KUNYIT HANGIT! SEMUA WANG ANWAR DISIMPAN DI BRITISH VIRGINIA ISLAND!?

PENDEDAHAN eksklusif muka depan akhbar New Strait Times hari ini (lanjutan dari pemilikan 20 akaun rahsia Anwar bernilai RM 3 billion) memang menarik perhatian penulis untuk mengupas mengenainya.

Menurut laporan tersebut, seorang CEO bank telah mengakui kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR – nama lama bagi SPRM) pada 1999, yang beliau terlibat menguruskan wang dari akaun Anwar ini yang berpengkalan di British Virginia Island (BVI). Agak mengejutkan kerana nama negara itu pun jarang kita dengar tapi tahu-tahu wang negara kita berlambak disimpan disana –semuanya gara-gara Anwar.

Penulis tidak mahu meneka CEO bank mana satu tapi sekarang rasa-rasanya baru penulis faham kenapa nama ‘Rashid’ begitu memberi nilai sentimental kepada Anwar sehinggakan ada bekas banduan dengan nama sama pun menjadi mangsa pertamanya sebaik keluar dari penjara pada 2004. Apa kaitan ‘Rashid’ dengan bank, pembaca boleh cari sendirilah tapi sekadar nak menyebutkan, bank ini dulu diketahui mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan Anwar.

Malah isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga dikatakan pernah memiliki saham yang besar dalam bank tersebut. Tapi sekali lagi penulis nak tegaskan disini, penulis tidak mahu meneka dan terpulang sepenuhnya kepada pembaca untuk membuat tafsiran sendiri.

Seperti yang kita ketahui, wang ini ada kaitan rapat dengan not RM 1,000 dan RM 500 yang penggunaan dan pengeluarannya dihentikan oleh Bank Negara Malaysian (BNM) pada 1998, sebagai sebahagian daripada proses pemulihan ekonomi negara yang diserang penyangak mata wang asing pada 1997. Dalam Statutory Declaration (SD) yang dibuat Datuk Murad dulu pun sudah dijelaskan tentang perkara ini, dan bagaimana ianya dibawa keluar dari negara kita.

Berapa besarkah ekonomi BVI ini, penulis tidak tahu tapi yang jelas sekarang, apa pun nilainya, kelihatan ia disumbang sedikit sebanyak oleh berbilion wang negara kita yang disimpan disitu.

BVI, setakat yang penulis tahu, tidak mempunyai tahap kerahsiaan kewangan sehebat Switzerland. Di Switzerland, tidak ada Mahkamah atau undang-undang dalam negara itu yang boleh mengarahkan bank-bank negara tersebut mendedahkan maklumat kewangan pelanggan mereka kepada pihak ketiga. Ada khabar mengatakan perkara ini menjadikan Switzerland sebagai tempat paling sesuai untuk menyimpan jumlah wang yang banyal tanpa perlu risau ia diketahui pihak lain – termasuklah wang haram.

Penulis yakin, sistem perbankan di BVI tidak jauh beza dengan Britain yang menjajah negara tersebut. Sudah tentu ada selok belok perundangan yang membolehkan pemilik sebenar wang tersebut didedahkan kepada pihak-pihak berkepentingan. Mungkin masih ada saksi-saksi yang pernah disiasat BPR dulu yang masih hidup dan boleh melengkapkan siasatan kalau kes tersebut dibuka semula sekarang.

Itupun kalau samseng-samseng upahan Anwar tidak sampai kepada dia dahulu.

Kerajaan, SPRM dan BNM perlu ambil serius perkara ini. Wang, (walaupun dalam not yang sudah tidak dikeluarkan lagi), perlu dibawa balik ke negara ini untuk dimusnahkan kerana ia boleh mempengaruhi ekonomi negara kita, terutama bila bercakap tentang kitaran wang (circulation of money). Apa terjadi kalau wang itu dibawa balik ke Malaysia dan masuk ke dalam pasaran? Sudah tentu inflasi akan meningkat naik, sila-silap sejarah ‘wang pisang’ semasa penjajahan jepun dulu, boleh berulang semula.

Maaflah, ini bukan niatnya nak mengajar, penulis tahu, BNM pun sedar tentang perkara ini. Cuma penulis mahu sesuatu dilakukan segera untuk memastikan negara kita tidak lagi terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi sekali lagi setelah kita terselamat dari krisis sub prima yang melanda Amerika Syarikat pada 2008.

Dalam masa yang sama juga, tidak salah rakyat negara kita berkunjung secara beramai-ramai ke BVI untuk melancong. Tahulah kita sekarang, apa pun yang cantik, apa pun yang menarik, canggih dan sebagainya di negara tersebut, sedikit sebanyak disumbangkan oleh wang negara kita yang disimpan disitu dan dilaburkan oleh bank yang menyimpannya.

