PANAS BERAPI 14 SEBAB WAJIB JAUHI PAS YANG SESAT LAGI MENYESATKAN!

1) Mengikut kaedah Usuluddin, barangsiapa yang meletak sifat kekurangan kepada Allah, mereka adalah salah. Murtadlah mereka jika sampai ke tahap itu. Kita sudah tahu sifat tuhan. Sifat Tuhan tu apa? Belajarlah sifat 20. Mengikut ulama Usuluddin,kita semua wajib belajar sifat 20 itu. Banyak lagi sifat Allah Taala tidak terhingga. tetapi sifat kekurangan itu yang tidak ada pada Tuhan. Sifat samseng itu sifat mahmudah kan atau sifat mulia kah yang (Nik Aziz) nak letak kat Tuhan tu?

- Ustaz Haji Mohd Yasin Mohamad, guru agama di Kelantan.

2) Kalimah hina Tuhan tu haram, kita nak kata tak boleh. Ulama yang bercakap lagu tu kena jauhi. Tuhan jangan disekutukan dengan satu apa pun tak boleh. Kita nak kata Allah Taala serupa tu(samseng) tak boleh.

- Tok Guru Haji Razak dari Pendang, Kedah.

3) Semua kita tahu belaka kata hukum menyamai sifat Allah dengan makhluk ini tak boleh. Menyamai zat Allah dengan zat makhluk tak boleh, menyamakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk tidak boleh. Itu jelas tentang apa yang dilarang dalam Islam dan sampai keluarnya agama.

- Syeikh Ismail Lotfi Al-Fatani, Rektor Kolej Islam Yala, Thailand.

4) Yang sebenarnya Nik Aziz ni dari segi pengajian dia hanya faham Quran dan Hadith. Itu sahaja. Dia pula belajar di India, dia bukan alim di Mekah. Dia alim di India. Dari segi Usuluddin dia tidak mendalami. Dia mendalami dalam Quran dan Hadith sahaja.

- Ustaz Haji Abdul Aziz Abdullah, bekas imam di Pangkal Kalong, Kota Bharu.

5) Benda-benda yang bersangkutan dengan Allat Taala kita kena teliti dan kita kena tengok. dan bila kita terjemah itu biarlah tidak mengelirukan dan orang boleh faham positifnya Allah Taala itu, sempurnnya Allah Taala itu. Manusia dimana-mana pun tak boleh sempurna, ada kesilapan. Tak kiralah dia tu orang awam ke, ulama dan sebagainya. Maknanya dia tak boleh cakap 100 peratus betul.

- Prof Madya Syed Omar Al-Saggaf, Rektor Institut Pengajian Islam Perlis.

6) Kalau orang sanggup kata Tuhan ni samseng ertinya dia terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah..

- Ustaz Haji Zainal Abdul Rahman, Kelantan.

7) Apa nama pun yang sebenarnya dia kena tafsirkan sesuai dengan keagungan Allah. Itu yang perlu. Bila samseng ni it sounds very bad sebut samseng ni. Kalau kita sandarkan kepada Allah sifat macam tu, ini satu benda yang tidak patut berlaku.

- Dr. Fakaruddin Abdul Mukti, Pensyarah Jabatan Akidah di sebuah universiti tempatan.

8) Sifat-sifat Al-Mutakkabir, Al-Jabbar, Al-Qahar itu hanya layak untuk Allah SWT. Manakala manusia ni (Nik Aziz) nak pertikaikan pulak, tak kesampaianlah sebabnya kita sendiri pun manusia dijadikan Allah SWT.

-Datuk Hassan Mat Jaya, Mufti Negeri Perlis.

9) Kalau ikut ilmu Tauhid, kalau perkara itu terbit daripada orang-orang alim ataupun wali-wali Allah sekalipun kena takwil juga dan haram. Kalaupun orang yang berkata itu dia kata ada maksudnya yang tersendiri, itupun haram juga itu kerana orang awam mendengarnya lebih-lebih lagilah akan jadi menyesatkan pula. Haram bercakap macam tu. Kalaupun nak diberi orang faham, kena cakap dalam majlis-majlis yang tertentu sahaja.

- Tok Guru Haji Hashim Daud, guru agama di Padang Sera Kedah.

10) Perkataan samseng ialah sifat mazmumah, sifat yang dicela oleh syarak. Jadi sebenarnya hujah Nik Aziz yang mengatakan kita orang Pas samseng maka Allah lebih samseng maka itu sudah menentang dengan akidah Islam.

- Ustaz Wan Ismail Wan Abdul Rashid, bekas Imam dari Kota Bharu, Kelantan.

