PAS AHLI NURAKA! FAUZI SHAARI DITOLAK PAS LARUT DARI MENJADI CALON! KENAPA?

Antara nama yang seringkali diusung dan dijadikan modal oleh PAS adalah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Fauzi Shaari. Dengan gambaran, Fauzi adalah cerminan kepada sokongan anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya itulah dakwaan dan tohmahan PAS serta Pakatan Rakyat!

Setelah puas diusung ke sana ke mari untuk berceramah, tibalah masanya untuk PAS menguji keberkesanan ayam tambatan baru mereka. Fauzi Shaari cuba dicalonkan di Parlimen Larut.

Ahli Parlimen Larut sekarang adalah Dato’ Haji Hamzah bin Zainuddin, dari Barisan Nasional merangkap Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Pada PRU12 lalu, Hamzah bin Zainuddin telah berjaya mengalahkan Dr. Mohd Dhari Othman dari PAS dengan majoriti undi 1,911.

Bagaimanapun, PAS Kawasan Larut mempunyai pertimbangan yang lain. PAS Larut tidak memerlukan Fauzi Shaari sebagai calon Ahli Parlimen mereka, sebaliknya mereka lebih mempercayai Mohd Akmal bin Kamaruddin, manakala DUN Selama dan Kubu Gajah pula, PAS Kawasan lebih menaruh harapan kepada Dhari Othman dan Nazri Hj. Din.

Satu lagi DUN dalam Parlimen Larut iaitu DUN Batu Kurau. DUN Batu Kurau bagaimanapun, telah diserahkan kepada PKR untuk ditandingi bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Sepucuk surat dari PAS Kawasan Larut untuk Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mendedahkan bagaimana PAS Kawasan menolak cadangan meletakkan bekas Pengarah JSJ PDRM itu di Parlimen Larut. Sekaligus menunjukkan sudah wujud kebimbangan daripada jentera-jentera bawahan PAS tentang usaha-usaha yang mereka lakukan selama ini, akan dicantas oleh orang atasan semata-mata untuk memenuhi janji yang diberikan tatkala menarik individu seperti Fauzi Shaari ke dalam PAS.

Meskipun PAS seringkali mencanangkan konsep WALA’ dan TSIQAH untuk menunjukkan bagaimana ahli-ahli dan pemimpin peringkat bawahan mampu menjadi taksub dan membuta tuli, namun perkembangan terbaru ini menyaksikan bagaimana PAS Kawasan sudah mulai bimbang dengan pertimbangan tidak wajar yang seringkali diambil oleh kepimpinan pusat.

Namun sesuatu yang sangat menakjubkan ialah bagaimana individu-individu yang baru BERSALIN KULIT seperti Fauzi Shaari mendapat tempat yang jauh lebih istimewa berbanding mereka yang sudah lama berjuang di dalam PAS. Hanya kerana mereka pernah berkedudukan dalam jawatan, mereka boleh mengatasi semua usaha keras akar umbi PAS dan segala jerih-perih serta keringat yang ditabur semata-mata untuk memastikan PAS berada pada kedudukan sekarang.

Mungkin kerana itulah, PAS Larut bertindak tegas dengan melanggar WALA’ dan TSIQAH menerusi tindakan mereka menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Agung PAS sendiri.

SEL13.COM

21 Responses to "PAS AHLI NURAKA! FAUZI SHAARI DITOLAK PAS LARUT DARI MENJADI CALON! KENAPA?"

  1. Dalam Pakatan Rakyat takde kroni, yang ada nepotisme je....

    Mak nak jadi MP/ ADUN
    Anak jadi Naib Presiden / MP
    Menantu jadi ADUN
    Bapak jadi penasihat / MP

    Betui x?? Cube le lihat, dari parti hamPAS, DAPig sampai le ke PGayR... semua parti anak beranak..

    ReplyDelete
  2. Talam sepuluh muka mcm mamat tu dah ramai skang ni..... So, secara x langsung ia dah mencerminkan geng2 pakatan tu....

