CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Seminar

Seminar

Friday, June 8, 2012

PAS BODOH PIANG! PERHIMPUNAN KAHAK HIJAU SHREK MENAKUTKAN ORANG CINA! KENAPA?

Kaum Cina dikatakan sebagai kaum yang praktikal dan tidak emosional, iaitu yang menilai kehidupan dari segi logik, angka dan fakta. Kerana itu, selama beberapa dekad, mereka setia kepada Barisan Nasional yang dilihat sebagai mampu memberikan mereka kesenangan.

Tetapi, akhir-akhir ini, kaum Cina mula mengambil mudah akan kesenangan itu. Mereka percaya kesenangan yang mereka kecapi adalah hasil dari titik-peluh sendiri tanpa terhutang budi kepada sesiapa. Seolah-olah mereka mampu mengumpul kekayaan yang sama tidak kira siapa pun yang menjadi pemerintah. Lebih dari itu, mereka juga percaya bahawa jika kaum mereka yang memerintah maka kekayaan mereka akan berlipat ganda lagi.

Justeru, mereka pun mempertaruhkan nasib mereka kepada Pakatan Rakyat, dengan keyakinan bahawa DAP akan sentiasa menjadi parti dominan yang mampu membonekakan PKR dan juga PAS.

Tetapi, keyakinan mereka bahawa kekuatan perkauman dan ekonomi Cina DAP mengatasi semangat Melayu Islam di dalam PAS kini mula goyah apabila Himpunan Hijau PAS menyaksikan kekuatan baru parti yang bertopengkan Islam itu. Walaupun PAS mengalami kemerosotan sokongan Melayu secara drastik kebelakangan ini, Himpunan Hijau PAS ternyata telah berjaya mencapai jumlah sasaran, besar kemungkinan kerana isu hudud kembali dimainkan oleh pemimpinnya.

Umum tahu bahawa rata-rata penyokong PAS masih impikan Negara Islam dan hudud serta menganggap ekstremisme sebagai kesempurnaan Islam kerana itulah yang disogokkan oleh pemimpin-pemimpin PAS ke dalam pemikiran mereka sejak dahulu kala, yakni sejak Amanat kafir Hadi Awang.

PAS mempromosikan ektremisme untuk membezakan diri mereka dari UMNO. Ini dilakukan dengan menjaja fahaman bahawa yang ekstrem itu benar dan yang sederhana seperti UMNO adalah jahil, sesat, hatta kafir. Fahaman dan pemikiran ini telah pun berakar umbi di dalam hati sanubari penyokong-penyokong mereka walaupun ramai pemimpin mereka hari ini cuba menafikannya.

Bagaimanapun setelah bekerjasama dengan DAP, PAS akhirnya melonggarkan pegangan mereka sehingga menjadi jauh lebih terbuka dari UMNO sendiri. Hari ini, PAS tidak sanggup menentang murtad malah membiarkan saja pusat-pusat maksiat berleluasa semata-mata untuk menjaga keharmonian dalam Pakatan Rakyat.

Sudah tentu pendekatan baru PAS ini menggembirakan masyarakat Cina, terutamanya DAP. PAS kelihatan banyak mengalah dengan DAP sehingga sanggup menggadaikan matlamat penubuhan Negara Islam. Tetapi apakah benar PAS telah menyerahkan jiwa-raga mereka kepada DAP?

Jika diikuti forum-forum, komen-komen, cakap-cakap serta tulisan-tulisan penyokong-penyokong PAS, kita akan mendapati bahawa impian Negara Islam dan hudud tidak pernah pudar. Malah mereka akan menafikan sekeras-kerasnya bahawa PAS tidak lagi ingin menubuhkan Negara Islam atau melaksanakan hudud.

Selama ini, pemimpin PAS kini berada di persimpangan antara kehendak penyokong sendiri yang inginkan ‘Islam’, dengan arahan DAP untuk melupakan ‘Islam’ dari perjuangan.

