PANAS BERAPI! MAIRA JAWAB TUDUHAN JAHAT YANG DILEMPARKAN KEATAS DIA!

Tadi aku siarkan artikel ini dalam Bahasa Inggeris, Perak Today dah translate ke dalam Bahasa Malaysia, sila baca kisah sebenar dibawah ni ya:

MAIRA bukannya penipu sebaliknya hanya seorang suri rumah di kota metropolitan New York.

Ketika sesi temubual di apartment miliknya yang bernilai USD20 juta di Central Park semalam, Maira Nazarbayeva menafikan dakwaan sensasi bekas suami temasuklah menipunya untuk memiliki apartment berkeluasan 4,000 kaki persegi itu selain dikehendaki oleh pihak Interpol.

Sebaliknya, Maira menegaskan bahawa dia dan suaminya, Bolat Nazarbayuv masih lagi pasangan suami-isteri.

“Tidak pernah dalam satu hari pun saya bergaduh dengan suami”, kata Maira, 50, terhadap suaminya, Bolat yang merupakan adik kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

BERCERAI? SIAPA YANG BERCERAI? Maira Nazarbayeva berkata, beliau masih lagi mempunyai ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev yang mendakwanya menipu untuk memiliki apartment berkenaan.

Bolat Nazarbayev

“Saya masih berkahwin dan mempunyai hubungan baik dengan suami. Dan saya tidak pernah melihat dokumen yang berkaitan dengan perceraian. Saya tidak pernah menandatangani dokumen itu atau menerimanya.

Maira juga menafikan bahawa Bolat yang bertindak memfailkan saman terhadapnya dan anak lelakinya dari perkahwinan terdahulu, Daniyar dengan nilai USD20 juta. Ketika berbicara dengan Bolat menerusi telefon beberapa minggu lalu, Bolat sendiri terkejut apabila diberitahu mengenai saman berkenaan.

“Beliau (Bolat) menegaskan memandangkan beliau tidak menurunkan tandatangannya pada sebarang dokumen mahkamah, maka berita berkaitan saman itu sesuatu yang amat mengejutkannya,” kata Maira.

Peguam Bolat, John Snyder pula enggan mengulas pertanyaan wartawan berkaitan saman itu yang nyata berbeza dengan cerita Maira.

Pasangan itu berkahwin pada 10 Julai 2001, menurut kata sumber.

Bolat mengsyaki Maira menggunakan seseorang dan sudah berkahwin dengan orang lain ketika mereka berkahwin dan kemudiannya bercerai pada September 2009.

Beliau juga mengumumkan pemansuhan perkahwinan pada Septmber tahun lalu, menurut dokumen saman itu.

Setahun sebelum itu, iaitu pada 2008, Bolat meminta Maira dan anak lelakinya Daniyar membeli hartanah di Big Apple Real Estate. Beliau memberi mereka berdua kuasa membeli apartment dengan menggunakan namanya tanpa perlu ke Amerika Syarikat bagi tujuan itu.

Sebaliknya, dokumen saman itu menyatakan Daniyar membeli apartment itu dengan menggunakan nama ayah tirinya, Bolat dan ibunya, Maira.

Dan ibunya tidak berbuat demikian sebaliknya menjualnya kepada Daniyar untuk mendapatkan wang.

Maira menegaskan dakwaan itu tidak benar sama sekali. Katanya, beliau tidak menggunakan pihak tertentu dan masih bujang ketika mengikat tali perkahwinan dengan Bolat.

Dan pembelian apartment itu sememangnya untuk dijadikan tempat tinggal anak-anaknya.

“Ia dibeli untuk kegunaan anak saya ketika mereka belajar di Amerika Syarikat dan itulah tujuaannya,” kataya.

“Hanya lebih setahun lalu, saya dan anak bongsu berusia 10 tahun tinggal di apartment ini, ” kata Maira lagi.

Beliau juga kesal dengan kenyataan saman itu yang menyebut Daniyar, 24, yang kini tercicir dalam pelajarannya menipu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Columbia.

“Cerita ini sengaja direka-reka,” katanya.

