CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Seminar

Seminar

Sunday, June 10, 2012

PANAS BERAPI! SULTAN JOHOR SEBAK, NIZAR LAHANAT SESAK NAFAS!

Sebelum korang baca artikel ini, aku nak share dengan korang sikit perasaan aku masa Tuanku SUltan Johor bertitah tadi, sungguh menyentuh perasaan aku, Tuanku mengalirkan airmata Tuanku melihat sokongan rakyat Johor.

Aku tabik spring kat orang Johor la, korang memang terbaik! Sekarang mari baca artikel nukilan Adamyan dari Mykmu kat bawah ni:

PEPATAH lama melayu ada menyebut, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Disesuaikan dengan keadaan di Malaysia ini, sudah termaktub zaman berzaman sejak beratus-ratus tahun lalu bahawa ketua negara dan negeri di Malaysia ini adalah Sultan, Raja dan Yamtuan Besar – dipendekkan Raja-Raja Melayulah.

Inilah hakikatnya pada yang memegang taraf kerakyatan negara ini, suka tak suka, inilah dia.

Kalau tak suka boleh berambus. Waima di negara mana yang ‘diberambuskan’ itupun, siapa pun ketua negaranya masih perlu dihormati. Kalau raja, rajalah, kalau presiden, presidenlah.

Ini penulis tujukan kepada Nizar, yang sudah berulang kali menunjukkan sikapnya yang anti raja dan anti melayu. Tunggu sekarang, Nizar jadi anti Islam saja, selepas itu lengkaplah Nizar sebagai penderhaka ulung negara ini.

Idea ini datang selepas penulis sebak melihat DYMM Sultan Johor yang terharu dengan sokongan rakyat kepada pemerintahan baginda pagi tadi (seperti disiar Buletin Utama). Tak pasal-pasal baginda Tuanku diseret Nizar dalam polemik politik.

Dendam Nizar kepada Raja-Raja Melayu masih tak padam, semuanya sebab keengganan DYMM Sultan Perak memperkenankan permohonannya supaya DUN Perak dibubarkan setelah 3 ADUN DAP dan PKR melompat parti.

Tapi bila DYMM Sultan Perak perkenan perlantikkannya sebagai Menteri Besar walaupun PAS paling kurang kerusi dalam DUN, dia tidak pulak bising.

Penulis dan ramai orang lain tahu, isu nombor plat ini hanya sebab, sebetulnya ada agenda lebih besar untuk merepublikkan negara ini selaras dengan matlamat agung DAP. Bukan kita bodoh.

Penulis nak beri amaran kepada Nizar, kalau berani tulis dalam manifesto Pakatan Haram untuk mengubah perlembagaan negara ini supaya sistem beraja dibuang dan diganti dengan negara republik. Anwar boleh jadi Perdana Menteri, manakala mana-mana pemimpin DAP yang Nizar termakan budi sangat tu boleh jadi Presiden.

Kalau berani tulis dalam manifesto, kita nak tengok rakyat terima atau tidak.

Toksahlah nak guna taktik perang gerila atau baling batu sembunyi tangan. Nak cakap, tapi sebab takut hilang undi, tak terucap. Kalau dah itu matlamatnya, sebut sajalah dan dokumenkan dalam manifesto pilihanraya, dan tunggu respon rakyat macam mana.

Kita cabar Nizar, kalau ada ‘bola’lah.

Selagi itu, Nizar terima sajalah sistem sedia ada sebab inilah pilihan rakyat. Rakyat mengundi untuk mengekalkan sistem beraja sekarang dan ia perlulah dihormati semua orang, termasuk Nizar.

Tak puas hati, macam penulis sebutkan di atas – boleh berambus.

Sumber: MyKMU

5 comments:

  1. Nizar lambai jangan cuba2 nak pijak bumi Johor, kalau tak ketanjung rambutan kena penampor orang Johor atau nasib tak baik keliang lahad tempatnya...itu pun kalau liang lahad nak terima...AWAS kamu

    ReplyDelete
  2. Nizar separuh Cina berjiwa Cina tapi mengaku Melayu dan berselindung disebalik Islam sebenarnya proksi DAP dlm PAS.

    ReplyDelete
  3. bagi Sultan Johor tampor sekali si Niza ni

    ReplyDelete
  4. keturunan gangster China puak Ghee Hin dengan Hai San perak..

    ReplyDelete
  5. Raja aku tu masih kuat lagi dolatnya... kena penampar dia bisu ko nizar..... house Pk atikel terbaik...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!