Namun, Himpunan Hijau di Kedah pada 1 Jun lalu memberikan jawapan kepada dilema mereka. Kini pemimpin PAS semakin yakin akan kekuatan parti itu sekali gus, memberi mereka keberanian untuk menyanggah arahan DAP.

DAP juga pasti sudah menyedari akan impak dari Himpunan Hijau PAS ini dan dengan itu, sedang mencongak-congak akan kekuatan sendiri dalam menghadapi tekanan dari PAS sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya.

Apakah DAP akan mampu mengekang semangat jihad fahaman ektremis PAS? Apakah impian Republik Malaysia akan berkubur setelah PR berjaya menjadi pemerintah?

Sebagai parti chauvinis dan rasis tegar, aspirasi DAP tidak mungkin dapat diterima oleh sebahagian besar masyarakat bukan Cina di Malaysia. Justeru, jika konflik hala-tuju negara berlaku di bawah PR, besar kemungkinan, masyarakat bukan Cina akan bergembeling tenaga di belakang PAS untuk memberi tekanan kepada DAP walaupun sebahagian besar mereka bukanlah penyokong PAS.

DAP mungkin menyangka yang mereka bijak kerana berjaya melaga-lagakan Melayu dengan Melayu di dalam PAS dengan UMNO. Namun, mereka gagal belajar dari sejarah mahupun peribahasa yang menyatakan bahawa ‘gajah dengan gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah’. Lebih buruk, apabila gajah mula sedar akan kesilapan mereka dan bersatu memijak pelanduk sehingga hancur.

Inilah yang berlaku di zaman reformasi di Indonesia di mana kaum Cina disembelih, dirogol dan dibunuh kejam walhal rakyat pada masa itu sebenarnya tidak puas hati dengan pemimpin dan kerajaan. Ini juga boleh berlaku di Malaysia, di mana senarionya hampir sama saja di mana kaum Cina menguasai ekonomi, penduduk asal bercakaran sesama sendiri dan ada pihak yang menangguk di air keruh menghasut rakyat menyalahkan segala-galanya ke atas kerajaan.

Apa yang pasti, Himpunan Hijau PAS dilihat dari perspektif berbeza di kalangan parti-parti sekutu Pakatan Rakyat. PAS yang kuat sedikit adalah baik untuk DAP, tetapi PAS yang terlalu kuat adalah buruk bagi mereka. Di pihak PAS pula, mereka mungkin kembali yakin dengan kekuatan diri, tetapi apakah mereka benar-benar kuat untuk mengatasi kuasa ekonomi dan perkauman DAP demi menegakkan Negara Islam yang diimpikan oleh penyokong-penyokong mereka?

BLUES BEARY

11 comments:

  1. PAS kalau nak nampak kuat mesti ambik Incredible Hulk jadi maskot. Bila marah saja, badan bertukar jadi hijau. Barulah semua parti lain takut, bukan saja BN tapi termasuk DAP dan PKR.

    ReplyDelete
  2. APA PASAI ORANG CINA TAKUT PLAK!!

    ReplyDelete
  3. APA PASAI ORANG CINA TAKUT PLAK!!

    ReplyDelete
  4. Apalah ada pada kapas
    Ditimbang rengan ditiup melayang
    Apa lah ada pada PAS,
    Agama dijual bangsa dibuang!

    ReplyDelete
  5. اللهم انصر الاسلام والمسلمين واعلى بفضلك كلمتى الحق والدين يارب العالمين اللهم انصر الحزب الإسلام الماليزي فاس

