CILI KASI TARUK! KENAPA PERLU LANTIK ANJING KURAP PRO PEMBANGKANG DALAM PNB? WHY?

Dua CEO dalam kumpulan PNB telah dikenalpasti adalah pro-pembangkang. Perlantikan ini adalah suatu kecuaian pihak pengurusan Permodalan Nasional Berhad.

PNB adalah syarikat operasi pelaburan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera. Dengan meletakkan seorang yang anti kepadda kepimpinan BN atau pro Pakatan, ia serupa meletakkan kepimpinan anak syarikat dibawah seorang yang fikiran bercanggah dengan hala tuju YPB atau PNB.

Ditambah lagi, CEO pro-pembangkang boleh menggagalkan objektif atau keupayaan syarikat. Ia buka ruang untuk syarikat disalahguna untuk kerja-kerja haram bagi parti pembangkang.

Pada bulan April, akhbar telah mendedahkan CEO Kontena Nasional Berhad, Hood Osman ada salah seorang dari empat pihak terlibat dalam satu usaha untuk mengambilalih KUBB sebagai dan bersama nominee Anwar yang telah diketahui ramai, Faiz Abdullah.

Pendedahan CEO Kontena Nasional ini dan penglibatannya bersama Anwar Ibrahim berlaku akibat disaman lebih RM80 juta oleh Hong Leong Bank.

Menurut blog Another Brick sini, Hood adalah peguam keluaran UIA dan anak Kelantan yang pernah bekerja dengan Zaid Ibrahim.

Sebelum menyertai Kontena Nasional, dia bekerja dengan Moccis Berhad. PAda bulan April lepas, dia sedang melobi untuk menjadi CEO Northport Berhad dan dibantu oleh akhbar-akhbar mainstream yang agak condong ke pembangkang.


Selain Hood, seorang lagi pro-pembangkang yang hampir akan dilantik untuk jawatan CEO dalam salah sebuah anak syarikat PNB, iaitu sebuah syarikat dalam kumpulan Maybank. Orang kedua yang dimaksudkan adalah Kamaluddin Ahmad.

Dia adalah penerima biasiswa Bank negara dan belajar di University of Kent dalam sains aktuari. Baca laporan Sundaily sini.

Kamaluddin ini berasal dari Parit Raja Batu Pahat dan merupakan anak guru yang penyokong kuat UMNO. Sikapnya berubah menjadi amat kritikal terhadap kerajaan sebaik dia bekerja di American Insurance Group.

Semasa di AIG, dia mengikut sangat propaganda barat untuk kuat mengkritik polisi "capital control and ringgit pegging" yang berjaya diguna Tun Dr Mahathir pada September 1998.

Bukan setakat itu, dia menyelar Dr Mahathir dengan terbuka sebagai hipokrit kerana menjemput banker Wall Street melabur ke Malaysia ketika menziarahi New York. Antara kata-katanya ketika itu adalah "Dr Mahathir is hypocrite. How could we support him and the Government".

Sebagai seorang terpelajar, dia sepatutnya memahami perbezaan antara geopolitik dan hubungan dagang dengan ahli perbankan profesyenal Wall Street. Turut juga beza adalah peranan ketua negara dalam hubungan rasmi dengan pandangan peribadi.

Ditakdir tuhan, ketika dia Naib Presiden, AIG berhadapan dengan masaalah kewangan yang teruk pada 2008. Dia kekal bersama Chartis sebelum menyertai anak syarikat Khazanah, UEM tahun lepas.

Kini PNB dan Maybank berhasrat melantiknya menjadi CEO Mayban Etiqa.

Bagaimanakah dua kes perlantikan ini boleh terjadi? Adakah pihak pengurusan PNB sudah begitu cuai sekali?

Adakah oleh kerana Tan Sri Khalid Ibrahim datang dari PNB dan menjadi penyokong kuat Anwar maka PNB telah jadi pembiakan penyokong Pakatan Rakyat?

Bekas staf dan pengurus PNB ada yang kemudiannya bersama Pakatan Rakyat atau menyokong PKR seperti bekas Setiausaha Agung PKR, Dato Salehuddin Hashim, Dato Anuar Mohd Nor (kini kumpulan Semesta), Aspan Alias (DAP), Tan Sri Khalid Ibrahim, Tan Sri Ahmad Don, dan lain-lain.

Tetapi ketika di PNB, mereka ini menyokong ideologi kebangsaan. Ini berbeza sekali jika CEO ini sudah mengetepikan agenda kebangsaan dan berfikiran berteraskan idealogi liberal Pakatan Rakyat ketika masih menerajui syarikat PNB.

