PENDEDAHAN PANAS! APA PERANAN PERMATA NEGARA SEBENARNYA?

Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah pelopor kepada pendidikan awal kanak-kanak di negara ini yang mendapat pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Melalui Program Anak PERMATA negara, kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun yang tinggal di luar bandar berpeluang menikmati pendidikan awal yang berkualiti.

Setakat ini, lebih 20,000 kanak-kanak di seluruh negara mendapat kemudahan itu yang ditawarkan kira-kira 600 pusat PERMATA.

Pegawai Tugas- Tugas Khas Perdana Menteri, Rizal Mansor, berkata sepanjang mengenali isteri pemimpin nombor satu negara itu, Rosmah seorang yang berfikiran panjang dan begitu menyayangi bangsa dan negara ini tanpa rasa berbelah lagi.

Salah satu usaha yang dipelopori Rosmah ialah penubuhan Pusat Anak Permata Negara yang bertujuan memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun dengan pendapatan keluarga di bawah RM1,500 sebulan.

“Idea yang dipelopori oleh Rosmah ini memberi peluang kepada lebih 20,000 kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara mendapat pendidikan awal yang berkualiti.

“Setakat ini, terdapat lebih 600 pusat PERMATA yang beroperasi di seluruh negara, sekaligus membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Rosmah dalam meningkatkan taraf pendidikan awal di kawasan luar bandar.

Read more...

3 Responses to "PENDEDAHAN PANAS! APA PERANAN PERMATA NEGARA SEBENARNYA?"

  1. Hebat!

    Namun program Permata Negara ini bakal terkubur jika DAP menguasai negara. Puak-puak lahanat ni mana suka tengok penduduk luar bandar dan orang Melayu-Islam lebih pandai dari mereka.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Syukur kami atas inisiatif DS Rosmah ini. Pedulilah apa orang yang Hasad dengki pada Rosmah nak kata..Allah swt maha Mengetahui.

    Orang yang lebih baik dikalangan kita adalahh yang banyak memberi manfaat pada orang lain. Ini cetusan Rosmah yang baik buat masa hadapan negara.

    Biasalah yang suka cari pasal mengata orang - kalau Rosmah buat mereka kutuk kalau tak buat apa apa nanti mereka akan kata Rosmah menembam di rumah je..semua tak kena.

    Pada DS Rosmah, teruskan Permata..semua kanak2 Permata hati kita, Permata Negara..

    ReplyDelete
  3. Terbaek.....taska yg paling murah dan berquality...anak aku hantar sana...Tq Datin Rosmah Mansor.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!