SEBARKAN! ANAK KECIL INI PERLUKAN BANTUAN UNTUK PEMBEDAHAN!



“Pastinya sesuatu yang amat bermakna bagi saya apabila dapat melihat Aleesya Analia Norhaid menjalani kehidupan yang normal sama seperti kanak-kanak sebayanya yang dapat mendengar dan petah berkata-kata selepas menjalani pembedahan implan koklear yang membabitkan kos berjumlah RM77,000,” demikian tegas Nor Aainy Kamal Bashah, ibu kepada kanak-kanak itu yang semakin buntu kerana tarikh pembedahan yang ditetapkan kian hampir.

Dek kekangan hidup lantaran suami yang tidak bekerja kerana sakit, membiayai kos pembedahan RM77,000 dilihat mustahil baginya yang hanya meraih pendapatan RM1,600 sebulan.

“Mujurlah Ipoh Spealist Hospital (KPJ) menghulurkan sumbangan RM10,000 untuk membiayai sebahagian kos pembedahan yang dijadualkan sekitar Oktober atau November depan.

“Dengan pendapatan sebagai kerani dan suami tidak bekerja kerana sakit , harapan kami sekeluarga untuk melihat Aleesya Analia menjalani pembedahan tampak kabur tanpa sokongan dan bantuan kewangan daripada orang ramai,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Sehubungan itu, beliau katanya, mengharapkan ada pihak di luar sana sudi menyalurkan sumbangan bagi membantu anak keduanya itu menjalani kehidupan yang lebih ceria di masa akan datang.

Nor Aainy berkata, ketika ini, anak perempuannya itu mendapat rawatan di Klinik Telinga, Hidung dan Tekak, Pusat Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang disahkan cacat pendengaran sensori neutral di kedua-dua belah telinga.

Read more...

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke nombor akaun CIMB 0803-0061795-52-8 atas nama Nor Aainy Bt Kamal Bashah atau menghubungi talian 017-2720930 untuk maklumat lanjut.

14 Responses to "SEBARKAN! ANAK KECIL INI PERLUKAN BANTUAN UNTUK PEMBEDAHAN!"

  1. kesiannya... mohon orang ramai dapat bantu anak kecil ini

    ReplyDelete
  2. Bhai PK..

    Thanks atas hebahan nih.. nanti gua usahakan sikit aper yang boleh...

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan... Disini kami memohon masukkan link blog Warigh Nogori ke dalam senarai blog list Tuan dan untuk pengetahuan Tuan, blog hebat tuan telah pun kami senaraikan ke dalam blog list kami... Demi perjuangan, diharap Tuan dapat berikan kerjasama... TQVM.

    Url blog kami: http://warighn9.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. kesiankan tgk budak nie..
    marilah sama2 kita m'bntu budak ini dan berdoa agar dia dpt menjalani kehidupan sprti budak2 yg lain..
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  5. prince of noob,
    mohon org ramai je, kamu tak nak bntu ke??

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, bntulah anak kcil ini..
    marilah kita sma2 berdoa dibulan yang mulia ini agar Allah s.w.t memberi bntuan kepada anak kcil ini..amin..
    disamping berdoa klu dpt memberi sumbangan lgi bgus..bg yg berkemampuan..

    ReplyDelete
  7. semoga ada ramai insan yang sudi menghulurkan bantuan.
    somoga anak kecil ini dapat menjalani kehidupan yang normal seperti kanak-kanak yang lain..amin..

    ReplyDelete
  8. Kesian nye tgk budak ni mari lah kita beramai2 berdoa untuk adik ni dan juga bantu dia sebanyak yg boleh di bulan yg mulia ini

    ReplyDelete
  9. Kenapa tak buat di hospital kerajaan je klu tak mampu

    ReplyDelete
  10. Kesiannye budak ni tak dpt hidup ceria mcm budak2 yg lain... Mari lah kita beramai ramai hulurkan bantuan kepada dia..kepada pihak pembangkang.. Drpada duk buat keja dosa menfitnah org di bulan yg baik ni baik kita bantu budak ni dpt pahala byk..... Daripada bantu pembangkang dpt bala je

    ReplyDelete
  11. Let us all help the little girl and their family. If we cant donate, at least lend a helping hand by making doa for them to be happy and may Allah save this little child, insya allah.

    ReplyDelete
  12. "Kenapa tak buat di hospital kerajaan je klu tak mampu"

    kadang-kadang spesialis yang diperlukan tiada tak pon alatan yang diperlukan tiada.

    lagipun, kos pembedahan dan kos implan tersebut memang mahal, 77k tu sudah kira alhamdulillah murah sebab dua implan adik ni kene pakai. mahal woo satu koklear implan tu...

    ReplyDelete
  13. Pak Cik doakan agar adik aleesya dapat menjalani pembedahan ini. insya allah, akan ada jalan yang terbuka nanti untuk kita usahakan duit tersebut. sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha mengasihani.

    ReplyDelete
  14. marilah sama2 kita bntu adik aleesya ini..insyaAllah Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!