CILI KASI TARUK! WAHAI TUAN PM, TOLONG LA KASI ASTALAVISTA SAMA ANWARISTA DALAM KERAJAAN!

KITA tidak terkejut sedikit pun dengan laporan yang mendedahkan kononnya di dalam Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dipenuhi oleh kakitangan yang menyokong pembangkang terutama sekali PAS dan kita juga tidak terkejut kalau ada laporan yang mendedahkan bahawa ada di kalangan Ketua-Ketua Jabatan,agensi-agensi kerajaan maupun Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian,Timbalan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian tertentu didokong oleh orang-orang yang masih menyokong Anwar Ibrahim.

Mereka ini sebelum ini pernah didedahkan bersifat seperti musang berbulu ayam,menjadi api dalam sekam,bermuka-muka bila didepan Perdana Menteri dan sekaligus menjadi agen menyalurkan segala maklumat kerajaan kepada pihak pembangkang,golongan atau penyangak sebegini masih bertaburan di semua jabatan dan agensi.

Kenapa kita tidak perlu terkejut kerana bukan sahaja di jabatan,agensi atapun Kementerian-kementerian tertentu malah di Pejabat Perdana Menteri sendiri pun masih ada lagi musang berbulu.masih ada kakitangannya yang bersimpati serta menyokong perjuangan songsang Anwar Ibrahim.

Untuk tulisan ini,saya hanya mahu mendedahkan sebahagian kecil dahulu gerakan kumpulan Anwarinas dan juga Anwarista ini sebagai petanda awal bahawa saya akan mendedahkan perancangan Anwar ataupun blue print kumpulan ataupun individu yang sebenarnya masih setia menyokong Anwar tetapi bermuka-muka di depan PM Najib kononnya melafazkan taat setia kepada kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

Mereka ini sedang menjadi ular lidi dan sudahpun ada yang menjadi ular sawa membaham mangsa-mangsa tertentu dan menunggu masa untuk menjadi anaconda bagi menelan Najib serta kerajaannya..

Read more...

2 Responses to "CILI KASI TARUK! WAHAI TUAN PM, TOLONG LA KASI ASTALAVISTA SAMA ANWARISTA DALAM KERAJAAN!"

  1. Jangan takut dalam pilihanraya ni gerenti BN kena alratavista tahap taik arnold.

    ReplyDelete
  2. puak2 anwarista ni mesti dihapuskan dlm semua sektor perkhidmatan awam.puak2 pengkhianat ini amat merbahaya kpd masa depan Malaysia.hapuskan mereka tanpa belas kesihan.No sense of mercy

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!