PAKATAN MEMANG HARAMI! SELAMATKAN PADANG PKNS DI KELANA JAYA AT ALL COST!



ORANG kata, bukan penulis kata tau, Pakatan haram yang memerintah Selangor itu banyak hebat. Segala macam kejayaan yang dicapai sejak 4 tahun lepas sehingga katanya selepas ini kalau letak kambing jadi calon pun, parti-parti komponen dalam Pakatan haram ini akan menang.

Ini kata orang.

Tapi kelihatannya, disebalik semua itu, hari-hari kita dihidangkan dengan masalah yang hampir kesemuanya dikaitkan dengan kerajaan negeri. Masalah sampahnya, air percuma yang tak semua orang dapat, punca bekalan air bersih itu sendiri dan sebagainya. Cakap sampah ini sahaja, hidung rakyat Selangor dah naik tepu dengan bau sampah lama tak berkutip.

Kesian bebudak ni, takde dah padang nak main lepas ni!
Terbaru ini isu padang PKNS di Kelana Jaya pulak. Seperti yang semua tahu, Ahli Parlimen Kelana Jaya ini tak reti berbahasa melayu, dia hanya pandai rakam video orang mabuk cakap sorang-sorang.

Soalnya warna dalam peta. Satu peta warna merah (tanda boleh dibangunkan) dan satu lagi warna hijau (tidak boleh ada pembangunan). Kalau penuli salah, betulkan, tapi lebih kurang macam itulah kisahnya.

Bila bercakap soal tanah ini, memang sejak Pakatan haram mengambil alih, tanah di Selangor menjadi rebutan semua pihak berkepentingan, macam di Pulau Pinang juga. Paling ke depan sudah tentulah tycoon cina yang membiayai kewangan DAP dan seterusnya PAS serta PKR.

Sebab itu kita fikir amat tidak logik sekali pihak-pihak berwajib dalam isu padang PKNS ini boleh ‘tersilap’ menandakan dalam peta sama ada tanah itu boleh dibangunkan atau tidak. Penulis tidak rasa itu masalahnya, sebaliknya warna itu cepat-cepat ditukar setelah isu ini menjadi punca kemarahan rakyat yang menyaksikan Azmin Ali puas dimaki hamun penduduk minggu lepas.

Konon nak datang jadi hero, akhirnya menjadi sasaran maki hamun.

Paling menggelikan hati bila kerajaan Pakatan haram Selangor sendiri menubuhkan jawatankuasa menyiasat macam mana ‘kesilapan’ itu boleh berlaku. Boleh percaya ke ni? Sepatutnya pihak yang lebih berkecuali menyiasat, bukannya kerajaan negeri menyiasat PBT dibawah kendalian kerajaan negeri sendiri, tak gitu?

Penulis tidak hairan kalau nanti ada yang dikambing hitamkan dan diletak semua kesalahan.

Bila dilihat semula, apa masalah sehinggakan isu kecil macam padang pun boleh jadi masalah? Kata hebat, kata terer, BN ni semuanya yang tak baik, tapi bila dia perintah, soal kecil macam padang pun tak boleh selesai? Usah kata soal lain-lain yang lebih besar, macam isu janji 2008 yang berderet lagi tak bertunai.

Ini rakyat perlu fikirkan, apa jenis kerajaan yang anda pilih pada 2008. Penulis lihat, takde apa yang hebat pun bila puak ini mengambil alih, hebat gebang adalah tapi dari segi apa yang boleh dilihat dan dinilai, hampir tidak ada apa.

Sumber: MyKMU

5 Responses to "PAKATAN MEMANG HARAMI! SELAMATKAN PADANG PKNS DI KELANA JAYA AT ALL COST!"

  1. Smlm aku kat area PJ ss 12. Adik aku yg baru 1st time smpai Selangor dari salah satu negeri selatan kata "Bang, kenapa Selangor ni kotor sgt. Sampah merata". Aku balas "Sbb diorg bwh Pakatan Rakyat".

    ReplyDelete
  2. Kalau cogan kata untuk negeri Selangor: Dipelihara Allah.

    Jangan biarkan Kerajaan Pembangkang Selangor ni jadikan negeri ini Dilaknat Allah kerana isu2 yang remeh-temeh!

    ReplyDelete
  3. Kalau cogan kata untuk negeri Selangor: Dipelihara Allah.

    Jangan biarkan Kerajaan Pembangkang Selangor ni jadikan negeri ini Dilaknat Allah kerana isu2 yang remeh-temeh!

    ReplyDelete
  4. selangor maju dan kaya tanpa UMNO

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!