Ini adalah sesuatu yang sangat merbahaya. Isunya bukan mengenai hak untuk mendapat pekerjaan atau bertentangan dengan konsep meritokrasi.

Apabila seseorang itu tidak merupakan penyokong kerajaan yang memerintah, kemungkinan besar dia akan melakukan tindak tanduk yang bertentangan dengan polisi atau aspirasi kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat terbanyak.

Dikhuatiri mereka tidak bersikap profesyenal, lalu mengengkari seruan dan polisi kerajaan, hingga sabotaj usaha kerajaan.

HOUSE PK: Ini adalah petikan dari The Unspinners. Aduh, susah la macam ni, asyik dok lantik calon-calon bebal yang akan memusnahkan PNB je. Tolong la buat sesuatu. Bahaya kalau dibiar macam ni.

16 Responses to "CILI KASI TARUK! KENAPA PERLU LANTIK ANJING KURAP PRO PEMBANGKANG DALAM PNB? WHY?"

  1. Bisnes-bisnes juga la...tapik kalau dah ada kene mengena dengan govt skunk GLC napa nak lantik pengkhianat ni?? Takder orang erdik pandai lagi dah ke?? common la takkan mistake mudah camni nak buat??

    ReplyDelete
  2. Kenapa kerajaan UMNO ni amalkan dasar yang amat cuai dalam urus tadbir kerajaan?Ramai petualang dalam kerajaan.Pengarah-pengarah jabatan kerajaan pro pengkhianat.SPA gemar mengambil jenis ini untuk berkhidmat dengan kerajaan.Contohnya,majoriti lulusan sebuah institusi teknikal yang mendokong doktrin n.ajis dan al-juburit bersepah dalam perkhidmatan kerajaan.Tender kerajaan mereka dapat,kantin kerajaan mereka dapat,malah tokoh guru kebangsaan juga ada dari kalangan mereka.

    ReplyDelete
  3. M C O B A!!!! No GOOD.

    ReplyDelete
  4. Bro, please check your facts before you post such accusation against someone you hardly know or met. Kamaluddin is my close relative and I know very well in the last five years his view on the opposition front has changed 180 degrees and he is now very supportive and positive with the current transformation effort by DS Najib. If he reads your writing here, he'll be utterly disappointed. Pls pro, I am a big fan of your blog, don't publish if your facts are not yet checked. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ano 10.11pm, jom kita jumpa di pt raja. Aaku punq kenal kamaludin dan hood ini. Kamaludin masih lagi tegar pkr. Awak boleh check fakta ini dgn staf kontena dan keluarganya di bt pahat. Hood memang pkr!! Isunya apakah tak ada anak Melayu lain ke? Tak boleh check dgn umno hq yg ada bank data individu2 yg bersesuaian! Gantikan sahaja pqengurusan pnb ddan khazanah nasional itu. Nanti orang gelakkan umno dan kecewakan penyokong umno. Jangan pandang ringan perkara begini. DS Najid dan pemuda umno tolong ambil tindakan segera!!

      Delete
  5. Anon 10.11, i am sorry la if he is ur relative, but i cannot tolerate MSUANG BERBULU AYAM anymore bro, he must come out and confess la who he support, apa barang hantar sedara ni bro, if he wants, he can mail me at 1housepk@gmail.com

    Ini soal negara beb, kalau letak pengkhianat hancur la aset negara kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul,keliling si najib dan si rosmah ramai yg pro pembangkang,depan mengapu abis belakang di kencingkan kamu hehehe.padan muka tak mahu dengar nasihat dari saluran yg betul.

      Delete
  6. Hang nak org pro umno jadi ceo, alamat pnb akan melingkup mcm bank bumiputera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau letak pro-pkr lagi bungkus dan muflis lah pnb