    ReplyDelete
  6. KAFIR LAKNAT KAPAL SINK BERKATA AKAN MEMPERJUANGKAN BUKAN ISLAM MENJADI PERDANA MENTERI SEKIRANYA PR MENANG PILIHANRAYA. INI BERMAKNA DENGAN SOKONGAN ORANG2 PENYOKONG PASS MEREKA MUNGKIN BERJAYA. TAPI SATU PERINGATAN BUAT AHLI2 DAN PENYOKONG PASS TERUTAMA NEK AJIS HJ ADI DLL MAT SAPU ATAU YG LAIN YG HAKIKAT HATINYA BUKAN DGN PASS ANDA2 SEMUA BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA SEKIRANYA MALAYSIA DIPERINTAH OLIH BUKAN ISLAM. ANDA SEMUA AKAN MENANGGUNG DOSA BESAR TERHADAP ORANG2 ISLAM DI MALAYSIA DAN SAYA SEBAGAI ORANG ISLAM MELAYU TIDAK AKAN MEMAAFKAN ANDA2 SEMUA KERANA SUDAH MERUBAH KEPIMPINAN NEGARA KITA. JAWABLAH NANTI DENGAN ALLAH S.W.T.

    ReplyDelete
  7. Bila veteran UMNO seperti Kadir sheikh fadzir yang dari zaman tunku telah meninggalkan parti lahanat anak bini tu makanya ia suatu petanda untuk ahli2 umno lain yang cintakan negara berbuat yang sama. Biarlah najib dan jerung2 diatas tenggelam bersama kapal Bn mereka. Rakyat sudah bersedia menempuh zaman baru tanpa UMNO.

    ReplyDelete
  8. Kadiaq tu mmg patut dibuang drp dulu dah. Mat Bow tu tak sedar diri tua dah nak mampus usia sama la dgn Nik Aziz.Cuma bezanya Nik Aziz pegang jawatan lama dah iaitu hampir 22 thn manakala mamak Kadiaq pula tak la begitu lama jd menteri seumpama Nik Aziz. Marahlah dia pd Najib bila kehendaknya menjd Pengerusi MAS ditolak sbb dia mmg tak berkelayakan. Maka merajuklah dia lalu buat parti baru sbb dia pun gila nak jd Presiden. Antara Mamak Kadiaq yg keluar UMNO sbb tak diberi tempat dan Dr Hassan Ali yg dipecat PAS kerana kes serbuan ke atas gereja dan isu arak agaknya siapa yg lg baik.....PKR tu apa agenda perjuangannya...PAS yg semakin lari dr landasan perjuangan asal dan UMNO yg semakin byk berubah ke arah yg lebih baik. Buat pengundi, buatlah keputusan yg bijak. Undi PAS bermakna anda menyokong DAP Chauvanist bermaharajalela.....buatlah keputusan tepat. Jgn siakan masa depan kita kerana marahkan seorg dua pemimpin baghal dlm UMNO.

    Pengundi Kulim
    Dulu PAS kini UMNO
    Tp sejak dulu lg mmg menyampah dgn Kadiaq

    ReplyDelete
  9. Takkan cina DAP je..cina MCA nak letak mana?

    ReplyDelete
  10. "Rakyat sudah bersedia menempuh zaman baru tanpa UMNO" said anon. 3:44

    I said, "tempuh zaman baru my balls"

    ReplyDelete
  11. Aku bkn seorang yg racist dan aku mempunyai ramai kawan Melayu,tetapi kalau ko house pk yg bodoh dan bangang nk cabar kami,ko boleh buat ko aku dh tentu akn lawan berhabis-habisan sehingga titisan darah terakhir,jgn sekali-kali ingat org Cina adalah LEMAH!!ada faham!!!!blm cuba blm taw, biar aku jadi komunis aku akan hapuskn si bodoh mcm ko!!!minoriti tidak semestinya lemah ada faham!!!taktik peperangan seperti sabotaj dan sebagainya cukup menghapuskan ko!!! yg susah bkn yg ko si bodoh mengatakan pelanduk tu tetapi adalah negara!!!ada faham!!! ko bodoh pernah dengar gajah takut kpd tikus x????ingat semua org Melayu berfikiran mcm ko bodoh!!!! MARUAH aku untuk bangsa lebih penting drp segala2 tp ko si bodoh angkuh ingat diri kuat dn ramai dn blh buat sesuka hati!!!!ko org pertama aku akn hapuskan!!!gi mampus lah bodoh!!!!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!