GEMPAR! FAEKAH ANDARTU KENA TANGKAP BASAH!?

Hampir tiga minggu yang lepas kami telah berpesan kepada Faekah Husin agar berundur secara baik atau kami yang undurkannya. Kami juga berpesan kepada Khalid Ibrahim agar berpada-pada dalam mempertahankan Faekah. Pesanan dari kami boleh dilihat di sini.

Namun sehingga ke hari ini tidak nampak tanda-tanda yang Faekah akan berundur. Sepertimana yang kami katakan, sejak berbulan-bulan yang lepas kami telah terima beberapa bahan mengenai penyelewengan dan salah laku Faekah. Namun kami menyimpannya untuk kegunaan di hari depan. Mana yang dirasakan perlu untuk dilepaskan, kami akan lepaskan dulu. Soal penyelewengan dan salah laku bukan sahaja melibatkan Faekah, malah turut melibatkan rakan baik Faekah, Arfaeza Aziz, bekas wartawan malaysiakini yang bertugas sebagai setiausaha akhbar MB Selangor. Mereka bergerak dalam satu kumpulan seramai 3 orang. Seorang lagi adalah Rohany Talib selaku ketua pentadbir MBI.

Kesemua salah laku yang melibatkan mereka bertiga telah berada di tangan kami dan kami akan dedahkan berperingkat-ringkat. Ketiga-tiga mereka juga berkuasa penuh dalam menguruskan geran Selangorku. Kuasa mereka dalam menguruskan geran berkenaan mengalahkan kuasa exco. Semuanya akan didedahkan tidak lama lagi.

Sebagai membuktikan pesanan kami kepada Faekah sebelum ini bukannya satu pesanan kosong, hari ini kami tampilkan satu lagi pendedahan.

Seseorang setiusaha politik adalah penjawat awam atau kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak. Tidak kira samada kontrak atau pun tetap seseorang kakitangan kerajaan perlu patuh kepada dan mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Seseorang kakitangan kerajaan tidak dibenarkan bekerja di dua tempat. Tidak boleh menerima gaji atau elaun tetap bulanan dari pihak lain. Jika mereka dilantik menduduki mana-mana ahli lembaga pengarah ianya tidak menjadi masalah kerana jawatan tersebut tidak memberikan elaun tetap bulanan.Sepertimana jawatan Faekah di UNISEL sebagai ahli lembaga pengarah, ianya tidak menjadi masalah atau melanggar peraturan sebagai kakitangan awam.

Namun sungguh mengejutkan apabila Faekah telah dilantik sebagai Penyelia Jabatan Khidmat Sokongan Menteri Besar dengan dibayar elaun tetap sebanyak RM 5000 sebulan yang dinamakan Imbuhan Elaun Tanggungjawab yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).



Kami sengaja menggelapkan bahagian kepala surat dan bahagian tandatangan di surat berkenaan. Kami mahu melihat ada pihak yang akan mengaku beliau bertanggungjawab mengeluarkan surat itu atau mahu menafikannya. Adakah Faekah juga akan mengaku menerima elaun tetap bulanan tersebut sepertimana yang beliau mengaku berhubung suratnya yang kami dedahkan sebelum ini ?

Walaupun sedang berdepan dengan kesalahan moral yang serius berhubung surat sokongannya terhadap syarikat milik anak saudaranya, Faekah masih tidak malu untuk bercakap tentang kesalahan orang lain. Minggu lepas bukan main kepalang lagi Faekah menyerang Ahli Parlimen Tanjong Karang berhubung papan tanda yang dipasang di Tanjung Karang. Faekah berkata Noh Omar Noh memang tidak tahu untung dan tidak sedar diri.“Sudahlah dibina secara haram, reka bentuk dan keperluan lain pun gagal dipatuhi. Noh menjadikan Tanjung Karang umpama pekan koboi dengan melakukan apa sahaja tanpa merujuk kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya. Ikuti laporannya di sini.

Hari ini kami ingin bertanya Faekah, apakah dia sedar diri dan tahu untung ? Sudahlah mengada-ngada mengalahkan wakil rakyat dan Exco , kemudian menerima gaji tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan dan melanggar peraturan sebagai kakitangan awam. Tidak merasa malukah ?

