CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Seminar

Seminar

Tuesday, July 3, 2012

GEMPAR!!! MUKHRIZ SUDAH TERAJANG AHMAD BASHAH!


PAS Kedah sebenarnya berhadapan dengan masalah yang sangat besar dalam usaha mereka untuk mempertahankan kekuasaan mereka di Kedah. Dari isu KUIN sehinggalah ke isu tanah perkuburan swasta Sungai Kob dan keengganan Kerajaan Negeri Kedah membina rumah murah, PAS Kedah sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat daif.

Nak menghentam UMNO dan Barisan Nasional, tak banyak isu yang boleh dibangkitkan. Jadi mahu tidak mahu terpaksalah diwujudkan satu isu baru yang diharapkan mampu menggolakkan keadaan UMNO Kedah.

Individu yang menjadi mangsa serangan PAS yang mungkin bertokgurukan Anwar Ibrahim dalam pengurusan isu ini, sudah tentulah Ahmad Bashah dan Mukhriz Mahathir, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Dengan mengharapkan perebutan jawatan seperti dalam PKR yang bukan sahaja bertumbuk dan kerusi terbang malah sehingga keluar parti.

Jawatan merupakan objektif utama kewujudan PKR di negara ini. Kerana laparkan jawatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjadi seperti orang meroyan gila talak. Dek kerana beranggapan jawatan yang boleh memecahbelahkan UMNO dan Barisan Nasional, maka ditimbulkan isu kononnya, pemimpin-pemimpin UMNO Kedah seperti Ahmad Bashah dan Mukhriz Mahathir sedang berebut untuk menjadi Menteri Besar.

Dalam keadaan sekarang, UMNO Kedah dan para pemimpinnya tidak akan bertindak sebodoh itu iaitu berebut jawatan. Dengan tumpuan untuk menang diberikan lebih 100 peratus, bagaimana mungkin cerita tentang perebutan jawatan Menteri Besar antara Mukhriz Mahathir dan Ahmad Bashah boleh wujud?

Atau sebenarnya PAS yang sudah ketandusan idea bagaimana hendak mengatasi pelbagai masalah yang sedang melanda mereka sekarang, khususnya di Kedah sehingga memerlukan ciptaan isu yang akhirnya membuatkan PAS sendiri ditertawakan?

Kemelut KUIN masih tidak habis-habis. Kegagalan pengurusan KUIN membayar gaji tetapi pada masa yang sama, terus memotong gaji kakitangannya konon untuk membuat caruman dalam pelbagai sektor, menimbulkan kemarahan kakitangan terbabit.... BACA SAMBUNGAN DI KEDAHAN69ERS.COM

5 comments:

  1. Bagi penyangak dan penyamun, depa ingat semua orang macam depa iaitu kerja menyangak dan menyamun.

    ReplyDelete
  2. kulimkdh@yahoo.comJuly 3, 2012 at 6:27 PM

    Pentadbiran PR di Kedah yang diterajui PAS sudah memasuki tahun kelima. Namun kelibat Umno sebagai pembangkang adalah ceroi sepanjang hampir satu penggal pilihanraya ini. Ada pihak dalam Umno menyalahkan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai punca kelembapan Umno sebagai pembangkang, mahupun sebagai penggerak Umno Kedah.

    Tanggapan tersebut tidak betul kerana sepanjang tempoh masa lebih empat tahun sebagai pembangkang, Kedah pernah dipimpin oleh Dato’ Seri Mahdzir Khalid dan Dato’ Shafie Afdhal sebagai pemimpin nombor satu Umno Kedah tapi Umno Kedah ‘mamai’ gak. Umno Kedah lemah bukan kerana pemimpin tetapi ahli bawahan sudah hilang daya juang. tarak mashyukkkk broo

    ReplyDelete
  3. ko silap parpu, ko kutip citer dari geng2 umno kedah. diaorang bukan cerdik pun, kaki berlakon nombor 1 tapi buat kerja rosak umno. umno kedah la satu2nya negeri yang pakar cantas mencantas ni parpu.

    ReplyDelete
  4. Dasyat kot pas la nie sampai buat cerita palsu

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!