FUYOH! DR ZAMBRY SELESAIKAN MASALAH RAKYAT DI KAMPAR! MESTI TONTON



Isu penempatan yang membelenggu penduduk Kampung Sahom, dekat Kampar akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila 63 daripada mereka menerima surat tawaran Borang 5A dari Pejabat Tanah Daerah Kampar untuk fasa pertama.

Setelah terpaksa menunggu lebih berpuluh tahun untuk memiliki tanah milik kekal, akhirnya masalah itu dapat diatasi hasil usaha gigih kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Salah seorang penerima Borang 5A, Deram Shah Taharim, 53, memberitahu keluarganya terpaksa menunggu hampir 10 tahun sebelum masalah tersebut berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri.

“Saya berasa begitu gembira kerana terpilih menerima Borang 5A dan amat berterima kasih kepada Dr Zambry di atas keprihatinan beliau menyelesaikan masalah penduduk tertangguh begitu lama,” katanya.

Bagi warga emas Nor Ahmad Samsudin, 69, tiada apa yang menggembirakan buat dirinya dan keluarga apabila pemohonan yang sudah memasuki generasi ketiga akhirnya diluluskan oleh kerajaan negeri.

Read more...

2 Responses to "FUYOH! DR ZAMBRY SELESAIKAN MASALAH RAKYAT DI KAMPAR! MESTI TONTON"

  1. Inikan Dr Zambry, kalau Menteri Besar yang dipilih Rakyat Negeri Perak yang SAH dan Halal iaitu YAB Dato Seri Nizar sudah tentu lebeh banyak kemajuan yang akan dicapai oleh negeri Perak. Tetapi sabarlah dalam tempuh tak lama lagi sudah tentu Dato Seri Nizar akan menjadi pemimpin kita.Kita Doakan!

    ReplyDelete
  2. akhirnya masalah rakyat selesai... setelah 10 tahun... 10 tahun???

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!