GEMPAR BERAPI! ROSMAH KENA JELASKAN PADA RAKYAT DARI MANA DIA DAPAT RM550 RIBU NI!?

Persatuan Kebangsaan Autism Malaysia (NASOM), badan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan menyeluruh serta holistik kepada golongan autistik hari ini menerima sumbangan bernilai RM550,000 hasil projek ‘rock melon’ di kawasan Seri Perdana.

Pertubuhan yang genap usia 25 tahun pada tahun ini merupakan penerima kedua sumbangan hasil projek itu selepas Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal 1Malaysia dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, berkata beliau telah meminta syarikat Iris Corporation Berhad memulakan projek tanaman ‘rock melon’ di sekitar Seri Perdana kira-kira dua tahun lalu.

“Hasil sulung projek berjumlah RM 600,000 diserahkan kepada Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal 1Malaysia pada tahun lalu dan tahun ini giliran NASOM pula untuk menerima hasil kedua projek yang berjumlah RM550,000,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan ‘rock melon’ kepada NASOM di Titiwangsa, dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Presiden NASOM, Datuk Danny Tan; Pengerusi NASOM, Teh Beng Choon dan Pengurus Urusan IRIS Corporation Berhad, Datuk Tan Say Jim.

Sementara itu, Rosmah berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu NASOM bagi meneruskan usaha murni mereka dalam membantu golongan autisme.

Read more...

4 Responses to "GEMPAR BERAPI! ROSMAH KENA JELASKAN PADA RAKYAT DARI MANA DIA DAPAT RM550 RIBU NI!?"

  1. Nanti adalah fitnah PR.....Oleh Mat Kulop.

    ReplyDelete
  2. 550k macam angka familiar saja.Bukan duit komisen alantuya ka?

    ReplyDelete
  3. Baru 550k je nie pun bang nuar yg kasi kot hehehe

    ReplyDelete
  4. org buat baik pun pencacai pakatan haram ni spin jadi jahat... apela nak jadi korang ni?otak letak kat juboq ke ape????? bodohhhhhhh

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!