BLUES BEARY

8 Responses to "KUNYIT HANGIT! SEMUA WANG ANWAR DISIMPAN DI BRITISH VIRGINIA ISLAND!?"

  1. ceh! tak habis2 tuduh orang korup, rasuah, salah guna kuasa dll tapi rupanya dia yg larikan harta rakyat ke luar negeri. peel huduh hasil didikan yahudi la ni!

    ReplyDelete
  2. UMNO cirit lampin lagi

    ReplyDelete
  3. Benda ni memang dah lama diceritakan..cuma tak dipanaskan..

    note RM500 & RM1000 memang diseludup keluar, sebab tu bila TUN M dapat tau, dia mansuhkan note-note tu...

    Selepas dimansuhkan, meroyanlah anuar sebab lubang dah pecah...

    sebab tu sekarang ni Jawatan PM tu anuar kejar, bila dapat jadi PM, note-note tu akan diaktifkan kembali dalam pasaran Malaysia...

    memang hakikat ni juak panatan sukar nak terima...tapi itulah hakikatnya...

    dok kata sana sini, orang lain korup, salah guna kuasa, tapi tuhan maha kaya & berkuasa...

    Allah keluarkan 1 per 1 ape yang dilakukan...

    ReplyDelete
  4. embah mu tenunan

    ReplyDelete
  5. Baru nak tahu, ini lah Bapak sedgala kroni. Inilah orang yang mempekenalkan politik wang.

    Inilah orang yang meyogok wang ketika dalam kabinet dulu.

    Jika masih ada mana-mana Wakil Rakyat yang pernah terhutang budi dengan orang ini silalah mengudur diri secara terhurmat PRU13 nanti.

    Orang ini juga telah mengguna cara yang sama dalam mengawal kuncu-kuncunya dalam Pakatan.

    Masakan tidak orang2 seperti Abang Mat sekarang mengecut telurnya.

    Itu baru Abang Mat, belum lagi Abang Min. Banyak lagi.

    ReplyDelete
  6. Serikandi yang kecewa dengan PASJune 12, 2012 at 5:19 PM

    Antara kekuatan Anwar adalah keluarga. Wan Azizah dan anak2 pakai tudung litup elok... muka pun lawa. Kalau nak banding ngan DS Najib dan Tun... disebabkan penampilan inilah yang memudahkan fitnah. Hakikatnya, Allah suruh tutup aurat supaya wanita ini dikenali sebagai wanita yang baik dan mengelakkan fitnah. Saya percaya Anwar jahat dan Wan Azizah juga jahat sebab sanggup pertaruhkan negara, bangsa dan agama demi suami dan keluarga... Semoga Allah buka pintu hati DS Rosmah dan Siti Hasmah untuk menutup aurat. dengan itu, mereka akan dikenali sebagai wanita yang baik dan mengurangkan fitnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMIN... SEMOGA TEEBUKA PINTU HATI MEREKA UNTUK MENUTUP AURAT.

      Delete
  7. Kepada: Serikandi yang kecewa dengan PAS,

    Walaupun anda sudah kecewa dengan PAS, namun jangan pulak anda ada sikap 'double standards' tentang perkara aurat.

    Janganlah ambil sikap kalau seorang wanita itu menutup aurat maka ia dilihat wanita yang baik dan dielakkan dari fitnah. Ramai jugak ada wanita yang menutup aurat tetapi perangai mereka macamlah pelesit serta berpura-pura pula.., lantas meraka tidak juga terlepas dari fitnah orang lain.

    Juga.., kenapa pula anda menegur hanya wanita..? Kenapa ahli-ahli sukan Bolasepak (yang beragama Islam) tidak ditegur kerana memakai seluar pendek nescaya mendedahkan aurat mereka..? Kenapa pasukan Bolasepak Negeri Kelantan (sebuah negeri yang diangkat sebagai 'Serambi Mekah') misalnya juga mendedahkan aurat mereka.., tetapi tiada siapa yang menegur..?

    Hinggakan ahli-ahli pasukan Bolasepak negara Arab Saudi juga mendedahkan aurat mereka semasa bermain bola.., walaupun negara Arab Saudi begitu tegas sekali tentang budaya pakaian rakyat mereka dikhalayak ramai.., iaitu wanita dengan Abaya hitam manakala lelaki dengan Jubah mereka. Maka.., bukankah itu merupakan suatu sikap kepura-puraan atau tidak konsisten..?

    Nescaya.., pemakaian (samada lelaki atau wanita) yang tidak keterlaluan atau yang 'modest'.., dan yang tidak memberahikan nafsu mereka (yang tidak muhrim) melihat para pemakai itu.., adalah digalakkan.

    Bukankah Allah SWT lebih melihat di hati kita.., dan bukan sekadar luaran kita. Maka.., janganlah menilai luaran seseorang itu apabila kita tidak mampu menyelami apa yang ada dihati mereka.

    Wasallam.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!