintir yang bersifat khianat terhadap negara sendiri serta tiada semangat patriotisme mahupun kesukanan seperti ADUN DAP, Manoharan Malayalam dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat, namun jumlah mereka terlalu kecil dan tidak mampu menggoyah semangat perpaduan majoriti rakyat Malaysia di dalam sukan.

Oleh itu, dengan kemenangan pingat perak Dato’ Lee Chong Wei dalam sukan Olimpik yang sedang berlangsung, ramai yang mula memperkatakan tentang kemungkinan beliau akan dinamakan sebagai calon pilihanraya. Lebih-lebih lagi apabila terdapat komen-komen positif dari peminat beliau yang mengaku akan mengundi beliau sekiranya beliau dicalonkan. Semua orang bersetuju bahawa Chong Wei telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia.

Menurut desas-desus, ada pihak yang sedang mencuba untuk menamakan beliau sebagai calon di Pulau Pinang. Jika ini benar, ia mungkin juga sesuatu yang positif bagi mengimbangi penguasaan DAP yang gemar meniupkan api perkauman dan menghapuskan semangat cintakan negara di kalangan rakyat.

Dengan sikap Manoharan yang memperlekehkan pingat perak Chong Wei telah dengan sendirinya membuktikan bahawa DAP tidak pernah berkongsi aspirasi dan semangat negara ini.

Justeru, memandangkan Chong Wei boleh dikatakan sebagai simbol perpaduan dan semangat rakyat Malaysia, pencalonan beliau dalam pilihanraya mungkin mampu membantu rakyat yang telah tersasar gara-gara terpengaruh dengan DAP/PR, agar kembali menghargai bumi yang dipijak serta langit yang dijunjung ini.

Pencalonan Chong Wei sebagai calon pilihanraya adalah tidak mustahil menjadi nyata kerana sebelum ini, Soh Chin Aun, bekas Kapten Bolasepak Malaysia yang terkenal pernah dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihanraya 1986 di Kota Melaka. Bagaimanapun, beliau telah kalah kepada Lim Guan Eng dengan majoriti lebih 17,000 undi.

Namun, ini tidak bermakna yang Dato’ Lee Chong Wei juga akan kalah jika bertanding memandangkan rakyat benar-benar dahagakan seorang tokoh berjiwa rakyat dari kaum bukan Melayu yang mampu mempengaruhi rakyat berbagai kaum untuk menghayati semangat 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri.

Jika faktor ini diambil kira, kita tidak ragu-ragu lagi bahawa wira badminton kita ini adalah termasuk dalam kategori ‘calon boleh menang’ yang kita cari-cari dalam PRU nanti.

Bagaimanapun, ini hanyalah desas-desus dan sekiranya ia benar maka mungkin Malaysia perlu fikirkan semula satu perkara, iaitu: Apakah kita lebih memerlukan Dato’ Lee Chong Wei untuk mengharumkan nama negara di dalam sukan badminton atau kita lebih memerlukan beliau untuk turun padang memberi penerangan serta menghulurkan bantuan kepada rakyat bagi pihak BN?

Yang pasti, melahirkan seorang wira badminton bertaraf dunia tidak semudah mencari calon pilihanraya!

Untuk itu, Syabas Dato’ Lee Chong Wei! Malaysia sentiasa bersamamu, tak kira menang ataupun kalah.

17 Responses to "BIAR BETUL! LEE CHONG WEI BAKAL JADI CALON BN DI PULAU PINANG?"

  1. MEMANG BAGUS DESAS DESUS NI BAHAWA DATO LEE CHONG WEI JADI CALAON BN PULAU PINANG, TAPI DAPATKAH KITA MENCARI SEORANG PENGGANTI YG SAMA TARFNYA MCM BELIAU UTK MENGANTIKAN TEMPAT BELIAU. BAGI AKU DLCW SESUAI MENJADI PEMAIN NEGARA NO 1 KERANA NOT EASY TO FIND ANOTHER PERSON TO BE LIKE HIM. UNTUK CALON POLITIK TAK SUSAH SGT NAK CARI SENANG AJE ASALKAN PANDAI BERCAKAP KITA BLH BAGI SKRIP BACA PADA SETIAP CERAMAH.

    ReplyDelete
  2. aku sokong habis kalau jadikan lee chong wei sebagai calon bn di pulau pinang mesti ramai penyokongnye. confirm bn dapat penang dari haprak punya dap. tapi mesti cari pengganti sama taraf mcm chong wei dan latih org baru kerana lee chong wei pun dah sakit lututnya pun masih bermain demi negara. mana ada pelapis beliau dah tiba masanya rakyat buka mata lee chong wei dah byk menyumbang dlm kesukanan negara apa kata kita tgk beliau dlm berpolitik pulak mesti gempak beb.

