GEMPAR BERAPI! RAKYAT SELANGOR AMOK DI DEPAN PEJABAT SUK TAMPA PEDANG SAMURAI LA!

Berang dengan sistem pengurusan negeri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hampir 1,500 rakyat negeri itu bertindak menghantar memorandum tuntutan kepada pemimpin tertinggi negeri.

Apa yang dilihat, semakin hari semakin terdedah tembelang kerajaan pakatan pembangkang di Selangor sehingga menyebabkan rakyat semakin sesak nafas dan tidak tahan lagi.

Justeru, kesemua rakyat yang berhimpun pagi tadi merasakan mereka perlu bertindak menyuarakan bantahan dan rasa tidak puas hati.

Demonstrasi demi demonstrasi diadakan sebagai bukti penolakan terhadap kepimpinan Abdul Khalid yang tidak lebih sebagai ‘saudagar janji’ sahaja dan lebih mengutamakan kroni.

Antara intipati memorandum yang diserahkan oleh Ketua Seketariat GPRS, Zubir Zainuddin serta wakil NGO itu, Mohd Zainal Kamis adalah berkaitan tindakan kerajaan Selangor yang secara terang telah mempolitikkan Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Menurut Zubir, tindakan mempolitikkan institusi pengajian tinggi itu adalah dosa paling besar Abdul Khalid kerana disebabkan kerakusan pemimpin Pakatan Rakyat itu telah menyebabkan universiti yang ditubuhkan pada 1999 untuk melahirkan modal insan di kalangan generasi muda di negeri ini bakal menjadi gajah putih.

“Rakyat Selangor menjadi rimas dan semakin hilang kepercayaan dengan kepimpinan sekarang, selepas empat tahun mentadbir, kerajaan pakatan pembangkang ini bukan sahaja gagal melaksanakan janji-janji dalam manifesto pilihan raya, malah terlalu lemah daripada aspek pentadbiran sehingga menjuruskan negeri ini ke arah kemunduran.

“Tidak mustahil negeri yang disayangi ini akan hancur sekiranya tidak diselamatkan. Inilah ‘kehebatan’ yang dimiliki oleh pemimpin pakatan pembangkang ini yang hanya mampu merosakkan Selangor,” katanya.

Selain itu, GPRS turut membuat tuntutan berkaitan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran Yayasan Selangor.

“Jangan ingan rakyat Selangor bodoh… kita tahu bahawa Laporan Audit setakat November 2012 menunjukkan institusi itu rugi sebanyak RM7.41 juta.

Read more...

1 Response to "GEMPAR BERAPI! RAKYAT SELANGOR AMOK DI DEPAN PEJABAT SUK TAMPA PEDANG SAMURAI LA!"

  1. poooraahhh..rakyat selangor konon..jgn nak temberang la..tu semua ahli umno dari selangor yg dikerah pergi ke situ...taktik dah basi..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!