TERKINI! REMAJA ADALAH KHAZANAH NEGARA YANG TAK TERNILAI!

Generasi muda adalah aset dan khazanah negara yang tidak ternilai, sekaligus menjadi pelaburan penting untuk menjamin masa depan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia tidak boleh hanya dijadikan sebagai slogan tetapi akan diamal dan dipraktikkan dengan sedaya upaya agar khazanah dan aset berharga negara ini dapat dicanai supaya golongan remaja benar-benar menyinar masa depan negara.

“Kita tidak mungkin akan berjaya dalam proses transformasi jika pembangunan modal insan tidak utuh dan kuat.

“Sehubungan itu, apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli persatuan beruniform seperti Pandu Puteri dan Pengakap merupakan wacana yang baik untuk mereka menyiapkan diri untuk masa depan, sekaligus mewarisi kepimpinan negara,” katanya ketika menyampaikan amanat di hadapan lebih 4,000 ahli Pandu Puteri dan Pengakap sempena Majlis Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri di Stadium Negara, dekat Kuala Lumpur, petang tadi.

Majlis julung-julung kali yang dianjurkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) itu dilhamkan oleh Yang Di Pertuanya, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Perdana Menteri berkata lagi, beliau amat tertarik dengan ekspresi yang diluahkan ahli persatuan itu yang ingin berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara selari dengan falsafah persatuan yakni ‘Tolong Orang Selalu’.

Read more...

9 Responses to "TERKINI! REMAJA ADALAH KHAZANAH NEGARA YANG TAK TERNILAI!"

  1. sALAM, jika sudi mohon pautkan blog sy di blog tuan.
    http://revolusimindamelayu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Sudah lah menipu. Orang muda bukan bodoh. Mereka tolak parti kuno dan reput rosak macam UMNO

    ReplyDelete
  3. Apa najis menghargai orang muda?.........peeeeeeweeet!ada makna tu....boleh belah la bro!

    ReplyDelete
  4. Anon 12.03
    Awak betul, org muda bukan bodoh, tapi yg bodoh adalah awak dan pecacai pakatan aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh, kena sebijik

      Delete
  5. DIATAS NI ADA DUA ANON YG TAK TAU BERSYUKUR. TUNJUK KEBODOHAN KT SINI. SANGGUP JADI BALACI CINNADAPP. GOBLOK

    ReplyDelete
  6. perhimpunan baik untuk remaja dari perhimpunan yang merosakan pemikiran remaja dengan perhimpunam jalanan yang merosakan harta awan dan pemikiran org muda

    ReplyDelete
  7. perhimpunan aman dan mendekati org muda ke arah kebaikan daripada merosakan akidah org muda dengan perhimpuanan jalanan yang merosakan akidah org muda.biar kamu je rosak akidah

    ReplyDelete
  8. umno adalah platform utk bt duit bagi yg ada kedudukkan..yg xda jadilah barua seumur hidup..banggang

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!