ULAMAK TERKEMUKA DUNIA MENYOKONG KERAJAAN MALAYSIA! BUKTI PAS SESAT




HIMPUNAN Fiqh Mentaati Pemimpin yang sedang berlangsung di PWTC sekarang sebenarnya bukan setakat himpunan biasa, ia adalah satu perhimpunan yang mengumpulkajn tokoh-tokoh ilmuwan dan cendekiawan Islam dari serata dunia membincangkan tentang ketaatan kepada pemimpin.

Taat kepada yang makruf tapi menentang kepada yang mungkar, itulah isinya yang boleh disesuaikan dengan senario politik sematas.

Penulis tidak rasa orang PAS tahan walau 5 minit duduk mendengar pembentang kertas kerja. Dalam pembentangan yang pertama, ada pulak soalan tentang kekecohan baru-baru ini yang ditimbulkan PAS dengan mengarahkan ahli partinya menangguhkan ibadah haji tahun ini demi untuk mengundi dalam pilihanraya dan bagi jentera parti, persiapan parti itu menghadapi pilihanraya.

Menurut Mantan Timbalan Syeikhul Azhar Mesir, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, setakat seratus ribu orang pun masih lagi tidak menjejaskan proses pengundian di negara ini (itu kalau betulah 100 ribu orang yang pergi ke Mekah).

Kuota haji negara kita ditetapkan pada 1% rakyat atay 28,000 orang, lebih kurang. Kalau pandangan Sheikh Mahmoud diambil kira, pandangan PAS itu memang berlawanan dengan Islam.

Sudah tentu ada balaci PAS yang sudah teruk dirosakkan otaknya akan menyanggah pendapat itu dengan memetik kitab dan rujukan dari ulama yang entah siapa-siapa. Tambahan pulak bila dewa hidup mereka Nik Aziz sudah endorse ‘cadangan’ Ketua Penerangan PAS itu.

Sengaja disebutkan ‘cadangan’ sebab walaupun berjawatan Ketua Penerangan, apa yang keluar dari mulut Tuan Ibrahim masih lagi dipandang sebagai mewakili pandangan peribadinya sahaja, bukan pandangan parti, walaupun hal itu hal berkenaan parti.

Pelik tapi itulah satu dari berpuluh jenis gila dalam PAS.

Pembentang yang kedua, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman lagi hebat. Beliau yang kagum dengan negara ini turut memberikan pandangan positif mengenai Islam di negara ini.

Mau cair telinga balaci PAS mendengar pendapat beliau yang mengulas pelbagai aspek agama dan pentadbiran, termasuk hukum hudud. Maklum di mata mereka tidak ada apa mengenai Islam di negara ini yang betul, semuanya salah belaka.

Penulis juga tertarik dengan pandangannya bahawa pihak yang menggunakan hudud untuk mendapatkan undi adalah mencari keredhaan manusia, bukan keredhaan Allah swt, sedangkan itulah (keredhaan Allah swt) itulah yang paling penting pun.

Penulis suka nak ingatkan, ini pandangan yang mewakili Universiti Al-Azhar, universiti yang menjadi kebanggaan majoriti penyokong dan pemimpin PAS, walaupun Nik Aziz dapat degree dari sebuah Universiti di India.

Malah sekarang pun, PAS masih galak merekrut lepasan Universiti Al-Azhar sebagai lapisan entah nombor berapa dalam saf kepimpinan mereka. Maklum, dalam PAS, jawatan bermula dari Presiden sampai ke Mursyidul Am, relatifnya adalah jawatan seumur hidu. Kena menunggu sehingga pemegang jawatan mati dulu baru boleh ada pegganti.

Maka itu penting direkrut dari muda dan lulusan Al-Azhar adalah salah satu kriteria utama.

Tapi sekarang Ulamak dari Universiti tersebut pun galak menyokong Malaysia dan pandangan kenapa hudud bukan satu keutamaan dalam masyarakat Islam. Having said that, kita bukan menolak hudud cuma hukum ini belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana komposisi masyarakat yang berbeza.

Alah, Haji yang rukun fardhu itu pun boleh tangguh kerana undi, apatah lagi hudud yang bukan fardhu itu.

Sumber: MyKMU

24 Responses to "ULAMAK TERKEMUKA DUNIA MENYOKONG KERAJAAN MALAYSIA! BUKTI PAS SESAT"

  1. Pemimpin Pas memang degil, keras kepala,!!... temahakkan kuasa !!

    Ilmu temberangnya dah lepas langit ke tujuh !! mana dia nak patah balik !!

    Ahili-ahli Pas pulak berdouble-double
    dungunya...langsung tak mau berfikir !!

    ReplyDelete
  2. Jokiden nak ulang. Dalam dunia ni yang tidak mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam hanya dua puak, pertama NIK Aziz dan PAS, sepanjang masa kata UMNO tolak Islam. Keduanya DAP dan Karpal Singki. Selebihnya negara mana sekalipun atas hubungan diplomatik semuanya mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam.

    Kalu PAS sudah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam maka hilanglah modal politik mereka. Semudah itukan.

    ReplyDelete
  3. Senang cerita lebih baik PM jgn buat PRU masa orang nak gi haji.

