Akibat kegagalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan tugas dengan sempurna, peniaga makanan di kawasan Stadium Perak terpaksa menanggung kerugian apabila pelanggan semakin berkurangan kerana masalah bau busuk yang berpunca daripada longgokan sampah sarap dan longkang yang tersumbat.
Tinjauan Perak Today ke kawasan berkenaan mendapati wujud masalah penyelenggaraan sampah selain saliran longkang yang tersumbat yang menyebabkan bau busuk hingga menjejaskan minat pelanggan untuk menjamu selera.
Difahamkan masalah telah berlaku sejak dua tahun lalu ekoran longgokan sampah yang dibuang di kawasan berhampiran tidak diuruskan pihak berwajib malah dibiarkan sehingga berhari-hari.
Seorang peniaga yang ditemui memberitahu, masalah sampah yang tidak diangkut telah menyebabkan bau yang busuk, sekaligus membuat pelanggan hilang minat menjamu selera di situ.
“Sudah tentu setiap hari ada sampah sisa makanan dan jika tidak diangkut sampai dua hingga tiga hari, ia pasti menimbulkan bau busuk yang membuatkan pelanggan saya kurang senang.
“Apabila masalah ini berlaku, pelanggan tak nak datang ke kedai saya lagi dan terus lari ke tempat lain. “Bau busuk sangat kuat terutama pada waktu tengah hari,” katanya.
Read more...

Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBI, apabila saman memang sangat cekap dan laju, tetapi apabila amanah kerja seperti ini, lembab dan bodoh sombong. Tanyalah Datuk Bandar, apa yg dia buat? Cakap banyak dan kunjungi kenduri kendara , seminar dan kempen sahaja. Tidak pernah melihat Datuk Bandar menjenguk atau buat tinjauan kerja seperti PM Najib.
ReplyDeleteCukai Pintu selalu naik, kerja mcm itu , malahan semakin merosot.................tak caya, cuba tinjau kawasan perumahan yg diduduki Datuk Bandar dan VIP2, bersih dan terjaga, siap ada sapu sampah lagi. Kawasan2 biasa, seperti kawasan perumahan kos rendah spt tmn jati, tmn meru dll, mana ada org sapu sampah..........semak samun dgn lalang dll.............hati sakit matapun sakit
penduduk Ipoh 45 tahun
tmn meru
bapak gila kotor.. geli aku nak lalu kalau dekat2 tong sampah tak berkutip ni
ReplyDeleteDatuk Nizar!uba pergi tinjau2 dan buat komen kau2 sikit sama itu Datok Bandar, cakap sama dia kalau dah tak pandai kerja Ehem ehem lah, mana ada orang makan gaji buta?
ReplyDeleteNampaknya Perak Today lebih efektif jadi YB dari YB Pas yang kuat ceramah dan buat fitnah
ReplyDelete