CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Tuesday, June 12, 2012

PANAS BERAPI! ORANG KAMPUNG NAK TAHU BERAPA NILAI HARTA SEBENAR ANWAR IBRAHIM!

Susulan tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion, seramai 11 ketua kampung dalam Parlimen Parit hari ini tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang itu.

Anwar sebelum ini enggan membuat penjelasan mengenai tuduhan tersebut sebaliknya terus berdolak-dalik dan cuba melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha mengalih perhatian rakyat terhadap tuduhan berkenaan.

Malah, Anwar dalam satu sesi dialog ekonomi di Petaling Jaya memberitahu, beliau bersedia mendedahkan akaun bank miliknya dan menjelaskan berhubung dakwaan mengawal akaun induk bernilai RM3 bilion sekiranya Muhyiddin juga melakukan perkara sama.

Pengerusi Persatuan Ketua Kampung Parlimen Parit, Meor Hanafi Hashim memberitahu hampir 80 orang ahli JKKK kampung berkumpul di hadapan Balai Polis Sri Iskandar bagi menuntut Anwar menjelaskan perkara sebenar berkaitan tuduhan terbabit.

“Kita berkumpul di sini beramai-ramai bagi menunjukkan bahawa rakyat mahu kerajaan telus dan menyiasat tentang apa yang kita baca di media massa yang menyatakan Anwar mempunyai harta atau aset bernilai RM3 billion dengan menggunakan 20 akaun di bawah kawalannya.

“Nilai RM3 bilion itu terlalu banyak dan kita mahu mendengar penjelasan Anwar ke mana perginya duit itu,” katanya.

Dalam pada itu, kesemua ketua kampung terbabit juga menuntut supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber duit terbabit.

“Penting untuk kita sebagai rakyat tahu mengenai perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi ketua kampung yang ditemui, Hidzir Yusuf turut menyatakan pendirian beliau yang menggesa Ketua Pembangkang itu menjelaskan perkara sebenar mengenai aset bernilai RM3 billion yang dimilikinya.

“Sebelum ini, Anwar berkata bahawa pemimpin Pakatan Rakyat lebih telus dan tidak mengamalkan politik wang.

“Apabila timbulnya isu berkaitan RM 3 billion dan ia adalah satu jumlah yang besar, seelok-eloknya dijelaskan dari mana duit itu datang dan selain aset itu dari mana datangnya.

“Kita sebagai rakyat merasakan kita harus dan wajib tahu,” jelas beliau lagi.

Sebanyak 11 laporan polis dari 11 buah kampung sekitar parlimen Parit dibuat dan antaranya adalah seperti Kampung Lengkuas, Kampung Lambor Kiri, Kampung Bakong dan Kampung Dusun.

Isu pemilikan akaun induk berkenaan timbul semula apabila ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali memaparkan pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia pada 29 Oktober 1999 dalam satu sidang akhbar 30 Mei lalu.

Dalam pendedahan yang dibuat hampir 13 tahun lalu itu, Abdul Murad mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Sejak isu itu dibangkitkan semula, pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bekas-bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil membuat laporan polis mendesak Anwar memberi penjelasan.

Sumber: Perak Today

8 comments:

  1. Sejak isu pendedahan skandal seks DSAI oleh Mat Sabu, Karpal Singh dan Taib Azimudin pada1997 sehingga digelar Al Juburi, aku rasa masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Aku juga yakin bahawa Tun M membuat keputusan yg tepat apabila memecat beliau dan menyelamatkan negara dari dikuasai oleh manusia yg tidak bermoral. Dan aku juga tetap yakin bahawa Allah akan menyelamatkan Malaysia pada PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    Anwar ni kalau tak ada kisah 30 billion tu akan selamanya berbohong... Itu Raja Penipu tahap tegar... tak bole buat apa-apa dah... umpama dia meliwat dia kata orang lain yang liwat... Hantu Raya ke apa?

