MESTI BACA! PROGRAM PERMATA NEGARA LANGKAUI BATASAN POLITIK, AGAMA DAN BANGSA

PROGRAM Permata Negara hasil ilham dan cetusan idea isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ternyata melangkaui batasan politik, bangsa dan agama sebaliknya fokus utamanya adalah mendidik kanak-kanak bawah lima tahun menjadi insan cergas minda, membesar secara holistik, kreatif lagi berkeyakinan diri.

Rakyat terutamanya ibu bapa perlu diberi pendedahan mengenai objektif program itu yang mula dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan khidmat asuhan dan didikan awal kanak-kanak dan keutamaan diberi kepada ibu bapa yang berpendapatan bawah RM1,500 sebulan.

Antara syarat-syarat pemilihan Anak PERMATA Negara bagi kawasan luar bandar ialah jumlah pendapatan isi rumah (suami- isteri) tidak melebihi RM1,500 sebulan manakala untuk kawasan pinggir bandar dan dalam bandar pula, pendapatan isu rumah mestilah tidak melebihi RM2,500 sebulan.

Sebagai contoh, bagi Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Putrajaya dan Presint 16, keutamaan diberikan kepada pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan sokongan 3 seperti pemandu, pembantu am rendah, pengawal keselamatan dan pasangan yang tidak bekerja.

Keutamaan turut diberikan kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) serta pemohon yang mempunyai masalah keluarga seperti penceraian dan digantung tidak bertali.

Program Permata Negara ini diibaratkan seperti mencorak dan mewarnai sehelai kain putih dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk jati diri generasi muda Malaysia.

Baca seterusnya STATISTIK PERMATA seluruh negara di PERAK TODAY...

6 Responses to "MESTI BACA! PROGRAM PERMATA NEGARA LANGKAUI BATASAN POLITIK, AGAMA DAN BANGSA"

  1. 6 bulan sebelum tarikh luput UMNo macam2 la tipu helah dikeluarkan. Tapi Luput juga

    ReplyDelete
  2. JOM TENGOK PERLAWAN AKHIR EURO BERSAMA PERDANA MENTERI. INFO LANJUT LAYARI www.suaragenerasibaru.com

    ReplyDelete
  3. Anon 2.18.. Kau ni ckp ikut sedap mulut je.. Benda yg elok tu kita akui la..

    Mcm mane la bangsa nak maju kalau ada 10 lagi spesis mcm ni..

    ReplyDelete
  4. Anon 2.18 eloklah ada tarikh luput. Nak buat jahat pun fikir dia kali. Kuranglah dosa. Tak mcm org. .... Dah nak luput pun masih hot. Tak tau nak taubat.

    ReplyDelete
  5. Bila UMNO bagi duit, kaburkan mata rakyat konon buat kerja "untuk rakyat" dan keluarkan fitnah2 mengaibkan partilawan termasuk hal2 peribadi, Bermakna pilihanraya dah dekat...Bersedialah wahai rakyat menyaksikan pokok berulat yang dimakan anai-anai 55 tahun ni yang akan tumbang

    ReplyDelete
  6. PERMATA suka merembat duit rakyat

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!