11) Setiap nas Qati'e yang ada dalam Quran, misalnya Yaadon, nak terjemahkan dengan makna tangan tak boleh. Wajnun nak terjemah dengan makna muka tak boleh. Wajhun dengan makna Zat, supaya tadak kesamaran kepada umat Islam seluruhnya. Dengan demikian saya rasalah orang-orang yang mengatakan sifat Tuhan itu samseng perlulah bertaubat. Sebab imi adalah satu dosa besar.

- Haji Abdullah Ahmad, Pegawai dakwah negeri Kelantan.

12) Apabila seseorang manganggap dirinya lebih alim,lebih warak dan lebih besar semutal daripada orang lain, maka begitulah jadinya. Bercakap merapu dan meracau seperti orang kurang siuman. Jadi tidak hairanlah kalau di Kelantan ketika ini lebih ramai mempunyai manusia kurang siuman, sebab Tok Guru mereka yang kurang waras dan bersifat riak.

- Mat Daus Yunus, 72 tahun, Kampung Tok Lebir, pasir Mas, Kelantan.

13) Saya bimbang apabila anak-anak muda dan orang tua mendengar Tok Guru mereka kata Allah sanseng, nanti mereka akan mengiyakan dan tidak lagi menyembah Allah. jadi memang patut dia bertaubat.

- Mohamad Ishak, 65 tahun, guru Quran, Kg.Ana, Tumpat Kelantan.

14) Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mendengar ada manusia mengatakan Allah samseng, Selama ini saya tidak pernah diberitahu oleh Tok Guru di kampung bahawa Allah itu samseng.Apa yang Tok Guru saya ajar ialah tuhan itu maha kaya, maha penyayang, maha pengasih, dan maha pengampun.

- Haji Wan Ismail Yaakob, 70 tahun Guru Al-Quran, Ketereh Kelantan


GELOMBANG KICK

17 Responses to "PANAS BERAPI 14 SEBAB WAJIB JAUHI PAS YANG SESAT LAGI MENYESATKAN!"

  1. Apa nak jadi dengan parti pas skang ni??? Nak kata nak membela bangsa melayu islam kita mmg jauh api dr panggang.. Sedarlah yg dunia ni semakin hampir ke penghujungnya.. Bawa2 lah bertaubat dan kembali ke jln yg benar.. Tuk guru nik aZiz, sudah2 lah berpolitik tu... Baik bt benda yg lain.. Sedangkan Tun 'M pun dah berhenti inikan pula kita.,, baik bykkan dakwah islam... Ajak budak ke jln yg benar dr berdakwah pasal politik yg byk unsur fitnah dan salah.. Kan elok klu lagu tu

    ReplyDelete
  2. Kadang2 dunia ni mmg x adil tapi klu berkaiyan agama mintak pas jgn mempergunakannya demi kepentingan politik sbb nnt ada yg slah tafsir n jadi terlalu taksub cth seperti kejadian yg terjadi di putrajaya baru2 ni... Takkan kita nak tgg smpi berlaku pertumpahan darah baru nak sedar?????!

    ReplyDelete
  3. masalah nya ialah nama parti tu dibenar guna perkataan Islam...itu sahaja...mohon ROS kaji semula tentang nama agama pada pertubuhan... "Parti tu kata dalam Quran tidak ada ayat tentang Negara Islam...jadi nya mereka ubah jadi "Negara Kebajikan"...itu mereka yg semak selama lebih 50 dlm Quran...Ini lagi mudah untuk semak tentang memberi izin perkataan Islam sebagai nama Parti...

    ReplyDelete
  4. kalau begitu aku cadangkan PAS tukar nama kepada Parti Ukwanul Kebajikan Insan..atau ringkasnya PUKI..dan badan amalnya dinamakan Majlis Amalan Kebajikan..gabungkan jadi Parti PUKI MAK...

    ReplyDelete
  5. Orang yang sesat tak akan sedar selamanya.n.ajis sudah murtad sebenarnya,dia adalah syaitan yang menyesatkan ramai orang.Al-Juburit juga sudah lama murtad.Mereka ini cukup selesa bekerjasama dengan musuh Islam.Ini bukan soal politik lagi,ini soal usaha merosakkan Islam secara terang-terangan.Mana mungkin mereka ini penganut agama suci Islam jika itulah sifat yang mereka tonjolkan.