Faekah sering menghentam BN dan UMNO berhubung isu rasuah dan penyelewengan. Jika Faekah seorang yang bersih, jujur dan telus dia akan menolak apa yang ditawarkan kepadanya kerana ianya menyalahi peraturan yang ditetapkan. Perangai Faekah saling tak tumpah dengan perangai pencuri yang berpura-pura mengejar pencuri. Itulah wajah-wajah orang-orang PKR, PAS serta DAP. Siang malam mereka menuduh orang lain jahat, sedangkan merekalah kepala jahat. Apa yang dilaungkan mereka selama ini hanya untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap kerja jijik mereka.

Selain dari menjawat jawatan setiausaha politik dan Penyelia Jabatan Khidmat Sokongan Menteri Besar, Faekah juga adalah ahli lembaga pengarah UNISEL. Jika dicampur kesemua pendapatannya mencecah belasan ribu ringgit sebulan. Belum lagi dikira ‘hasil-hasil’ yang lain yang akan kami dedahkan kemudian. Pendek kata wang gaji dan elaun-elaun yang diterimanya sebulan mengalahkan wakil rakyat dan Exco. Sedangkan dia tidak ada kawasan yang perlu dijaga. Wakil rakyat dan Exco perlu menjaga kawasan masing-masing.

Episod akan datang kami akan dedahkan sesuatu yang lebih hebat lagi yang melibatkan Faekah dan Arfaeza.

Sumber: Sel13.com

21 Responses to "GEMPAR! FAEKAH ANDARTU KENA TANGKAP BASAH!?"

  1. Apa nak jadi lah

    ReplyDelete
  2. Habis duit rakyat Selangor dirompak utk bg kat kroni...

    SPR AKAN GUNA TAKTIK KOTOR UTK PASTIKAN NURUL IZZAH KALAH DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini..

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Itulah akan jadi klu kita biar perempuan jalang ni bersuara.. Mcm2 isu dia bangkitkan... Tapi fia berani mcm ni pun sbb ada back up dr belakang.. Khalid gagap tu la

    ReplyDelete
  4. Hah! Mamposlah kau Faekah & Arfaezah! Dua ekor babi paling dibenci penjawat awam di Selangor! Berlagak nak mampos mengalahkan MB! Aku sokong 100% kalau dua mangkuk ni terlingkup! Rasakan!

    ReplyDelete
  5. RM RM RM Haram Jadah

    ReplyDelete
  6. nama lg andartu...dia pn lapaQ jgk,hahaha....

    ReplyDelete
  7. tajuk gah pasal tangkap basah rupa-rupa nya tangkap kering waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. Ko nak wat pe dgn gambar tu noob ko nak melancap ke?

    ReplyDelete
  9. Klu ko nak gak pic tu ko g cari swndiri pas tu bwk msk bilik air ye... Aku tak nak tgk benda2 kotor mcm tu eeeeee

    ReplyDelete
  10. habislah duit rakyat negeri selangor dikerja kan kerja tak seberapa gaji pnyalah tiggi apapuntakboleh....

    ReplyDelete
  11. kenapa padamkan loga kepla surat
    dan tanda tangan.

    takut kena saman ko..... dah dasar penipu tu memang tipulah bila bila pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...org bodoh ja percaya hihi...adui..

      Delete
  12. pompuann jalang nikan de org kuat duk sokong dia,dia nk takut buat pe....si skandal dia khalid gagap la yg duk backup n tolong dia...dasar pompuan jalang yg x tau malu,dah la ade hubungan sulit nagn khalid gagap.....tunding jari kat org senang,skrg kene kat batang idung sendiri jawab la

    ReplyDelete
  13. faekah ni tuduh org pandai,sendiri duk songlap duit....betina gampang ni tahu,si khalid gagap mesti tolong dia punya...mmg sure ah khalid gagap akn tolong dia,hari2 si gagap tu duk tibai dia.....xkn ah gagap tu x nk tolong dia,kalau x tolong nanti x dpt tibai dah betine tu....kalau pembangkang pegang tampuk pemerintahan mmg ini la akn terjadi,habis malaysia akn lingkup

    ReplyDelete
  14. rupanya kerajaan negeri selangor pun tak la bersih ..berkokok saja lebih.
    penipu duit rakyatttt

    ReplyDelete
  15. mmg hebat la pompuan nie..hbs dia sapu...tp apa bleh buat kalid gagap ttp pertahankan si pompuan tua nie.....dedah jgn x dedah biar rakyat selangor tahu apa yg pompuan nie dan kerajaan pkr bt kat selangor......

    ReplyDelete
  16. Ini yang kita konfius sikit.... kata nak hapuskan kronisme dalam BN.... sendiri macam mana?

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!