    ReplyDelete
  3. alamaaakk? apa kata semua pemimpin di malaysia buat pengisytiharan harta tak kira bn atau pr... tengok camne semua berani atau tidak

    ReplyDelete
  4. Salam... Bro mohon untuk masukkan blog ini ke dalam bloglist Bro... http://www.cywarputrajaya.com
    Ini blog baru aku, blog lama akan ditutup berikutan masalah kerenah birokrasi dengan Google... Mohon untuk remove blog http://exception2008.blogspot.com/ dari bloglist (jika ada)

    ReplyDelete
  5. Inilah gelagat dab perangai Hero Tamil pare pundek bernama Anwar Zionist. Kalau kena tangkap mencuri, beliau akan berkata semua orang pun mencuri, kala kena tangkap berzina dgn isteri orang, beliau akan berkata yg orang lain pun ada buat sama, kalau kena tangkap atau ada rankaman sedang melakukan perbuatan terkutok, beliau akan berkata, liwat suka sama suka. Inilah perangai terkutok Ketua Umom Fuckaton haramjadah. Apakah ini pemimpin yg mahu memimpin Umat Melayu, seorang terkutok, tak bermoral, takde maruah, Bapa Bacul, Bapa perosak? Selamaatkanlah diri dna keluarga, jauhilah dari menempah azab Allah keranayokong dan bersengkongkol dgn barua lahanat Yahudi zionist, pembunoh rakyat Palestina dan agenda jahat dan kotor untuk menghancurkan negara2 Islam. Ingatlah azab Allah sunggoh dahshat. Wali Terompah jamban, Nik Najis dan Anwar Zionist serta pemimpin2 Fuckaton dan Osetat Badigol gler kauseling, sudah harus direjam macam anak2 Palestina merejam askar2 Yahudi zionist untuk membela agama, bngsa dan negara.

    ReplyDelete
  6. Rasanya duit tu semua Anwar kumpul masa dia dalam kabinet BN kot... jadi secara tak langsung adakah tersirat orang yang duduk dalam kabinet semua mengumpulkan kekayaan?? Walaupun mungkin tak sebanyak 3 billion?? Ini persoalan yang harus ditanya..
    Untuk ketelusan, memang patut semua ahli politik especially yang mempunyai jawatan penting dalam kerajaan harus declare harta. Kadang2 hairan jugak dengan gaji pegawai kerajaan tp ada harta berjuta2.. mana dapat... mcm Ummi Hafilda hairan camne Azmin boleh ada byk duit masa Anwar jadi TPM dulu.. ohhh dunia dunia...
    Siasat SPRM jgn tak siasat..

    ReplyDelete
  7. Orang Tanya DIA ... DIA kenen pd org lain pulak.. NI lah perangai Anuwar... Semua Salah org lain...lepas TU nak jawab ape... Org lain buat ..so ape Salah Nya saya buat jugak ? Japan klise DIA atau pun KONSPIRASI dab Salah UMNO

    ReplyDelete
  8. Masalah pada anuar ni..dlm ceramah dia, dlm kebanyakkan kenyataan dia...dia asyik cakap, pemimpin BN korup, merampas duit rakyat, selalu ads ketirisan..

    Kononya, BN ni, smua pemimpin nya korup..
    Kononya, BN ni, nak d tukar kerna PR boleh jadi kerajaan yg bersih terutama PKR..

    Tetapi mereka lupa, Allah maha berkuasa..

    Satu pet satu, kes mereka terdedah..

    Saya, keluarga saya, Saudara saya & rakyat yg lain..tahu yg bapa segala korup adalah anuar..

    Jadi apa yg berlaku skrg, hnya menambahkan lg keyakinan sy bahawa anuar memang bapa sgala rasuah..

    Semua jelas d depan mata..
    HANYA YG TAKSUB & BUTA HATI SAJA MASIH MEMPERCAYAI ANUAR.

    Ikhlas dari Anak Kg. Sungai Damit, Tuaran, Sabah

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!