      Delete
  7. Bro, it's me again, Anon 10:11. After the sacking of DSAI in 1998, there were a lot of discontentment and confusion amongst us Malaysian, me included. The accusation against DSAI at that time was deemed too shocking and too bizzare to be true and many people believed that it was a conspiracy at the highest level. In the years that follows a good number of well educated Malaysians like Kamaluddin and even myself, developed a strong anti-government sentiment. If anybody asked our opinion on the government then, we will not hesitate to voice out our sentiment. However, when the truth finally sunk in our heads in the recent years, we realised how wrong we were and now many of the staunch DSAI supporters within our circle of friends and families have reverted back to supporting the govt. Everybody makes mistake bro, and that's normal for us humans. As a sensible person, we should not label anyone with derogatory lables like traitors or musang berbulu ayam based on how that person behaved or believed in the past. Senator Ezam used to be a die-hard supporter of DSAI and was more than willing to sacrifice his life for DSAI. But bro, how things have changed now. We cannot call the likes of Ezam musang berbulu ayam based on the statement that he made in those days because he simply is not that person anymore. Imagine how would the likes of Ezam feels if we label them such. The same goes for Kamaluddin and many others. Hope you realise this and be extra careful in the future. For your info, Kamaluddin was hired as CEO of Etiqa purely based on his merits and the good corporate governance that he exercised when he was at the helm of AIG. A person of his calibre would add value to the country's asset rather than destroying it. I would agree with you if he was hired based on political link, but the fact is - he is not. He is a business leader, agood one in fact, and not a politician. In fact, growing up around him, I have never known of him making any acquintances with any politicans from all divides. Hence, I do not see why an individual like him has to come out and make a statement on his political orientation. Plus, business skills and competence have got nothing do do with political orientation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lah! Saya kenal sangat kamaludin ahmad dan hood itu. Memang mereka berdua pro-pkr. Kau bagi nama sebenar kau dan kita jumpa di pt raja. Aku bawak keluarga dia. Ada berani?? Dpd Wak Darman, Kg Peserai, Batu Pahat

      Delete
  8. Awat tak buat laporan polis kat uncle seekers kerana hina raja-raja? 30 artikel dia tulis hentam raja johor tau. Ataupun korang takut dengan hantu seekers tu? hahaha mana pi perkosa? mana pi 3 calit? mana? dasar pengecut! www.uncleseekers.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Gua budak koleq @ mcob. Cuma kita akan kata dulu kita pi Sekolah Melayu Jalan Stesen aja. Mana yg tau, tau lah, mana yg tak tau, most likely kaki temberang.

    Off topic sikit bro, minta tumpang lalu heh?

    Ini pasai Anwar ni, apa kelas dia ada? Pi tanya dia MCE grade apa dulu? Lepas tu dia cuma pi UM ambik course apa? Padahai jaman tu punya lah banyak scholarship pi oversea, apasai dia tak lepas? What a disgrace. Nak cakap pun malas dah. Sbb mangkuk sorang ni memang pandai bercakaaappppp aja. Tapi buat kerja tak reti langsung.

    Of course i can voice (write) my opinion, views in english. But what's the point? I'm a Melayu @ i feel at ease writing in Bahasa Melayu kita. I went to UK for tertiary education, got my papers and came back to serve my country. That's all there is to it.

    Tapi ini mangkuk Anwar, dia mau jual ini negara @ via IMF policies. I know lah, i was an investment banker back then. Kalau mau cerita pun skrg sapa yg ingat lagi / faham pun semua ni? Whatever it is, masing2 pandai2 lah nak pangkah mana nanti. Jangan sampai kena jual aja dah lah....

    TQ

    ReplyDelete
  10. kalau hood itu memang terbentang bukti keterlibatannya dalam kes Hong Leong, takkan setakat kata2 kritis terhadap TDM oleh Kamaludin hampir sepuluh tahun lalu mahu diandaikan untuk menghukumnya sebagai pro pembangkang. Terbitnya kata-kata itu di dalam media ini pastinya bersumberkan rakan-rakan rapatnya. Tidak hairan jika mereka yang berkenaan ada rasa cemburu dengan bintang Kamaludin yang bersinar. Ketam Melayu tak perlu ditutup bekasnya sebab yang di bawah akan menarik mana-mana yang cuba memanjat keluar. Mungkin sama kesnya di sini sehingga kata-kata yang sedemikian boleh terpapar di media. Atau mungkin juga ini sebahagian modus operandi untuk melemahkan Datuk Mukhriz dan Ansara, mungkin oleh agen-agen Ketua Pemuda UMNO. Segala-galanya berkemungkinan dan yang empunya blog pun tidak boleh mendabik dada menghukum seolah-olah mereka maha mengetahui. Bentangkan bukti yang lebih nyata supaya mata dan hati terbuka menerima fakta.

    Yang jelasnya mereka berdua bukan MCOBA seperti yang salah seorang pengomen tuliskan. Mereka adalah lepasan MRSM Kuantan dan MRSM Muar. Kamaludin khususnya dijamin tidak terlibat dengan luar tabie. Secebis komen Kamaludin, "berkhidmat untuk negara".

    ReplyDelete
  11. Wahai blogger bangang . Najib kata ",ini rekonsilisasi nasional, " ..... patut la najib kata blogger umno bangang!!!!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!