PERAK TODAY BUAT HAL LAGI! KALI INI PASAL ISU JAMBATAN PLAK!

Berita gembira buat 3,000 penduduk dari beberapa kawasan perumahan di Gopeng apabila jambatan konkrit yang runtuh sejak enam bulan lalu akan dibina semula dengan peruntukan bernilai kira-kira RM1 juta.

Menurut Ahli Majlis Daerah Kampar, Low Leong Sin, jambatan itu akan dibina semula sebelum akhir tahun ini.

“Projek membina semula jambatan konkrit yang runtuh kira-kira enam bulan lalu sudah ditender membabitkan kos RM1 juta,” katanya.

Baru-baru ini, Peraktoday.com melaporkan keluh-resah 3,000 penduduk sekitar Gopeng apabila jambatan konkrit yang menjadi penghubung ke jalan utama sejak 30 tahun lalu roboh tanpa diketahui punca sebenar, sekaligus menjadi penyebab utama masalah lalu-lintas di kalangan penduduk. KLIK SINI

Penduduk yang terjejas teruk akibat runtuhan jambatan tersebut tinggal di beberapa kawasan perumahan termasuklah Taman Gopeng Baru, Taman Gopeng Setia dan Taman Gopeng.

Difahamkan, sebelum ini penduduk hanya memerlukan masa kurang dari tiga minit untuk ke bandar berhampiran.

Namun, disebabkan jambatan roboh itu masih belum dibaiki, penduduk terpaksa membuat pusingan sejauh satu kilometer hanya untuk keluar masuk dari kawasan perumahan.

Penduduk Taman Gopeng Jaya, N. Arumugam, 47, berkata masalah tersebut bukan sahaja memberi kesukaran kepada penduduk malah mampu mengundang bahaya ekoran keadaan yang gelap ketika waktu malam.

“Keadaan waktu malam di sini begitu gelap. Pengguna tidak boleh nampak kerana tiada sebarang papan tanda jambatan roboh diletakkan dan ini boleh menyebabkan orang ramai yang menggunakan laluan ini terjatuh,” jelasnya.

Di samping itu. penduduk terutamanya di kalangan wanita dan kanak-kanak juga turut merasa bimbang menggunakan laluan baru yang agak sunyi dan jauh daripada penduduk.

“Keadaan di jalan baru juga tidak selamat..ramai orang lalu lalang jadi insiden yang tidak diingini berlaku tidak boleh dielakkan,” katanya.

Sumber dari Pembela Rakyat Perak Today

4 Responses to "PERAK TODAY BUAT HAL LAGI! KALI INI PASAL ISU JAMBATAN PLAK!"

  1. masalah besar kalau jambatan bermasalah lebih2 lagi kalau jambatan tu satu2nya jalan perhubungan utk ke suatu kawasan tu...

    ReplyDelete
  2. Jangan risau bila YAB Dato Seri Nizar menjadi MB selepas PRU 13 semua masaalah di Perak akan selesai. Ayuh berilah sokongan padu kepada MB Nizar, MB yang dipilih rakyat!

    ReplyDelete
  3. Apa? Nizar nak tolong? Si Gila yang tsedekah semua tanah kat Cina tu nak tolong? Mati la melayu kat Perak kalau Nizar jadi MB lagi, dia tu hanya layak jadi pengutip sampah boleh le

    ReplyDelete
  4. Klu Nizar jadi MB, orang melayu Perak jual derhnoyan je le!!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!