KUNYIT HANGIT! APA BEZA ANWAR DENGAN PENJUAL OBAT SEKS DI CHOKIT?

Secara keseluruhan di seluruh negara terdapat 222 kerusi parlimen. Untuk memenangi pilihanraya seterusnya menguasai tampuk pemerintahan peringkat pusat secara majoriti mudah bermakna minima 112 kerusi perlu dimiliki.

Pada masa sekarang pakatan pembangkang memiliki 75 kerusi (sebelumnya 82), 7 dimiliki Bebas yang terdiri dari kalangan bekas pemimpin PKR manakala BN pula menguasai 140 kerusi.

Mengikut ramalan saudagar mimpi terkenal pula iaitu Anwar Ibrahim, tanpa teragak-agak telah mensasarkan kemenangan pembangkang dengan majoriti mudah dengan kelebihan 10 kerusi. (Nanyang Siang Pau dan China Press)

Maksudnya Anwar yakin pakatan pembangkang yang 'diketuainya' mampu menang mudah di 122 kerusi parlimen pada PRU 13 kelak.

Dalam pada pembangkang masih mempertikaikan ketelusan dan keberkesanan SPR dalam menguruskan daftar pengundi pilihanraya, boleh pula Anwar meramalkan kemenangan bakal menjadi miliknya.

Nampak sangat segala macam serangan terhadap kewibawaan SPR sebelum ini hanyalah agenda politik pembangkang semata-mata, lagipun kalau betul SPR tidak telus patutnya Kelantan dah lama kembali kepada BN.

Berbalik pada keyakinan Anwar untuk menguasai 122 kerusi parlimen itu, sebetulnya siapa saja boleh membuat ramalan sambil bermimpi indah tambah-tambah lagi untuk memujuk hati sendiri.

Tapi realitinya jarang sekali mengikut kehendak mimpi. Contoh mudah waktu Anwar sibuk mencanangkan mimpinya untuk menjadi PM 16 September 2008, walaupun berjaya menyebabkan penyokong pembangkang hanyut dalam lamunan, hakikat kemudiannya jauh panggang dari api.

Trend sekarang tidak lagi sama seperti PRU 12 2008 dulu, hatta masyarakat Cina yang sebelum ini diketahui mendukung kuat agenda pakatan pembangkang pun sudah beransur-ansur menjauhi Anwar dan kuncu-kuncunya.

Ditambah lagi dengan sokongan majoriti orang Melayu dan bumiputera lain serta kaum India condong bersama BN tentu saja sukar untuk Anwar merealisasikan mimpinya.

Mengikut kajian ramai penganalisis politik, dalam pilihanraya akan datang paling tinggi pun hanya 70 kerusi parlimen sahaja yang boleh dimenangi pembangkang berbanding pencapaian terbaik mereka menguasai 82 kerusi semasa PRU 12 sebelum ini.

Populariti yang dikecapi Anwar dan PR hasil kelemahan kepimpinan negara sebelum ini sudah tidak sama seperti dulu. Sebagaimana pembangkang naik mencanak demikian juga jatuhnya agak merudum.

Terlampau banyak isu melingkari polisi dan dasar pembangkang yang diketahui umum tidak secocok dengan realiti masyarakat Malaysia yang menyebabkan Anwar hanya layak untuk kekal sebagai saudagar mimpi sahaja.

BLUE BEARY

12 Responses to "KUNYIT HANGIT! APA BEZA ANWAR DENGAN PENJUAL OBAT SEKS DI CHOKIT?"

  1. Lagu/Gurindam lama:
    SiLuncai terjun dengan labu-labunya,
    Biarkan.....biarkan......
    Cerita lama:
    Alkisah maka ayam Pak Kadok pun menanglah dalam pertandingan itu, tapi sayang seribu kali sayang kampongnya tergadai juga!

    Loya Tak Jadi

    ReplyDelete
  2. Don't under estimate kaum India bro..majority profesional India khusus nya dalam Medical & Law dll menyokong PR walaupun mereka makan gaji dgn kerajaan.... termasuk profesional melayu yg makan gaji dgn kerajaan ..... Hard JOB to do BRO ???

    ReplyDelete
  3. Baik berhati-hati sebelum memperlekehkan apa yang dikatakan oleh Anwar Aljuburi. Ada banyak pihak yang berasakan tindakan menyekat pinjaman PTPN kepada pelajar UNISEL adalah satu tindakan kejam dan tidak prihatin kepada anak Melayu yang miskin.
    Juga isiu menteri kesihatan yang tidak perlu bayar untuk WWW15, walhal DYMM Sultan Johor sendiri terpaksa membuat bayaran hampir setengah juta. Belum lagi isiu lembu, jadi kita janganlah terlalu ghairah kerana rakyat bukan boleh di perkudakan lagi!

    ReplyDelete
  4. Bezanya orang tu jual dia makan. Sebab tu meroyan lebih.

    ReplyDelete
  5. A'uudzubillaahi mina ANWAR nir rajeem......!!

    ReplyDelete
  6. kalau banding UMNo dengan penjual obat chow kit memang ada beza. Penjual obat ada maruah.

    ReplyDelete
  7. Apa yang kau merapu ni...Haramjadahh tull...

    ReplyDelete
  8. Apa yang kau merapu ni...Haramjadahh tull...

    ReplyDelete
  9. betul tu prapukari..kita buat pilihanraya sekarang..kita yakin boleh menang!!

    ReplyDelete
  10. Kajian yang tepat dan relevan.

    Banyak problem rakyat di Selangor, Kelantan, Penang dan Kedah. Situasi pada PRU13 akan datang berbeza dgn 2008 kerana rakyat sudah dapat menilai cakap kosong PR. Rakyat pun sudah banyak nampak kelakuan pemimpin PAS yang hipokrit dan 'flip flop'. Semua ini tidak nyata sebelum 2008 tetapi pada hari ini sudah terang.
    Kalau kita beza program and planning antara BN dgn PR, jauh beza. BN nampak kerja kuat untok negara tetapi PR tidak jelas lansong kerja mereka. Example, Datuk Najib bila keluar negeri bawa masuk banyak pelaburan dari luar negara ke Msia. Tapi wakil2 PR apa yang mereka bawa balik ke tanah air?

    Pada PRU13 nanti rakyat akan teliti dan banding 'performance' dan 'achievements' antara BN dan PR. Mana satu yang jelas lebih aktif dan efektif? Di PRU13 PR tidak boleh menambah kerusi yang mereka ada pada hari ini. Sebalik nya mereka akan hilang banyak kerusi yang mereka ada sekarang.

    Masa depan anak dan keluarga bergantong pada pilihan yang bernas dan cerdik. Bukan pada emosi. BN ada plan (e.g ETP) untok masa depan kita semua. PR apa plan mereka? Boleh ke DAP dan PAS berkerja sama untok masa depan negara? Hari ini untok ambil gambar boleh mereka senyum dan peluk peluk. Tapi bila sudah habis ambil gambar dan balek rumah masing2 macam mana perasaan mereka yang benar antara satu sama lain?

    ReplyDelete
  11. DSINajib/UMNO/BN kena berhati-hati dengan "stunt" seperti yang dilakukan oleh PBS dalam PRU yang lalu. PBS last minute pull-out dari BN dan terus menguasai Sabah. Ingat tak? Yang recoup balik kalau tak silap Anuar Ibrahim di atas arahan Tun Mahathir. So, boleh berlaku sekali lagi "stunt" seperti ini.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!