NASIHAT TUN M KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA! WAJIB DIBACA

Penyebaran dakwah dengan cara kekerasan bakal mengundang pandangan buruk terhadap umat dan agama Islam itu sendiri hingga disalahertikan sebagai agama pengganas.

Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata penyebaran dakwah Islam menggunakan cara kekerasan menyebabkan agama itu tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat Islam dan bukan Islam.

Disebabkan persepsi yang begitu buruk telah dilemparkan terhadap agama Islam, maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam membetulkan perseptif salah yang sedang berkembang dalam fikiran masyarakat Barat, katanya lagi.

“Masyarakat kini hidup di zaman era maklumat di mana pandangan, ideologi serta pemikiran dari aspek fizikal mahupun pemikiran individu-individu yang lain mudah terpengaruh dalam masa yang begitu singkat.

“Rakyat kita kini mempunyai ilmu serta akal fikiran yang untuk berfikir, namun disebabkan ia (maklumat) datang dengan bertalu-talu menyebabkan fikiran kita mudah terpengaruh dengan perkara sebegitu,” tambah beliaunya ketika menyampaikan ucapan dasar dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Ke-51 di Taiping, hari ini.

Sehubungan itu, Tun Mahathir menegaskan sebagai umat Islam menjadi keperluan untuk mereka melengkapkan diri dengan ilmu supaya dapat memberi pengajaran kepada umat Islam khususnya remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan serangan moral yang cuba dibawa masuk oleh Barat.

Katanya, jika umat Islam kurang membaca ilmu berkaitan agama, maka kesannya individu tersebut akan menjadi jahil dan lemah.

“Mereka (barat) membentuk fikiran dan idea baru yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan cara hidup orang Barat yang kebanyakannya bukan beragama Islam.

“Apabila umat Islam itu sendiri sudah terpengaruh dengan pemikiran yang dibawa, orang Barat akan cuba mengubah agama Islam ke arah yang lebih liberal dan paling utama bercanggah serta bertentangan dengan agama,” jelasnya lagi.

Tun Mahathir juga meminta agar umat Islam agar berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang dianjurkan dalam agama Islam.

Tambahnya, umat Islam juga harus membekalkan diri masing-masing dengan ilmu yang mencukupi untuk menangkis idea yang cuba ditonjolkan oleh Barat terutamanya dalam menghalalkan hubungan sesama jantina.

“Larangan agama mempunyai asasnya kerana hanya lelaki yang berkahwin dengan perempuan boleh mendapat zuriat.

“Jika berlaku perkahwinan sesama jenis, maka generasi tersebut akan hilang dalam sesebuah bangsa dan kemudiaannya bangsa itu akan mati,” katanya lagi.

Dalam usaha memartabatkan dakwah Islamiah, Tun Mahathir juga berkata, terdapat beberapa cabaran harus dilalui terutamanya terhadap kepercayaan dan agama dalam era maklumat kini.

“Kita kena pandai menangani cabaran ini dengan cara yang bijak dan hikmah, ” kata beliau.

Menurut Tun Mahathir, Islam bukan lagi agama yang tunggal dimana terdapat seribu agama Islam diwujudkan berdasarkan tafsiran individu tertentu demi kepentingan peribadi.

“Apabila perbezaan tafsiran ini berlaku maka pengikut-pengikut mereka akan bermusuhan,” katanya lagi.

Oleh itu, beliau berharap negara tidak akan cuba dicerobohi oleh mana-mana individu yang cuba mengembangkan ajaran mereka dengan membawa fahaman yang berbeza selain dari Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Di samping itu, beliau turut berharap agar masyarakat bukan Islam mampu mengubah pandangan serta membuang tanggapan buruk mereka terhadap agama Islam melalui dakwah yang lebih efektif tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Sumber: Perak Today

12 Responses to "NASIHAT TUN M KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA! WAJIB DIBACA"

  1. JANAN SESEKALI IKUT AJARAN ISLAM ALA PAS, YANG BEROBAH MENGIKUT SELERA POLITIK PAS, WALHAL ALQURAN DAN HADHITS ITU ETAP SAMA TIDAK BEROBAH OBAH.
    JAUHKAN DARI PAS.