    ReplyDelete
  4. Lebih baik PM jgn buat PRU masa org nak gi haji....

    ReplyDelete
  5. "Taat kepada yang makruf tapi menentang kepada yang mungkar, itulah isinya yang boleh disesuaikan dengan senario politik sematas."

    ayat taat kepada makruf tapi menentang kepada yang mungkar tu aku kurang setuju. macam mana pulak dengan konsert kpop masa himpunan jutaan belia tu? adakah itu cara pemimpin islam?? Pemimpin mcm tu biar anak muda tersesat? Fikir2 la dulu sebelum post apa2.. thanks.. sekadar memberi pandangan.

    ReplyDelete
  6. Senang cerita lebih baik PM jgn buat PRU masa orang nak gi haji.

    ReplyDelete
  7. bila UMNo cakap pasal agama ni aku rasa macam penjual babi bagi syarahan tentang daging halal

    ReplyDelete
  8. Kenapa takut sangat PRU semasa musim haji???

    Dimana akidah mereka??

    Tidakkah mereka tahu, yg memberi kemenangan dan kekalahan adalah Allah???

    kenapa keyakinan ini tidak diajar kepada pengikut mereka??

    Yakinlah kepada Allah, jika Allah ingin memberi kemenangan kepada sesiapa atau sesuatu golongan, tiada apa yg dapat menahannya walaupun dibuat pada musim haji atau musim bukan haji..

    Ini soal akidah!!!

    Kepada pengikut & pemimpin PAS , yakinlah kepada Allah...!! Jangan mengajar pengikut mu agar tidak yakin kepada Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam laa yg pergi haji tu semua orang pas pis pus... org umno ada jugak...

      Delete
  9. walau ulamak terkemuka dunia menyokong kerajaan pun, tak membuktikan pas sesat, cuma hanya berbeza pandangan dan pendapat. sbb tu bila yusof al qardhawi menyokong anwar dan pas, takde pulak aku nak terus mengatakan umno sesat. semua hanya perbezaan pendapat sahaja

    ReplyDelete
  10. Semua depa tu Anak buah Yusuf Qaradhawi la parpu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nuar mempergunakan nama yusuf qardawi, hang tak tau ka...

      Delete
  11. semoga diberikan petunjuk oleh Allah kepada pengikut parti PAS khususnya dan seluruh masyarakat islam 'amnya, insya allah.

    ReplyDelete
  12. Live streaming utk Fiqh Mentaati Pemimpin masih boleh dilayari di http://202.186.136.50:86/flash.html?src=1&speed=0 utk lower quality dan http://202.186.136.50:86/flash.html?src=1&speed=1 utk high quality. Harap maaf, translated voice kurang memuaskan

    ReplyDelete
  13. Live streaming utk Fiqh mentaati pemimpin masih boleh dilayari melalui http://202.186.136.50:86/flash.html?src=1&speed=0 utk lower quality dan http://202.186.136.50:86/flash.html?src=1&speed=1 utk high quality. Harap maaf qulity translated voice kurang memuaskan

    ReplyDelete
  14. Live streaming utk Fiqh Mentaati Pemimpin masih boleh dilayari di http://202.186.136.50:86/flash.html?src=1&speed=0 utk lower quality dan http://202.186.136.50:86/flash.html?src=1&speed=1 utk high quality. Harap maaf, translated voice kurang memuaskan

    ReplyDelete
  15. hj hadi kutuk org johor sbg ekor cicak sbb sokong bn... asayik kene je org johor... baru2 ni nizar dah hina sultan johor... skrg hj hadi pulak hina org johor jd ekor cicak... hahaha

    ReplyDelete
  16. Setuju, bukan ulama saja sokong umno, malahan seluruh malaikat di langit, burung2 di angkasa, ikan ikan di lautan turut sokong umno. Bahkan butiran pasir-pasir turut berzikir untuk umno. Umno selamanya, hidup umno.....???>>><<<

    ReplyDelete
  17. Setuju, bukan ulamak al azhar saja sokong umno, malahan seluruh malaikat di langit, burung2 di angkasa, ikan2 di lautan turut setuju dengan umno. Bahkan butir2 pasir dan zarah2 debu turut berzikir utk umno. UMNO selamanya. Hidup umno....///<<>>>.

    ReplyDelete
  18. Setuju, bukan ulamak al azhar saja sokong umno, malahan seluruh malaikat di langit, burung2 di angkasa, ikan2 di lautan turut setuju dengan umno. Bahkan butir2 pasir dan zarah2 debu turut berzikir utk umno. UMNO selamanya. Hidup umno....///<<>>>.

    ReplyDelete
  19. PAS memang menyesatkan ,rasanya tak perlulah ulamak dari Mesir mengesahkan ,orang-orang Malaysia yang "berfikir" pon mampu menilaikanya.

    ReplyDelete
  20. bro update lah blog selalu bro baru syok baca!

    ReplyDelete
  21. Adakh ulama terkemuka dunia itu juga menyokong Rosmah tidak menutup aurat parpu?!. Bukankah itu bukti pemimpin UMNO menolak hukum Allah dan rasul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau fikir ulama tu sokong ustaz berkhalwat atau org pass berkhalwat dan org yg berzina2. Cermin diri dulu.

      Delete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!