    ReplyDelete
  3. ade ke pengganti chong wei yg telah mengharunkan nama negara kalau ade apa salahnya beliau cuba nasib dlm politik pulak kerana rakyat bersatu tdk kira bangsa dan kaum hanya utk menyokong beliau.

    ReplyDelete
  4. aku blm nampak sorang pun yg blh gantikan chong wei, oleh itu aku x berapa sokong beliau jadi calon bn kat penang. apa kata mano tempoh hari DS Rosmah bunag duit rakyat pergi sokong chong wei dei thambi lu langsung takde semangat kesukanan. org pergi bagi semangat dan inspirasi pada chong wei lu sibuk mcm haram kasi api taruk pada rskyat.

    ReplyDelete
  5. fuyoo gua tak sangka beb chong wei jadi calon BN kat penang....gerenti guan eng anak haram sial tu mati meroyan sebab sebangsa dengan dia menentang dia...terus kan usaha mu choong wei...kami rakyat malaysia menyokong anda

    ReplyDelete
  6. ok lah 2 LCW mmg idola aku..
    so aku mmg akan sokong die kalau betul niat die nak masuk politik...
    why not kan kalau die nak masuk politik...yang penting pandai tunaikan janji dan fikirkan tentang kebajikan rakyat..

    ReplyDelete
  7. bagus pe kalau LCW bertanding,lagi2 kalau dia jadi calon kat pulau pinang.
    pembangkang mst x tido malam punye kalau LCW bertanding,maklum lah dia kan ramai peminat diserata malaysia.
    mmg guan eng terduduk lah kalau dia bertanding di pulau pinang,meroyan lah guan eng tu.
    pe pun aq tetap sokong LCW,aq lagi sokong kalau dia nk bertanding.
    biar pembangkang meroyan,pembangkang dasar parti yg bodo

    ReplyDelete
  8. nantikan jawapan dari pihak pembangkang yg bodoh,mereka akn kata ni semua nk pancing undi.....BN dah xde cara nk tarik pengundi cina so dia guna CW sebagai calon BN,BN nk cri publisiti......pembangkang mana boleh terima kalau CW jadi calon, confirm guan eng terpelanting punye dalam PRU13.....mmg terbaik lah kalau CW bertanding di PP,guan eng celaka haramjadah tu pasti akn kalah

    ReplyDelete
  9. kalau LCW jdi calon BN mmg bgus pun.. aku sokong sepenuhnya sbb org mcm dia mmg layak pun..
    sbb kita blh tgk mcm mn LCW tu bertungkus lumus berjuang utk menaikkn nma ngra kita nie..
    he deserve it..

    ReplyDelete
  10. Memang Baguslah Kalau Dato Lee Chong Wei Jadi Calon Pulau Pinang.
    Lee Chong Wei Ni Memang Bagus Orangnya.
    Komfenlah Kalau Lee Chong Wei Jadi Calon Mesti Guan Eng Manusia Tak Berguna Tu Akan Jatuh Teruk.

    ReplyDelete
  11. DLCW ni pemain terbaik negara.
    susah untuk mencari pengganti macam DLCW.
    tapi kalau DLCW nak jadi calon bn di penang pon ok jugak

    ReplyDelete
  12. sedih jugalah kalau lee chong wei dah tak menjadi pemain untuk malaysia.cara chong wei ni bermain badminton pon hebat.
    dia telah mengharumkan nama malaysia.

    ReplyDelete
  13. Btol ke nie?
    atau propa PR?
    O_o which is which?

    tapi if its true then good....who knows LCW can be great

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. hrmm. kalau LCW betul menjadi wakil rakyat dan menang tempat bertanding kemudian dipilih menjadi menteri sukan itu adalah satu tindakan yang sangat baik! aku percaya LCW boleh menaiktarafkan sistem kesukanan di Malaysia. mungkin itu cita-cita LCW? jika benar maka terbaiklah pilihan LCW sebabgai MP.

    ReplyDelete
  16. sehingga kita berjaya mendapat pelapes yang unggul seperti LCW ataupun lebih baik daripada dia barulah LCW boleh bertanding sebagai MP. negara masih memerlukan khidmat LCW dalam melatih protege terbaru LCW untuk mengalahkan rekod-rekod LCW. setakat ini, pemain badminton negara tiada yang setanding ataupun melebihi LCW.

    ReplyDelete
  17. Kesian LCW beliau diugut untuk mengiklan untuk parti barua ni

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!