ISU PANAS! SELAMATKAH ANAK-ANAK KITA DI PUSAT ASUHAN ATAU TADIKA YANG KITA HANTAR?

Ini ada satu kisah menarik yang telah aku ambil dari blog Zamzarina pasal kecedaraan dan kematian kanak-kanak di pusat asuhan atau tadika. Benda ni harus menjadi iktibar untuk kita semua mak bapak. Kita kena tahu dengan siapa kita hantar dan adakah mereka terlatih untuk hadapi keadaan kecemasan?

Selepas membaca berita mengenai kematian cucu AU seperti yang dilaporkan Bernama, ZZ teringat ada menemubual Datin Seri Rosmah Mansor tahun lepas.

Pengasuh di pusat penjagaan kanak-kanak perlu memahirkan diri dengan aspek bantuan kecemasan agar mampu menjaga keselamatan golongan yang dijaga dan mengelak berlakunya kecelakaan. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah bantuan pemulihan pernafasan dan jantung (CPR) kerana ia mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

"Baru-baru ini saya terbaca di akhbar mengenai kejadian kanak-kanak meninggal dunia akibat tercekik susu. Kita tidak mahu ia berlaku lagi," katanya ketika ditemubual dalam program Apa Kata Wanita terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri hari ini.

Katanya, selain pengasuh di pusat jagaan, ibu bapa dan guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran berkenaan untuk keselamatan orang di sekeliling mereka.

Sementara itu beliau berkata, kanak-kanak yang berusia empat tahun ke bawah perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana peringkat umur tersebut penting dalam membentuk minda anak-anak.

"Perkara ini harus dipandang serius kerana kita bukan sahaja mahu menumpukan kepada pembangunan negara malah kepada pembangunan modal insan.

Menurut Rosmah, ibu bapa perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak supaya nasib mereka tidak terabai.

"Terdapat kes di luar negara di mana kanak-kanak mengalami tekanan perasaan dan membunuh diri kerana ibu bapa terlalu mengejar kebendaan sehingga lupa kepada anak-anak. Kita perlu pandang serius isu ini kerana tidak mahu ia berlaku di negara ini," katanya.

Read more...

1 Response to "ISU PANAS! SELAMATKAH ANAK-ANAK KITA DI PUSAT ASUHAN ATAU TADIKA YANG KITA HANTAR?"

  1. Ada beberapa perkara yg ibu bapa dan pihak taska perlu ambik tahu tentang mwnyusukan anak. Bila membeli puting susu pastikan ianya sesuai dgn umor bayi. Jangan main beli saja. Sebab kalau putingnya besar air susu akan keluar dfn banyak bila di hisap olih bayi. Ini kita dpt lihat bayi akan tercungap2 dan meronta sebab tak blh bernafas. Bagi pihak taska pula mereka mesti pangku bayi dan susukannua. Ada orang yg malas nak pegang sebaliknya hanya meletak sesuatu utk menyokong botol kemulut bayi. Jadi dgn lubang botol yg agak besar dan bayi menyusu sendiri amatlah ditakuti perkara ini bolih berlaku. Semasa menyusu bayi pun kepalanya mesti sedikit tinggi dan org yg memegang bayi tidak bolih leka. Lps habis susu kgn terus baringkan bayi sbb takut termuntah. Letak kepala bayi dibahu dan dgn lembut usap atau tepok perlahan2 sampai bayi sendawa. Sebaiknya tidurkan bayi secara mengiring supaya kalaupun termuntah muntah itu tidak masuk semula kemulutnya. Biar kita penat sedikit asalkan anak selamat dan sihat.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!