WAHAI RAKYAT SELANGOR! KALAU PAKATAN MASIH KERAJAAN DI SELANGOR MAKA KITA KENA CATU AIR LA JAWABNYA!

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar mengenai kesusutan rizab air terawat di negeri Selangor yang kini hanya tinggal 2.4% berbanding rizab yang sepatutnya iaitu 20% .

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar ini mencerminkan tahap kritikal rizab simpanan air terawat di Selangor dan hal ini boleh dikaitkan dengan jangkaan yang dibuat oleh AWER (Association of Water and Energy Research Malaysia) melalui siaran media yang dikeluarkan pada 13 Januari 2012.

Siaran media AWER menjangkakan krisis air Selangor mungkin akan melanda sebelum tahun 2014. Dari kajian yang dibuat oleh AWER, pengeluaran air terawat dari tahun 2007 hingga 2010, menunjukkan peningkatan purata sebanyak 2.14% setahun.

Melalui siaran media pada 25 Mei 2009 , projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor dianggar bernilai RM 3.936 billion . 75% daripada jumlah itu dibiayai oleh JICA (Japan International Corporation Agency) dan selebihnya oleh kerajaan persekutuan.

Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor ini dijangkakan mampu untuk menyalurkan 1,890 juta liter sehari. Air mentah ini akan disalur ke Loji Rawatan Air Langat 2 sebelum diagih untuk kegunaan domestik.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim masih menangguhkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 melalui peruntukan kuasa yang ada pada mereka. Tindakan kerajaan negeri ini dipercayai untuk memberi tekanan kepada kerajaan pusat supaya mempercepatkan proses penstrukturan semula air di Selangor.

Read more...

6 Responses to "WAHAI RAKYAT SELANGOR! KALAU PAKATAN MASIH KERAJAAN DI SELANGOR MAKA KITA KENA CATU AIR LA JAWABNYA!"

  1. khir toyo pun kata selangor akan bengkrap dan tiada air semasa pakatan menang dulu. Sampai hari ni OK saja.Yang bengkrap idea tu UMNO. Ingat lagi aku Toyo mata merah nangis sebab kalah pilihanraya. kakaka.macam budak2


    Kalau selangor tak da air kenapa pelaburan asing di negara ini paling tinngi di negeri pakatan rakyat. #1 pulau pinang #2 selnagor. Orang asing bodoh ka nak melabur di tempat tiada air? Umno punya air liur suka menipu

    ReplyDelete
  2. NIE FAKTA DARI KAJIAN PAKAR2.PELABUR2 TU SEMUA BERTAPAK KAT MALAYSIA NIE PADA ZAMAN BN.PAKATAN SEKADAR SAMBUNG JER..TU PUN NAK POYO

    ReplyDelete
  3. People in Selangor stinks! No water to wash, nowhere to dispose of rubbish and a pig farm next door! he he he.

    ReplyDelete
  4. Umno memang NGOK...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!