CILI KASI TARUK! MARI BACA DEMOKERUSI TAHAP KURAP DALAM DAP!

Parti ‘ultra kiasu’ DAP yang selama ini sering membangkitkan isu berkenaan hak asasi manusia rupanya hanyalah topeng bagi menutup kelemahan mereka yang mengamalkan pemerintahan ala diktator. Slogan yang dilaungkan selama ini tidak ubah seperti lakonan opera cina yang sering dipertontonkan ketika menyambut sambutan perayaan hari hantu. Ini kerana pimpinan tertinggi mereka akan memecat sesiapa sahajka yang mempersoalkan segala kelemahan dan kepincangan yang wujud di dalam parti itu.

Buktinya, baru-baru ini dua ahli DAP di Johor telah diberikan surat pemecatan kerana didakwa telah mengadakan demonstrasi semasa konvensyen DAP di Shah Alam serta di Johor tidak lama dahulu. Kedua-dua mereka ialah Murugan A Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam dari Taman Nesa, Skudai. Surat pemecatan serta merta itu ditanda tangani Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai yang juga ahli Parlimen Cheras selepas mengadakan mesyuarat disiplin pada minggu sudah.

Ketika dihubungi, mereka mengatakan DAP pusat akan memberikan peluang untuk mereka mengemukana rayuan dalam tempoh dua minggu. Namun kerana kecewa dengan tindakan tersebut, Murugan dan Thukasi memutuskan untuk tidak mengemukan rayuan. Murugan juga menegaskan dia adalah merupakan bekas ketua cawangan Taman Nesa yang telah banyak menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi mengukuhkan sokongan masyarakat India kepada parti DAP.

Beliau dan Thulasi mengadakan demonstrasi tersebut kerana membantah dan meluahkan rasa tidak puas hati atas cara pemimpin DAP Johor ketika mengendalikan mesyuarat cawangan tersebut. Sebelum ini, ketika mesyuarat tersebut, mereka cuba untuk membantah kehadiran Ketua Pemuda DAP Johor, J Jason atas beberapa faktor sebelum ini. Namun Naib Pengerusi Norman Fernandez yang hadir sama telah mengambil tindakan untuk membatalkan mesyuarat atas alasan laporan cawangan tidak lengkap.

Read more...

4 Responses to "CILI KASI TARUK! MARI BACA DEMOKERUSI TAHAP KURAP DALAM DAP!"

  1. Dalam UMNo boleh bersuara ka? Dr M yang 22 tahun PM tu pun lepas letak jawatan jadi kucing kurap oleh dolah al tiduri dan tak dapat cakap kat perhimpunan. Terpaksa contest pastu kalah sebab rasuah.Sudah la UMNO. Cermin diri dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kau nie mimpi lagi ke bro?

      Delete
  2. HARAP PENYOKONG PASS PKRR BACA DAN FAHAM BETUL2. BESOK KALAU DIA DAPAT PERINTAH NEGARA ALAMAT TIAP BULAN ADA SAJA YG KENA PECAT TERUTAMA ORG PASS SEBAB DAPP NI TAK SUKA ORG ISLAM FAHAM.

    ReplyDelete
  3. DAP tak boleh nak fire sesuka hati, untuk menjadi bos DAp perlu memenangilebih 100 kerusi parlimen. Boleh kah?Jjadi jangan la percaya tipu helah UMNO yang dah goyang nak tumbang nie.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!