    ReplyDelete
  3. keh3...
    akhirnya bergaduh berebut kuasa sesama sendiri..
    elok la 2 semua gila kuasa dan pangkat..
    pilih ikot dan je..
    bkn ikut pengalaman atau bakat kepimpinan

    ReplyDelete
  4. biasalah tu geng2 pakatan mmg cenggini perangai mereka..
    kadang2 kita tak blh nak tafsir lgsg..

    ReplyDelete
  5. Pakatan gila kuasa,
    dah dapat kuasa salah pakai kuasa, Pakai kuasa untuk kepentingan sendiri ya!
    itulah Pas !
    itulah Pkr !
    itulah Dap !
    Itulah Pakatan harami!

    ReplyDelete
  6. PRU 13 bakal melihatkan kejatuhan Pakatan Harami!

    dah macam-macam penipuan dilakukan, pelbagai tohmahan, cacian dan janji yang dikotakan oleh Pakatan Harami ini...

    jauhilah perosak bangsa dan negara iaitu PAKATAN RAKYAT!

    ReplyDelete
  7. Kan dah nampak belang sekor2 sesama sendiri pun nak gaduh mmg dasar gila kuasa drg ni senua msk politik utk kepentingan hidup sendiri je bkn untuk rakyat pun... Dah terang2 kita nampak kan tp jgn rissu lah pembangkang dgn penyokong2 akan tukar cite plak nnt aku dah muak dgn game drg ni emmm

    ReplyDelete
  8. selangor dengan isu air nya, isu hutang nya, kelantan dengan isu hudud tidak terlaksana, kedah dengan isu jualan pasir dan kewibawaan MB disangkal, Pulau Pinang dengan politik bersifat rasis nya...

    pelbagai karenah dan masalah dapat dilihat dalam negeri-negeri Pembangkang... sekarang pula dengan isu gadh sesama sendiri? padanlah ustaz-ustaz telah keluar daripada PAS! kerana PAS telah tersasar jauh daripada perjuangan asal mereka!

    buku jingga pakatan rakyat hanyalah sekadar kertas buat tisu tandas kerana ideologi-ideologi yang tidak bernas dan tidak berasas... hentikanlah segla penipuan! hetikanlah segala tohmahan pada BN! hentikanlah segala perbuatan 'seks' dan LGBT anda wahai pakatan harami!

    ReplyDelete
  9. kalau pengundi(ahli) dah x suka calun tersebut tetapi masih juga dicalunkan memanglah calun tu sengaja menempah ajal.

    ReplyDelete
  10. FAUZI FAUZI AKHIRNYA KAU DISINGKIR JUGAK. APA KATA KAU PAS N PAKATAN TAK MUNGKIR JANJI, INI APA SUDAH JADI SAMPAI GADUH SESAMA SENDIRI. KELAKARLAH PARTI KRG NI MCM BUDAK2 SEKOLAH AJE. INILAH YG DIKATAKAN GILA KUASA.

    ReplyDelete
  11. ini belum undi pru 13, dah kucar-kacir jadinya. sah2 pakatan dan pas ni tak pandai memerintah tapi gila kuasa dan pangkat aje. ini blm jadi menteri lagi bayangkanlah org yg tdk ada pengalaman or bakat kepimpinan yg mahu memerintah mesti ranap negara jadinya.bertindaklah wahai manusia sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  12. ini belum undi pru 13, dah kucar-kacir jadinya. sah2 pakatan dan pas ni tak pandai memerintah tapi gila kuasa dan pangkat aje. ini blm jadi menteri lagi bayangkanlah org yg tdk ada pengalaman or bakat kepimpinan yg mahu memerintah mesti ranap negara jadinya.bertindaklah wahai manusia sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  13. TERANG2 DAH NAMPAK KEBODOHAN GENG2 PAKATAN TU, SESAMA SENDIRI DAH DENGKI MENDENGKI LAGI ADA HATI NAK REBUT KUASA UTK MEMERINTAH, YG KUANTITI SEDIKIT PUN TAK BLH KAWAL APATAH LAGI NAK MEMINPIN NEGARA. PERGI TANAM JAGUNG LAGI BAGUSLAH BEB.

    ReplyDelete
  14. Jaga2 mungkin Bekas ketua jenayah polis 2 join Pas sbb nk siasat dari dalam kepincancangan parti tersebut..

