HABIS LA TUTTI FRUTTI LEPAS NI, SEBAB YOGEN FRUZ LAGI SEDAP DAN MANTAP!


Aku nak reha dari cerita pasal politik ni la sekejap, ni aku nak share satu benda yang sangat bagus untuk pembaca yang aku sanjungi semua.

Minggu lepas ada member ajak aku pi makan Fat Free Yogurt yang bernama Yogen Fruz, pada mulanya aku malas sebab aku dah biasa makan TUTTI FRUTTI (yang dimiliki Naza Group satu masa dulu, kini khabarnya telah dijual kepada tauke Cina mana tah). Setelah member aku cakap benda ni memang sedap, maka aku pun ikut la dia untuk mencuba.

Bila aku rasa ice-cream Yogurt ni, pergghhh sedap gila wei. Tak terkata sedap dia sebab selama ini aku makan Tutti Frutti punya, ianya agak masam dan tak berapa nak kick la, anak-anak aku tak suka sebab ianya masa. Tapi yang ni, yogurt Aiskrim Yogen Fruz ni sedap tak terkata.

Serius aku cakap korang kena cuba sendiri, kalau nak rasa sila ke Red Carpet di The Strand Kota Damansara dan korang compare la sendiri dengan Tutti Frutti tu, aku gerenti korang akan jatuh cinta dengan aiskrim Yogurt ni, lagipun ianya takde lemak. So tak perlu risau badan naik gemok kan?

Kalau tak percaya korang sendiri pi TRY! Memang berbaloi beb!

7 Responses to "HABIS LA TUTTI FRUTTI LEPAS NI, SEBAB YOGEN FRUZ LAGI SEDAP DAN MANTAP!"

  1. Yang buat lebih sedap tu mesti ada campuran unsur2 haram (babi le tu)...benda2 haram memang teramat la sedap. Tak mustahil sebab product ini dihasilkan oleh syarikat bukan Islam...

    ReplyDelete
  2. betul ke tutti frutti dah dijual pada bangsa lain?...ke fitnah org supaya org tak datang mkn tutti frutti lagi... bahaya cerita2 mcm ni...kalau tiba2 ianya hanya fitnah tak pasal2 berdosa sebab sebarkan cerita mcm ni...

    ReplyDelete
  3. bro yg nie dah ada sijil halal ke?

    ReplyDelete
  4. Sapa tokey Yogen Fruz ni? Melayu? Cina? India? Kalau cina punya baik tak payah pergi la. Serupa mcm makan daging babi jer nnti.

    ReplyDelete
  5. Produk ini dari USA, tapi francaisnya dimiliki oleh orang Melayu aka Bumiputera Malaysia. Ianya halal dan aku buat artikel ini sebab aku berhak kata mana yang sedap kan? Lidah aku beb

    Dari korang dok cerita banyak, pi la try dulu...

    Oh ya Tutti Frutti milik Naza dulu la ni, milik siapa, hangapa cari la sendiri..he he he

    ReplyDelete
  6. Parpu, aku setuju dengan ko, aku dah pernah rasa makan yogurt aiskrim kat kedai ni, memang sedap dan lain dari tuti fruti tu. Memang berbaloi la dengan harganya. Murah lagi dari tuti fruti

    ReplyDelete
  7. laaa...aku baru tau sat tadi...Rupa-rupanya bos aku adalah pemilik francais tutti frutti...tapi kat australia punya la...kat malaysia dia ckp masih lagi NAZA...tak tau la kalau sekaramg dia pon dah sapu sekali...tu yang timbul cita2 tutti frutti bkn naza punya lagi kot...pening gak aku...nnti la aku call naza sendiri...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!