AYUH KIBARKAN JALUR GEMILANG! JAUHI SIKAP ANTI PATRIOTISME!

SABAN tahun menjelang sambutan kemerdekaan negara kita, akan ada saja kenyataan dan komen negatif seperti disengajakan akan terpancul keluar, rata-ratanya datang dari kalangan politikus parti pembangkang.

Semacam ada gerakan subversif yang mahu menyemai kebencian dan menyemarakkan semangat anti patriotisme dikalangan rakyat sedang dijalankan oleh segelintir politikus’ membaiki labu air.

Biasanya gerakan mereka bermula dengan polemik mempertikaikan rekabentuk bendera kebangsaan, Jalur Gemilang yang acapkali cuba dikaitkan dengan bendera Amerika Syarikat hanya semata-mata beberapa warnanya sama.

Sedangkan sebuah negara lain di Afrika iaitu Liberia, benderanya juga seakan sama seperti bendera Amerika namun tidak pernah ianya menjadi polemik sehingga menyebabkan hilang rasa hormat rakyat terhadap panji kemerdekaan negara mereka.

Malah Iran yang sentiasa seringkali dipuja puji oleh pembangkang khususnya PAS juga memiliki rekabentuk bendera yang hampir sama seperti India, cuma berbeza dari segi warna merah dan oren serta kedudukan atas bawah warna hijau, tidak pula pernah pemimpin pembangkang di negara tersebut menjadikannya pertikaian.

Demikian jua dengan Syiria, Iraq dan Yemen, jalur merah putih dan hitam melintangnya sama yang berbeza cuma kedudukan objek ditengah lajur putih sahaja pun tidak sesekali rakyat pernah tersilap mengibarkan bendera, malah tidak juga hilang kecintaan mereka pada ibu pertiwi.

Begitu juga dengan jiran kita Indonesia dan Singapura, sekalipun bendera mereka memiliki jalur warna merah putih sama seperti Poland, pantang sekali untuk mereka menghina panji negara masing-masing apatah lagi untuk merasa segan untuk mengibarkannya.

Read more...

12 Responses to "AYUH KIBARKAN JALUR GEMILANG! JAUHI SIKAP ANTI PATRIOTISME!"

  1. Bendera PAS mcm bendera Bangladesh .... apapun tema depa memang tak boleh tahan .... "Sebangsat, Seneraka dan SakitJiwa" ...

    ReplyDelete
  2. i love my malaysia jom kita ramai2 kibarkan jalur gemilang di rumah masing2

    ReplyDelete
  3. aku bangga dgn negara aku...ayuh kibarkan jalur gemilang

    ReplyDelete
  4. hidup malaysia,i love malaysia.
    aq bangga jadi rakyat malaysia,marilah kita kibarkan jalur gemilang.

    ReplyDelete
  5. jd rkyt Malaysia mmg satu kebanggaan..
    ayuh besama2 mengibarkn jalur gemilang kita...

    ReplyDelete
  6. aku bersyukurs sangat yang
    aku dilahirkan di malaysia.
    malaysia memang terbaik...

    ReplyDelete
  7. mari kita kibarkan jalur gemilang.
    sanggat berbangga menjadi rakyat malaysia...

    ReplyDelete
  8. SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA!

    aku pernah merantau di negara orang.. melihat hujan emas disana..

    namun, bak kata pepatah hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri lebih baik negara sendiri!

    ReplyDelete
  9. jom kibarkan bendera negara tumpahnya darah kita! negara yang dalam rantau asia tenggara ni antara termaju! aku berbangga dan bersyukur dengan kejayaan negara kita! alhamdulillah! perkara seperti ini barulah wajar kita laungkan takbir! bukan takbir atas ceramah politik!

    ReplyDelete
  10. Your Red represents steely will
    Your White represents clean and kind character
    Yellow of the Sovereign, the country's protector
    Blue for all of us in unity
    You have reached the heights of the world
    You have traveled the wide waters
    Bearing the spirit of independence
    We are members of its successful will
    Fourteen stripes across
    For each of the states of Malaysia
    One voice, one spirit
    So its sovereign citizens solemnly swear
    Jalur Gemilang, beneath your care
    Jalur Gemilang, we unite
    Sovereign unity
    Malaysian citizens' good charity
    Jalur Gemilang, how proud we feel
    Jalur Gemilang, proclaim our vision
    Red, white, blue, yellow
    Are the stripes of our resolve
    (2x)
    Flutter-on, flutter-on, flutter-on
    Jalur Gemilang

    ReplyDelete
  11. Merahmu bara semangat waja
    Putihmu bersih budi pekerti
    Kuning berdaulat payung negara
    Biru perpaduan kami semua
    Puncak dunia telah kautawan
    Lautan luas telah kauredah
    Membawa semangat jiwa Merdeka
    Semarak jaya kami warganya
    Empat belas melintang jalurnya
    Semua negeri dalam Malaysia
    Satu suara satu semangat
    Itu sumpah warga berdaulat
    Jalur Gemilang di bawah naunganmu
    Jalur Gemilang kami semua bersatu
    Perpaduan ketaatan
    Amalan murni rakyat Malaysia
    Jalur Gemilang megah kami terasa
    Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
    Merah, putih, biru, kuning
    Jalur semangat kami semua
    (3x)
    Berkibarlah!, berkibarlah!, berkibarlah!,
    Jalur Gemilang!

    ReplyDelete
  12. rakyat malaysia sekalian patut syukur sangat2 sebab duduk kat negara yang da aman dari perang...mari la kita kibar kan bendera dan kenang jasa pada mereka yang korban demi untk merdeka!!!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!