    ReplyDelete
  15. pakatan ni hanya memikirkan tentang diri sendiri untuk memiliki kuasa, tengoklah sesama sendiri pon nak bergaduh...memang dasar gila kuasalah mereka ini...

    ReplyDelete
  16. wkakakakakakakak padan muka beb rakyat da nmpk siapa baik siapa harami....gua ckop ska dgn cita nie...nie menunjuk kn bhawa nya pas 2 da sesat...rakyat xmau lu jd wakil rakyat...nti habis tmpt tu kna bala gara2 lu pnya psl...skrg lu blah blek kelantan ddk bwh kaki nik ajis mntak berkatan kt dye...wkakakakakaka

    ReplyDelete
  17. ni la perangai sebanar org2 PAS yg mempergunakan agama,sampai bila mereka nk berselindung dengan nama agama......semakin hari semakin terbongkar perangai org2 PAS,kuasa lah yg dikejar oleh puak2 PAS ni.......skrg tujuan mereka nk konker putrajaya,mereka giler kuasa dan pangkat......org cmni kalau perintah malaysia mmg melingkup lah............PAS,DAP dan PKR xde beza langsung,mereka bukan fikir pasal rakyat tp kuasa

    ReplyDelete
  18. hahaha pas da mula tnjuk warna sebenarnya...nie yg tawawi pemuda pas dok bngga2 kn?rakyat reject la woi..2 bermakna nya rakyat da taw pas ni penipu...nipu rakyat dgn guna nama agama...tuih!!

    ReplyDelete
  19. nie lagi sekor menatang xtw malu...blah la lu...rakyat da benci ngn pas nie...nipu rakyat gna agama...uda2 la 2

    ReplyDelete
  20. inilah buktinya PAS giler kuasa dan mereka bkn memperjuangkan agama.


    ni berita yang baru diterima yang disiarkan dalam Berita Harian hari ini yang memaparkan ulasan panjang dari seorang lagi pemimpin DAP iaitu Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.


    Menurutnya Pas tidak pernah berhasrat untuk melaksanakan hukum hudud seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat pakatan rakyat. Mereka telah bersedia menukarkan memperjuangkan negara Islam kepada negara kebajikan sahaja.

    Dalam manifesto bersama dalam pakatan rakyat pun tidak dimasukkan elemen-elemen Hudud kerana ini akan membuatkan pemimpin DAP kecil hati dan Pas bersetuju.

    Kenapa pula sejak akhir-akhir ini Ketua Pemuda Pas Nasruddin Tantawi berkata DAP bersetuju dengan hukum hudud. Ini bercanggah dengan persetujuan yang telah dibuat dalam mesyuarat pakatan rakyat.

    Menurut Seng Giaw lagi

    yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

    "Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (PAS) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.

    Malah, katanya hingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS Rabu lalu yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.

    Menurut Tan, isu hudud adalah satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.

    "Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.
    Mengulas mengenai pendirian DAP itu, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Chandra Muzaffar, berkata pendirian PAS untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak mendapat restu DAP menunjukkan kedua-dua parti itu banyak perbezaan dan tidak sealiran.

    Beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (JUST) berkata, kedua-dua parti berkenaan hanya berpakat kerana mereka mempunyai 'musuh' tertentu yang menghalang hasrat untuk merampas kuasa di peringkat persekutuan dan negeri.

    "Ini menunjukkan hubungan mereka satu hubungan yang beroportunis kerana mereka nak berkuasa, tak ada sebab lain," katanya.

    Dr Chandra juga berkata, tindakan PAS yang memberi keutamaan kepada hudud apabila berkuasa menunjukkan seolah-olah bahawa hukuman itu mencerminkan tamadun Islam.

    "Ini tak betul kerana yang mencerminkan kegemilangan Islam adalah ilmu pengetahuan dan keadilan," katanya.

    ReplyDelete
  21. diorg tu mmg tau mempergunakan agama je utk menarik rkyt..
    padahal blum tntu lh diorg tu bgus sgt pasal agama..
    hdup sndri pun terumbang ambing ada hati nak memimpin rakyat!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!