PANAS BERAPI! WAYANG DAP PENANG YANG TERLAMPAU!

Cadangan kerajaan Pulau Pinang untuk pembinaan empat blok unit rumah kos rendah dan sederhana di Jalan Chelliah, George Town, dianggap sebagai satu lagi janji pilihanraya DAP untuk memperlihatkan bahawa kerajaan Pulau Pinang hari ini adalah sebuah kerajaan yang prihatin terhadap nasib penduduk miskin.

Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa, menyifatkan pengumuman untuk membina rumah kos rendah di Jalan Chelliah itu hanyalah sebagai satu janji piliharaya yang akan berterusan sehinggalah tibanya pilihanraya kelak.

“Persoalannya, mengapa sudah lebih empat tahun kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang, mengapa hari ini baru mencanangkan pembinaan kos rumah rendah untuk rakyat berpendapatan sederhana di negeri ini?

“Mereka kata mereka ialah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat, tetapi prihatin apa macam ini? Selama empat tahun mereka memerintah, tidak ada satupun dalam pengetahuan saya, kerajaan membina rumah murah untuk membantu rakyat miskin dan golongan sederhana di sini,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Katanya lagi, mengapa sudah dekat-dekat dengan pilihanraya, baru nak umum itu dan ini konon-kononnya untuk rakyat kebanyakkan yang miskin dan sederhana.

Walhal kata beliau, sepanjang empat tahun pemerintahan DAP di Pulau Pinang, kerajaan negeri lebih menumpukan kepada projek-projek pembinaan rumah-rumah mewah yang harganya ratusan ribu, yang pastinya tidak mampu dibeli oleh rakyat di negeri itu.

Read more...

0 Response to "PANAS BERAPI! WAYANG DAP PENANG YANG TERLAMPAU!"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!