    ReplyDelete
  2. Nilai keIslaman terletak pada fikiran waras yang dimiliki oleh Tun Dr M tidak pada luaran saperti tudung, jubah, serkop, sarban dll.

    Jika dibanding dgn Nik Aziz lengkap dgn misai dan janggut, ternyata Islam yg diamalkan oleh Tun memang berunsur nilai agama yg mantap dan meyakinkan.

    Semoga Allah panjangkan umur dan mempelihara kesihatan Tun Dr M agar lebih banyak lagi jasa dan petunjuk boleh disumbang pada rakyat Malaysia khususnya dan umat Islam diseluruh dunia amnya. Amin ...

    ReplyDelete
  3. Asyik bercakap saja. Buatlah negara yang ditadbir secara Islam. Bukan sekular. Selesai banyak masalah.

    ReplyDelete
  4. Kepada Romeo Laut

    Mak bapak kamu kahwin sampai terberanakkan kamu ikut pentadbiran dan peraturan sekular ka atau ikut cara nikah Islam? Ikut cara sekular kot? Kalaulah Mlaysia tidak mengamalkan pentadbiran undang-undang Islam contohnya dalam bab kahwin bak kata dan tuduhan kamu maknanya kamu ni ehem ehem anak luar nikah la ye....? Minta maaf saya tak kata cuma memanjangkan pendapat kamu mengatakan kita negara sekular.

    Guna otak sikit. Selesai banyak masalah

    ReplyDelete
  5. Agak-agaknya bagaimanakah pentadbiran secara Islam?
    Jangan asyik bercakap sahaja.

    ReplyDelete
  6. Kalau pengamal Islam sudah pasti menjauhkan diri , keluarga dan masyarakat dari arak yang menjadi nadi utama kemaksiatan. Diri sendiri dan keluarga tak dapat di nasihati maka tak payah nak nasihat orang lain lah, cermin cermin diri dulu betul tak?

    ReplyDelete
  7. Anon2:00 usah menampakkan kebodohan anda...lagi banyak anda bercakap lagi banyak kejahilan anda..

    ReplyDelete
  8. Syaitan dan kafir harbi tak akan bersenang hati selagi kita tak mengikuti mereka.secara halus dan licik.Mereka masuk dan menguasai dalam pelbagai cara dan bentuk.Bercelana pendek,, miniskirt,bertudung, berjubah berserban.Selama 56 tahun Islam disini menjadi contoh buat mereka yang bersyukur.Ingat Azab ku amat pedih sekiranya kamu tak bersyukur.

    ReplyDelete
  9. Kat Shah Alam ada satu kilang Carlsberg dan kat PJ ada satu kilang Anchor. Dua-dua produce beer, arak la tu. itu dua tempat ada di Selangor.... Apa pandangan anda wahai penyokong PR?

    ReplyDelete
  10. Kalau arak yg kena rampas pun pulang balik...takyah sembang la perjuangkan islam...mai sembang ngan kepala lutut aku ni...

    ReplyDelete
  11. Sebelum menang cakap - Kita akan tutup kilang arak kt Selangor ni sebelum kedengaran azan Subuh. Masuk ni dh brape subuh pun masih tk tutup-tutup lg.

    ReplyDelete
  12. Dulu - mrk siap buat doa hajat agar Tun M mati cepat... Alhamdullillah sehingga kini, doa tersebut yg mrk buat utk merosakkan sesama islam tidak dimakbulkan Allah. Malah Tun M nmpk nya bertambah sihat. Syukur....!!!

    Dulu - mrk kata Tun M akan menjadi PM smpi bila-2. Tp apabila Tun M turun menyerahkan kuasa mrk skrg ni membisu seribu bahasa disebabkan ada MB yg tk turun-2 smpi skrg malah dilaporkan akan bertanding dan mengekalkan jawatan tersebut pd PRU ke 13 nnt. Siapa yg gila kuasa?

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!