PANAS BERAPI! KERAJAAN REJIM SELANGOR TERSANGAT LA FLIP FLOP ADANYA!

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun menyatakan kesanggupan kerajaan negeri mencairkan aset milik UNISEL bagi mengatasi kesan pembekuan sementara pinjaman oleh PTPTN.

Jika ia menjadi kenyataan, tidak syak lagi inilah satu-satunya bukti penting polisi pendidikan percuma anjuran PR mudah untuk dilaksanakan. Agaknyalah.

Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Tahun ini jual tanah 500 ekar, tahun depan jual pula bangunan UNISEL - semuanya demi untuk realisasikan pendidikan percuma, tak begitu?

Sebetulnya, sejak isu pembekuan sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL yang mewarnai suasana politik negara kita kini, ternampak jelas riuh rendah janji menyediakan pendidikan percuma seperti diwar-warkan oleh PR hanyalah retorik sahaja.

Baru cuma beberapa ketika PTPTN membekukan permohonan pinjaman, reaksi pemimpin pembangkang sudah sama seperti cacing yang kepanasan.

Dulu PTPTN dibenci kini PTPTN dirindui seolah macam gila talak. Tika inilah baru masing-masing bercakap soal kebajikan dan betapa pentingnya PTPTN untuk pelajar.

Malah kenyataan terbuka Khalid Ibrahim itu yang mahu menjual tanah milik UNISEL sebenarnya telah membongkar realiti dan wajah sebenar pemimpin pembangkang yang tiada perancangan teliti untuk setiap janji yang mereka kemukakan kepada rakyat.

Mereka bercakap secara semberono, tanpa fikir panjang dan semuanya dilakukan atas sifat untuk popular dan menarik perhatian semata-mata.

Jika dalam isu PTPTN, mereka berura-ura untuk menjual tanah manakala dalam kes Yayasan Selangor sudah terbukti ada tanah tergadai kepada para kroni atas alasan tidak menguntungkan, agaknya selepas ini apa lagi yang mahu di jual dan di gadai?

Jual aset, jual tanah dan gadai harta benda dah macam satu trademark PR bila berhadapan dengan sesuatu masalah atau dugaan. Sinonim betul.

Harapnya ia tak jadi budaya, takut nanti ada pula yang jadikannya panduan dalam menyelesaikan kemelut ekonomi rumahtangga dengan menggadai kehormatan bini sendiri atas alasan untuk kebajikan anak-anak. Parah nanti.

BLUES BEARY

4 Responses to "PANAS BERAPI! KERAJAAN REJIM SELANGOR TERSANGAT LA FLIP FLOP ADANYA!"

  1. DAH TAKDA MODAL LAIN KE. HABIS HARTA RAKYAT SELANGOR. SEMUA NAK DI JUALNYA. JADI KALAU MEREKA PERINTAH MALAYSIA TAK MUSTAHIL MALAYSIA PUN AKAN DI JUAL. KATA RAMAI PROFESSIONAL DLM PARTI. TAK BOLIH BERI CADANGAN YG LEBIH BAIK DARI JUAL HARTA KE. MEMALUKAN. ORANG KUMPUL HARTA DIA MENGHABISKAN. TU PUN NAK KATA UMNO MACAM2 WALHAL AWAK TU YG BURUK PERANGAI. PENDACAI TAKDA YG PROFESSIONAL KE UTK MENILAI KETUA2 DIAM

    ReplyDelete
  2. Mangkuk... Pendidikan tu kan tanggungjwb kerajaan pusat. Jgn jd budak kecik la..

    ReplyDelete
  3. Tu kalau cakap tak guna akal marah. Kau tau ke kalau kerajaan bagi pelajaran percuma kepada semua orang perbelanjaan negara meningkat. Ramai dari mak bapak di Malaysia ni mampu. Kalau semua nak tanggong tu maka yg kaya bertambah kaya tak payah keluar duit. Mana pgi akal kau ha mangkuk

    ReplyDelete
  4. DASAR PENDIDIKAN PR..
    nak duit sara masa belajar cari sendiri.. yuran ANUwar support..
    susah cari duit g jer belajar kat selangor.. YURAN FREE.. duit makan minum buku n etc.. PR support.. leh jd tukang massage, escort,GRO.. macam2 ada.. KY pun dpt free.. PR ADA, KO ADA??

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!