    ReplyDelete
  6. ha da terang lg suluh kn spe nik ajis 2 kn...bkn owg biasa yg ckp...tp mufti tok2 guru kta nik ajis nie da sesat tak waras.....yg ikot 2 lg3 bodo bahlol...otak udang

    ReplyDelete
  7. aku x paham napa nk guna agama utk kepentingan sendiri...sudah2 lah wei bwk2 brtaubat...takut lah hdp nie sekejap jer

    ReplyDelete
  8. Apa lah nak jadi ngan pas ni..... Makin lama makin byk drg melibatkan agama.. Makin lama makin menjadi perangai org2 pas ni tak takut mati ke krg ni... Mainkan agama

    ReplyDelete
  9. pening kepala aku tgk nik aziz ni... Klu ko btl2 ikot islam kenapa ko tak letak jawatan ko g beribadah je... Tu br btl ko ikot jalan yg benar skrg ni ko dah byk terpesong syg sgt

    ReplyDelete
  10. APA NAK JADI DGN PARTI PAS NI, JGN PERGUNAKAN AGAMA DLM POLITIK KERANA NANTI KAFIR AKAN KERTAWAKAN ORG ISLAM. MALULAH SIKIT KRG NI.

    ReplyDelete
  11. sayang lagi sayang..menggunakan agama untuk kepentingan politik sampai terkeluar dari akidah..dari berpolitik memfitnah satu sama lain lebih baik ilmu yg ada 2 gunakan untuk mengajar org ke jalan yg benar bkn menyesatkan

    ReplyDelete
  12. sayang lagi sayang..menggunakan agama untuk kepentingan politik sampai terkeluar dari akidah..dari berpolitik memfitnah satu sama lain lebih baik ilmu yg ada 2 gunakan untuk mengajar org ke jalan yg benar bkn menyesatkan

    ReplyDelete
  13. Aku pelik napa org masih tak nampak lg penipuan pas ni lg... Sudah2 lah lah tu bukak lah mata kamu semua tgk bertapa dajjal nye pAs itu

    ReplyDelete
  14. de org kate dia dah hampir sama dgn nabi,tu yg leh ckp ALLAH tu samseng.....aziz tu dah tua,x takut ke dia ckp cmtu...bile2 mase je dia akn terjun ke kubur tp still masih xmau tinggal kan politik....skrg penganut2 PAS yg tegar ni nk ckp pe,semua tuduhan ni tipu ke.....pe yg 14 ustad tu ckp tipu la,dia org saja nk kena kan aziz ke....bukti dah de dpn mate,PAS ni semakin hari semakin sesat....kembali lah kepade pangkal jalan sebelum terlamabt

    ReplyDelete
  15. bawak-2lah bertaubat wahai ahli-2 pas sekalia apakah kamu tau apa yang kamu lakukan adalah benar kejalan yang benar kamu bawak.....apanak jadi dgan orang-2 pas ni makin lama makin terok

    ReplyDelete
  16. NAK BUAT MACAMANA.....PAS ADALAH HABITAT TEMPAT BERHIMPUNNYA SPESIS-SPESIS YANG SAKIT ROHANI DAN MATI JIWA.....HILANG AKAL DAN TIDAK BERAPA SIUMAN....SELAGI HABITAT ITU TIDAK ROBOH DAN SELAGI TU LAH BINATANG @ SPESIS PAS TERUS BERTAPA DAN BERMUNAJAT DI BAWAH RIMBUNAN SEMAK SAMUN MEREKA.....KEPADA CERDIK PANDAI PAS YANG TERBACA TULISAN AKU TOLONGLAH SANGKAL DAKWAAN AKU INI...KALAU NIK AJIS JAWAB AKU LAGI SUKA NAK DENGAR DAN AKU UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH....yang benar ABE ZUL KELATE.

    ReplyDelete
  17. APA NAK DIKATO....PAS SEUMPAMA HABITAT KOTOR TEMPAT BERKUMPULNYA SPESIS-SPESIS YANG SAKIT ROHANI DAN MENTAL BERKUMPUL DAN BERMUNAJAT....MEREKA JUMUD DAN SOMBONG TANPA MENGETAHUI KEADAAN SEKELILING.....DUNIA MEREKA SEUMPAMA DI BAWAH TEMPURUNG GELAP TERLETAK DI DALAM GUA YAANG MAHA KELAM TANPA TANPA ADA SETITIK CAHAYA YANG MENEMBUSI......JIWA MEREKA TURUT KELAM...ITULAH MANUSIA DALAM PAS..PENUH KEJI DAN TERCELA SAHINGGA TIADA TOLOK BANDINGNYA LAGI........kepada ahli pas yang terrer tolong sangkal tulisan aku ini APA YANG PASTI PENGANUT PAS ITU TOLOL....termasuk seluruh pemimpin mereka.....YANG IKHLAS ABE ZUL KELATE.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!