Tegasnya, anak lelakinya tersenarai dalam pasukan tentera British dan masih lagi bertunang dengan anak Perdana Menteri Malaysia, Nooryana Najwa.

“Mereka begitu sedih dengan semua berita tidak berasas yang dilaporkan oleh media massa,” katanya.

Kenyataan saman menyebut Maira dikehendaki di Kazakhastan atas pelbagai kesalahan jenayah termasuklah menculik, mengancam dengan menyebabkan kecederaan fizikal bagi mendapatkan dana daripada rakan perniagaan selain menggunakan ancaman untuk memaksa pihak lain memindahkan hartanah kepada nama ahli keluarganya adalah tidak mengarut sama sekali.

“Saya hidup dan bekerja sebagai suri rumah ketika bersama suami di Kazakhstan,” katanya.

The Post menjadi menjadi akhbar rasmi Interpol yang menyiarkan notis Maira dikehendaki, menurut jurucakapnya, Ronn Torrossian.

Katanya, Maira ke luar negara dalam tempoh beberapa minggu lalu tanpa sebarang masalah dan bercadang untuk berbuat demikian lagi pada masa mendatang.

“Beliau tidak pernah dituduh melakukan jenayah setakat ini,” katanya.

Peguam Maira, Lubov Stark berkata, anak guamnya akan mencabar tuduhan itu di mahkamah.

“Pelanggan saya seorang yang perahsia dan beliau mahu perkara berkaitan undang-undang dibicarakan secara peribadi,” katanya.

- dareh.gregorian@nypost.com

Dierjemahkan oleh Admin Perak Today

7 Responses to "PANAS BERAPI! MAIRA JAWAB TUDUHAN JAHAT YANG DILEMPARKAN KEATAS DIA!"

  1. "Katanya, beliau tidak menggunakan pihak tertentu dan masih bujang ketika mengikat tali perkahwinan dengan Bolat."- habis daniya anak sapa?

    ReplyDelete
  2. Anon 10.00 tak paham baca ke? Maira sebelum berkahwin dengan Bolat Nazarbayev pernah berkahwin dan mendapat anak bernama Daniya. Mungkin selepas itu dia bercerai dengan suaminya. Selepas berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, anaknya Daniya pun menggunakan nama keluarga bapa tirinya iaitu Nazarbayev.

    Kesimpulannya , semasa Maira berkahwin dengan Bolat, dia bujang atau lebih tepat janda yang dah beranak. Faham tak?

    ReplyDelete
  3. kan ke laporan nypost tu ada sebut. daniyar dituduh menipu bapa tirinya. lol, maksudnya daniyar anak maira bersama suami terdahulu. bolat tu bapak tiri daniyar.

    ReplyDelete
  4. CONTACT: RONN TOROSSIAN, 212-999-5585, Rtorossian@5wpr.com

    STATEMENT FROM MAIRA NAZARBAYEVA

    NEW YORK, NY – In response to recent media reports regarding the Nazarbayeva family, the following statement may be attributed to Maira Nazarbayeva:

    “My husband and I are unaware of who is actually behind these absurd claims and accusations. This is a private family matter which has been manipulated and exploited by parties with political interests.

    These scandalous allegations are completely untrue and have been made without any substantiation whatsoever. This has caused our family unnecessary embarrassment. My husband Bolat and I remain committed to our children, and will resolve this matter privately. We are proud of all our children.

    I have a pre-planned family vacation in Europe over the next few weeks and will spend this quiet time with my family and loved ones

    ReplyDelete
  5. malaysiakini dan harakah tak keluar berita ni lagi ke? dah nak masuk 24 jam ni....

    ReplyDelete
  6. DEI PARPUKARI TINDUPUTHU SOOTHA SORI..

    MAIRA KA MAIRE? HEHEHEH

    P/S:
    LU TAU KA APA TU MAIRe? TANYA SAMA ITU NALAKURAPPAN PUNYA GANG OK?

    MUAHHAHAHAHAHAH

    ReplyDelete
  7. teramat sgt benci pembangkang!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!