GEMPAR BERAPI! KU NAN ADALAH MANGSA PERTAMA GRAND DESIGN ANWARISTA!?

AHLI Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung UMNO sedang diusahakan untuk dijadikan mangsa pertama dalam Wilayah Persekutuan oleh golongan-golongan Anwarista bagi menyingkirkan beliau untuk tidak dicalonkan sekali lagi dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Senarai pencalonan yang diberikan oleh seorang Pengarah sebuah agensi ditolak mentah-mentah oleh seorang individu yang dikatakan cukup berpengaruh dalam sebuah agensi kerajaan tetapi tidak menganggotai agensi tersebut namun dikatakan telah dilantik sebagai Ketua Operasi jabatan itu untuk menyelaras atau mengenalpasti calon-calon daripada UMNO yang akan bertanding pada PRU13 nanti.Harap-harap Najib tahu ini!

Penolakan tersebut dikatakan apabila Pengarah Agensi tersebut memberitahu bahawa hanya Tengku Adnan sahaja yang mampu mengulangi kemenangan BN di Putrajaya kerana SUA UMNO ini mempunyai `track record` membanggakan sebagai MP Putrajaya tetapi individu yang berlagak bagai orang penting Negara ini menolak cadangan tersebut dan bila ditanya balik kepada Pengarah agensi itu,Pengarah tersebut dengan penuh sindiran menjawb calon lain adalah Setiausaha Politik Perdana Menteri ataupun Ketua Pengarah agensi.

Gerakan Anwarinas ini didalangi oleh jembalang-jembalang (siapa jembalang ini akan saya dedahkan nanti)yang bertopengkan sebagai penyokong kuat atau tegar PM Najib sedang bergerak bukan sahaja di Wilayah Persekutuan tetapi sedang menjelajah di seluruh negara dan tidak hairanlah tiba-tiba di Pasir Puteh muncul semula nama Kamaruddin Mohd Nor (beliau adalah bekas orang kuat Anwar dan juga ABIM)untuk dicalonkan semula sebagai calon UMNO untuk Parlimen itu.

Ramai lagi calon yang dilihat sebagai anggota Usrah bekas ahli ABIM yang dikatakan sentiasa berkampung melakukan majlis usrah di Bangi dan Puchong dengan di ketuai oleh Sidik Fadhil dipercayai akan mendominasi pencalonan PRU13 nanti dan kalau ini benar,PM Najib serta UMNO sedang menempah lubang kubur untuk kebumi dan ditallkinkan.

Gerakan Anwarista sedang mengsasarkan bekas-bekas anggota ABIM sebelum ini dan juga rakan-rakan yang pernah bersama-sama menyokong Anwar Ibrahim malah dalam Wilayah Persekutuan seperti yang disebutkan awal tadi proses membuang nama-nama pemenang PRU12 sedang giat dilaksanakan.

Read more...

6 Responses to "GEMPAR BERAPI! KU NAN ADALAH MANGSA PERTAMA GRAND DESIGN ANWARISTA!?"

  1. Depa dengki sebab Ku Nan ini seorang MP yang prihatin dan mesra rakyat.

    ReplyDelete
  2. whatever it is for the sake of UMNo and the younger generation of UMNO,,people like Ku Nan, rais yatim, Md Aziz, must like Shahrir Samad, or even sleepy Pak Lah, just declare that they are stepping down and give other winnable candidates a chance ..This way theose above 63/65 have a good rest and let younger UMNO continue the partys struggle

    ReplyDelete
  3. Raja Arif adalah manusia yang snagat merbahaya, dia adalah orang Anwar dan percayalah dia akan pecahbelahkan UMNO dari dalam sama macam Khairy dulu.

    ReplyDelete
  4. modus operandi puak anwarinas ni senang je nak baca ..kalau 16 Sept 2008 depa gagal, kali ni depa pasti akan berjaya.

    1 -puak Anwarinas ini akan menyusup masuk dalam UMNO / BN
    2 -depa akan usahakan diri untuk menjadi calun Parlimen/ Negeri utk BN dlm PRU13.
    3-Bila dah dapat,bertanding dan menang, depa akan kalih kerusi , melompat balik ke PKR .
    4 - BABI akan buat pengumuman , Wakil rakyat BN dah lompat parti , PR dah control Putrajaya dan mengistihar dirinya sebagai PM Malaysia .
    as simple as that .

    ReplyDelete
  5. modus operandi puak anwarinas ni senang je nak baca ..kalau 16 Sept 2008 depa gagal, kali ni depa pasti akan berjaya.

    1 -puak Anwarinas ini akan menyusup masuk dalam UMNO / BN
    2 -depa akan usahakan diri untuk menjadi calun Parlimen/ Negeri utk BN dlm PRU13.
    3-Bila dah dapat,bertanding dan menang, depa akan kalih kerusi , melompat balik ke PKR .
    4 - BABI akan buat pengumuman , Wakil rakyat BN dah lompat parti , PR dah control Putrajaya dan mengistihar dirinya sebagai PM Malaysia .
    as simple as that .

    ReplyDelete
  6. Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow.
    Modus Operandi puak Anwarinas senang ja..

    1-Dia akan arah org2 ni menyusup masuk sebagai ahli UMNO seterusnya menjadi calun Parlimen & DUN dalam PRU 13 nanti .
    2-Selepas diumumkan kemenangan, puak2 ni akan mengistiharkan keluar BN dan melompat-lompat mcm katak masuk balik PKR .
    3-Bapak A.B.I. akan mengumumkan berita bahawa PR dah mendapat majoriti dalam Parlimen dan menguasai Putrajaya seterusnya mengumumkan beliau sebagai PM Malaysia .
    3- Lepas tu, katak2 ni akan dapat lah habuan masing2 sebagai kroni macam yg dah lepas2 tu la..
    As simple as that ..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!