SUDAH-SUDAHLAH KSN! TOKSAH LA NAK BODEK LAGI! BELAH JE LA!

Nampaknya ramai kalangan blogger yang mula menceritakan bagaimana TS KSN berusaha dengan bersungguh untuk memanjangkan lagi hayat jawatannya. Mungkin, kalau pada mata kasar rakyat terbanyak, TS KSN memang OK dan boleh dikatakan sudah melaksanakan tugas dengan baik. Tapi kalau diteliti secara menyeluruh, sejujurnyalah, memang tahap TEPU sudah melanda kepimpinan KSN dalam kerajaan.

Dalam mesyuarat-mesyuarat strategik kerajaan, TS KSN memang selalu off-tangent dan mula menceritakan mengenai isteri, anak dan benda-benda lain yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Pemikiran TS sudah tidak fokus. Terlalu blue ocean mungkin.

Sejujurnya, cukup-cukuplah memanjangkan hayat seorang yang tidak lagi fokus dan ikhlas dalam membantu kerajaan. TS hanyalah memuaskan hati beberapa pihak dan tidak melihat keperluan membantu BN dalam memenangi pilihanraya yang akan datang.

Itu belum lagi aduan kalangan pimpinan kanan kerajaan, bahawa kebanyakan idea hanyalah diberikan ‘orang luar’ yang tidak faham dengan pengurusan kerajaan. Idea KSN sudah terlalu ‘ideal’ dan tidak praktikal.

Rasanya, sudah tiba masa KSN untuk berundur dan memberikan peluang kepada mereka yang lebih ikhlas dan bersungguh.

Antara tanggungjawab KSN – dan dalam kebanyakannya hanya bercerita mengenai kisah rumah tangga dan bukannya isu sebenar pengurusan.

Sir…enough la Sir.

Read more...

8 Responses to "SUDAH-SUDAHLAH KSN! TOKSAH LA NAK BODEK LAGI! BELAH JE LA!"

  1. betul ke ksn selalu cerita pasal rumah, anak, bini? ada bukti tak der?

    ReplyDelete
  2. KSN tak cukup duit lagi ke nak buat belanja masa pencen?

    ReplyDelete
  3. KSN ni tak dengar pun kerajaan nak bagi dia apa apa jawatan selepas bersara,macam KSN sebelum nya.

    ReplyDelete
  4. KSN ni tak dengar pun kerajaan nak bagi dia apa apa jawatan selepas bersara,macam KSN sebelum nya.

    ReplyDelete
  5. Ceciter bertam nite.... Hihihi

    ReplyDelete
  6. Alah bukan ksn sorang, kebanyakkan yg keje gomenkan macam tuuu......bukan nak bagi khidmat pada rakyat,menghabiskan budget rakyat adalah.

    ReplyDelete
  7. Blah la...
    Tunggu apa lagi.
    Tak malu ka.
    Kalau orang dah mula bercakap,maknanya orang meluat.
    Jadi tunggu apa lagi..
    Blah la...

    ReplyDelete
  8. Prince of Noob nak bukti ke? Sila le masuk mesyuarat yang dipengerusikan KSN. Especially mesyuarat biasiswa (dia cakap dia tak mampu taja anaknya sebab keje sorang walau gaji RM30k++ tidak termasuk elaun) atau mesyuarat pengurusan JPM yg dipengerusikan KSN pun ada diceritakan pasal banglonya. Siap cabar SPRM siasat dia kalau was-was sumber duit bina banglo. Takpe. kita tunggu dia berenti nanti. sekarang ni kalo report SPRM pun tak guna sebab SPRM bawah KSN juga. So sendiri pikir la ek..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!