WAHAI KHALID GAGAP! MANA PERGINYA RM1 BILLION WANG RAKYAT DI SELANGOR?

KUALA LUMPUR, 3 Julai - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong mendakwa transaksi RM1 bilion oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sebagai amat mencurigakan.

Beliau turut mendakwa transaksi mencurigakan itu berkait rapat dengan langkah kutipan semula hutang yang melibatkan syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor itu.

Chua Tee Yong berkata Talam Corporation Berhad (TALAM) telah berhutang sejumlah RM392 juta kepada tiga anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor.

Tiga anak syarikat yang dimaksudkan adalah Universiti Selangor (UNISEL), Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) dan SAP Holdings Berhad (SAP) berjumlah RM277 juta. SAP merupakan anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini turut mendakwa Laporan Tahunan terkini KHSB menunjukkan kerajaan negeri masih lagi berhutang RM115 juta kepada ketiga-tiga anak syarikat tersebut memandangkan tiada sebarang pembayaran dilakukan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini telah memperuntukkan RM392 juta melalui bajet tambahan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2009 serta mendakwa TALAM telah melangsaikan kesemua hutang-hutang berkenaan dan berjaya mengutip semula hutang bagi pihak ketiga-tiga anak syarikatnya itu.

Sebelum itu, Chua berkata beliau menerima maklumat mengenai urusan yang tersembunyi di sebalik transaksi yang merumitkan malah berkaitan dengan pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat.

Ahli Parlimen Labis itu juga mendakwa kerajaan negeri telah membeli aset bernilai RM676 juta untuk menyelamatkan TALAM. TALAM dikatakan telah mendapat wang tunai lebih daripada RM200 juta yang telah dibayar kepada 'banker' mereka.

Bercakap pada sidang media di Bangunan MCA di ibu negara tadi, Chua mencabar kerajaan negeri mendedahkan kesemua aset yang dibeli, cara penilaian atau asas-asas yang digunakan untuk melakukan pembelian.

"Kerajaan PR Selangor mesti menerangkan kepada rakyat mengenai pembelian aset berjumlah RM676juta dan penggunaan peruntukkan sebanyak RM392 juta yang menjadikan transaksi bernilai RM1bilion ini penuh dengan tanda tanya dan menimbulkan banyak kecurigaan." ujar Chua kepada pemberita.

Sumber: KL Pos

2 Responses to "WAHAI KHALID GAGAP! MANA PERGINYA RM1 BILLION WANG RAKYAT DI SELANGOR?"

  1. eh parpu.

    takkan lu tak tau mana pegi duit tu?

    dia beli babi lar!

    ReplyDelete
  2. house pk: pencacai kemaruk bagi anak bini makan taik

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!