CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Saturday, June 30, 2012

FUYOH! DR ZAMBRY TERIMA ANUGERAH AHLI KEHORMAT PERKIM DARI TUN M!

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sebentar tadi menerima Anugerah Ahli Kehormat Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) 2012 yang disampaikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang juga merangkap Yang Dipertua persatuan itu.

Anugerah itu dikurniakan pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-51 yang berlangsung di Hotel Taiping Perdana dan buat julung-julung kalinya negeri Perak dipilih menjadi tuan rumah.

Tahun lalu, mesyuarat agung persatuan itu berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.

Dr Zambry dalam ucapannya, berkata pemilihan bandar warisan, Taiping sebagai lokasi mesyuarat agung tahunan PERKIM pada tahun ini cukup bermakna buat kerajaan dan rakyat negeri Perak.

Katanya, kehadiran Tun Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali cukup dinanti-nantikan para hadirin yang begitu mengagumi ketokohan serta jasa besarnya dalam membangunkan negara, bangsa dan agama.

“Jasa Tun Mahathir sentiasa dikenang apatah lagi generasi saya cukup mengenalinya dan sumbangan besar beliau dalam membangunkan negara tercinta ini tidak boleh dinafikan.

“Daya pemikiran dan hasil tulisannya sentiasa dibaca dan dibahaskan kerana beliau bukan hanya seorang pemimpin tetapi juga pemikir dan ilmuwan yang dihormati,” katanya lagi.

Read more...

3 comments:

  1. wah dengar cite geng shrek berjaya tawan johor..apa macam ni ?

    ReplyDelete
  2. wah dapat anugerah... nasib tak dapat anugerah dari pro-lbgt macam ibrahim ali dapat tu

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!