CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Friday, June 22, 2012

SIAL PUNYA FAEKAH ANDARTU! KAU SALAH GUNA KUASA MACAM SELANGOR NI BAPAK KAU YANG PUNYA!?

Pergaduhan PKR di Selangor antara kem Khalid Ibrahim yang berlawan dengan kem Azmin Ali semakin hari semakin panas. Puncanya kerana desakan penyokong-penyokong Azmin agar Setiausaha Politik MB Selangor , Faekah Husin dipecat kerana terlalu melampau dan bersikap lebih sudu dari kuah.

Penulis tidak nafikan perkara tersebut. Semenjak dilantik secara konstrovesi sebagai SUPOL MB Selangor dengan menggunakan kuasa veto Presiden PKR, Faekah tidak pernah sunyi dari masalah. Saban masa ada sahaja berita mengenai Faekah yang diperkatakan baik di laman-laman web atau akhbar. Ada kalanya masyarakat terkeliru siapa sebenarnya MB, Faekah atau Khalid Ibrahim ? Sifat mengada-ngadanya memang terlampau.

Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya semalam mempertahankan Faekah dan berkata beliau akan guna formula Anwar Ibrahim, iaitu formula tak layan atau buat tak tahu terhadap desakan agar Faekah dipecat. Sayangnya Khalid Ibrahim kepada Faekah agak luar biasa.

Ditangan kami ada beberapa salah laku tentang Faekah yang kami terima melalui e mel. Sebagai permulaan untuk hari ini kami kemukakan satu dokumen tentang salah laku Setiausaha Politik Khalid Ibrahim. Akan menyusul kelak untuk siri-siri seterusnya.

Sebuah firma guaman yang bernama Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates telah menghantar satu surat kepada Faekah bagi memohon agar dilantik sebagai panel peguam kepada GLC negeri Selangor.

Permohonan itu dilakukan oleh salah seorang peguam yang menjadi rakan kongsi kepada firma berkenaan yang bernama Zeenat Asyiqin Binti Dato’ Ahmad Zaki . Surat permohonan yang bertarikh 27 Jun 2011 itu dihantar melalui tangan dan diterima pada 28 Jun 2011 .


Semakan yang kami lakukan , didapati Zeenat Asyiqin Binti Dato’Ahmad Zaki adalah anak saudara Faekah Husin. Anak kepada abang Faekah, Dato’ Ahmad Zaki Husin yang kami difahamkan beliau adalah bekas Ketua Pengarah BPR satu masa dulu.

Rentetan daripada surat anak saudaranya itu membuatkan ibu saudaranya, Faekah Husin menghantar satu surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad, Dato’ Haji Ahmad Bin Omar, menggunakan KEPALA SURAT Pejabat MB Selangor meminta agar firma guaman anak saudaranya diberi peluang sebagai panel peguam kepada PNSB.


Tujuan beliau menggunakan kepala surat Pejabat MB Selangor adalah untuk mempengaruhi PNSB supaya memberikan perniagaan kepada firma guaman anak saudaranya. Apa yang dilakukan oleh Faekah bertentangan arahan (klik sini) yang dikeluarkan oleh MB Selangor pada tahun 2010 agar anggota pentadbirannya mengelak daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan berunsur perniagaan.

Berhubung penyalahgunaan kepala surat ini sudah tentu akan mengingatkan kembali rakyat Selangor kepada ketegasan Khalid Ibrahim sewaktu tiga bulan pertama beliau dilantik sebagai MB pada 2008. Pada masa itu Khalid Ibrahim menggantung tugas Pegawai Khas beliau,Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat MB Selangor untuk tujuan mengutip derma dari syarikat swasta bagi sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Juga kerana Mohd Yahya Sahri menyalahguna kepala surat berkait dengan kelulusan kontrak pembersihan dan pelupusan sampah di kawasan Petaling Jaya. Akibat penggantungan itu membawa kepada perletakan jawatan Mohd Yahya pada Jun 2008.

Jika hendak dibandingkan kesalahan yang dilakukan oleh Yahya tidak seteruk yang dilakukan oleh Faekah. Yahya mengutip derma menggunakan kepala surat Pejabat MB dan wangnya dimasukkan ke dalam akaun parti PKR. Manakala berhubung dengan kontrak pembersihan dan pelupusan sampah, sehingga kini tiada sebarang berita yang mengatakan syarikat yang mendapat surat sokongan ada kaitan dengan Yahya. Khalid Ibrahim tidak ambil peduli semua itu dan dengan tegas beliau menggantung tugas Yahya. Kononnya tidak boleh bersekongkol dengan penyalahgunaan kuasa.

Kini bukti telah terbentang depan mata, kita tunggu samada Khalid Ibrahim akan bertindak tegas atau tidak terhadap Faekah ? Faekah bukan sahaja menyalahguna kuasa dan kepala surat Pejabat MB, malah turut mengamalkan kronisme. Kita tunggu tindakan dari MB Selangor.

Sumber: Sel13.com

9 comments:

  1. ooo faekah tu andartu rupanya... harap2 lepas ni dia bertemu jodoh. kalau susah nak cari jodoh leh try cari kat myjodoh.net je.

    ReplyDelete
  2. Kalau salah guna kuasa dalam pembangkang yang lain bersuara. Tapi kalau dalam UMNO semua diam tiada telur nak kata apa2. Tu lah bezanya

    ReplyDelete
  3. sungguh bersifat jalang perempuan tua muka berminyak ini.....

    ReplyDelete
  4. Tengok Faekah ni cun juga. Kalau jadi bini aku orait punya.

    ReplyDelete
  5. Apa la ko ni parpu... Mana boleh Khalid ambil tindakan kata si Pikah ni..Ko tak ingat ke cerita mat sabu.. kan bulu terlekat kat kerongkong...

    ReplyDelete
  6. apa masalahnya parpu lawyer buat mcm tu? ko ingat nak mohon kosong camtu je nak dapat ke? berapa banyak lawyer umno yang fed up dengan umno kes mcm ni la. at last aktivis umno haram tak dapat pun, yang dapat cuma kroni umno walaupun kroni tu tak sokong umno pun.dia ada legal firm dan memang dia berhak dapat pengagihan projek pun.dia buat sendiri, bukan sub kat firm cina mcm kontraktor kroni umno buat tu. ape la punya isu, takde salah apa pun....dia mohon panel je, belum tentu dapat projek, job lawyer bukan tender mcm kontraktor.

    ReplyDelete
  7. At least ada juga permohonan.Kalau UMNO terus bagi saja direct nego macam boya lapag dapat daging.

    ReplyDelete
  8. Cogankata baru Selangor....HASIL NEGERI UNTUK PAKATAN RAKYAT!!!!

    ReplyDelete
  9. fitnah semata mata..insaflah....
    yang kata dia andartu tu.......maknanya ko menyalahkan ALLAH sebab jdoh ALLAH yang tentukan.... Astaghfirullhalazim....yang cakap beliau jalang tu.......bukti beliau jalang ape..? ko kenal ke sape dia..... xpela..aku harap kat akhirat nanti ko dapatlah merangkak carik dia untuk minx maaf dengan kata2 ko... bnyk lagi aku nk cakap...tpi islam mengajar aku berdiam diri ketika marah....tanpa mengeluarkan perkataan yg lucah sebab perkataan tu sume hasutan syaitan......

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!