INFO BERAPI! SESUATU YANG KORANG KENA TAU PASAL ISU SCORPENE NI! SEBARKAN!

Kenyataan Rasmi TLDM..

"..Berhubung dengan perolehan kapal selam Scorpene, Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang didakwa. Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus – selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

Sebaliknya, syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.

3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).

6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan:

1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.

2. Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.

3. Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.

4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.

Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.

Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan....."

"....Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur...." 27 April 2007

HOUSE PK: Ok TLDM dah keluarkan kenyataan rasmi, lepas ni sesiapa nak percaya lagi dengan drama pakatan maka korang kena pergi check otak korang ok!

8 Responses to "INFO BERAPI! SESUATU YANG KORANG KENA TAU PASAL ISU SCORPENE NI! SEBARKAN!"

  1. Agak2 nya lah, pencacai2 peliwat & pemegang konci sorge leh TERIMA ke menda2 berat cam nih???

    ReplyDelete
  2. Kalau takde yang nak disembunyikan boleh lah najib dan zahidi muncul di mahkamah perancis bagi keterangan. ka ka ka ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat diaorg berani ke muncul di mahkamah perancis tu nanti...? Masing2 kecut teloq nk ke sana.

      Delete
  3. Hairan ada juga yang bingai. Mana ada mahkamah di Perancis untuk kes ni. Ini semua wayang Anwar. hahahah........

    ReplyDelete
  4. Marie Antoinette= maharani peranchis dihukum pancung dengan guillotine di Peranchis oleh rakyatnya sendiri.........

    ReplyDelete
  5. Statement tu kluarkan dalam bahasa perancis skali.

    ReplyDelete
  6. Tired chasing after a submarine?Eat more ice creams to recover!! Ha ha

    ReplyDelete
  7. DIANTARA AGEN2 PAKATAN YG BERUSAHA DGN HEBAT UTK MEMBURUKKAN & MENJATUHKAN KERAJAAN MELAYU ISLAM YG MENTADBIR NEGARA MALAYSIA YG TERCINTA INI IALAH MKINI DOTCON SDN BHD (MALAYSIAKINI) & SUARA INISIATIF SDN BHD (SUARAM)...

    SIAPA MEREKA?

    INI ADALAH SEBAHAGIAN BUKTI AGEN2 PAKATAN YG DAPAT PEMBIAYAAN SECARA LANSUNG DARI AGENSI KERAJAAN U.S.A.... INI BARU PEMBIAYAAN PERMULAAN YG DITERIMA SECARA LANSUNG & RASMI.. MUNGKIN BANYAK LAGI YG DITERIMA SECARA TAK LANSUNG & TAK RASMI.. RUJUK LINK KAT BAWAH NI .. PENTING ..

    http://www.ned.org/where-we-work/asia/malaysia

    SAMA2LAH KITA RENUNGKAN DAN NILAIKAN.. BUKANKAH INI SUATU BENTUK PENJAJAHAN SECARA HALUS DGN MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT MALAYSIA.. PETUALANG & PENGKHIANAT NEGARA INI WAJIB DI TENTANG & DIPERANGI HABIS-HABISAN..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!