CILI KASI TARUK! BILA PRU DAH DEKAT BARU NAK KASI TURUN CUKAI KE KHALID GAGAP?

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoal tindakan kerajaan Selangor mengumumkan pemberian diskaun 20 hingga 25 peratus bayaran cukai pintu kepada semua penghuni rumah pangsa kos rendah, hanya selepas empat tahun memerintah negeri itu.

Beliau berkata pemberian diskaun itu jelas hanya sebagai 'gula-gula politik' pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"PRU dah dekat, kenapa sekarang baru terfikir nak laksanakan janji yang dibuat empat tahun lalu berbanding dengan perkara yang dijanjikan Perdana Menteri, contohnya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dilaksanakan sebaik pengumuman mengenainya dibuat," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2012 kawasan Parlimen Tanjong Karang di sini, Selasa.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas pengumuman Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, berhubung pemberian diskaun cukai pintu kepada pemilik kediaman flat kos rendah di negeri itu.

Abdul Khalid bagaimanapun berkata diskaun itu hanya layak diterima oleh pemilik yang menghuni rumah flat masing-masing dan mendaftar dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Noh turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang tidak menurunkan cukai pintu bagi semua jenis kediaman di negeri itu seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU 2008.

"Ini hanya beri pada rumah kos rendah sedangkan berapa sangat diskaun cukai pintu rumah kos rendah jika dibandingkan dengan kediaman lain," katanya.

Mengenai tindakan kerajaan negeri memperuntukkan 50 lori kompaktor sampah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Noh berkata tindakan itu dilihat sebagai cubaan untuk menutup kelemahan pembangkang menyelesaikan isu kutipan sampah di Selangor.

Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri serius ingin menyelesaikan masalah itu, mereka sepatutnya menawarkan kemudahan lori kompaktor sampah tersebut kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

"Masalah sampah bukan sahaja di Shah Alam dan Petaling Jaya tetapi di seluruh Selangor," katanya.

Semalam, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad membeli 50 buah lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta untuk diperuntukkan kepada dua PBT di Selangor sebagai langkah menyelesaikan masalah kutipan sampah di dua kawasan PBT itu. - BERNAMA

HOUSE PK: Aku ingat lagi ada satu iklan Maggi beberapa tahun dulu, dalam iklan tu, bapak budak tu pada anak yang sakint kononnya "bila mula sekolah sakit perut pun datang la ya?" Sama la macam si Khalid dan Pakatan gila ni, dah dekat PRU baru nak kasi turun, itu pun pilih-pilih plak!

Wahai rakyat Selangor bukalah mata kamu semua! Sampai bila mau kena tipu dengan Pakatan harami ni semua? Sudah-sudahlah!

6 Responses to "CILI KASI TARUK! BILA PRU DAH DEKAT BARU NAK KASI TURUN CUKAI KE KHALID GAGAP?"

  1. tuan empunya blog, mohon di link www.dtubes.tv dgn blog tuan ini. tq

    ReplyDelete
  2. tuan empunya blog, mohon di link www.dtubes.tv dgn blog tuan ini. tq

    ReplyDelete
  3. tuan empunya blog, mohon di link www.dtubes.tv dgn blog tuan ini. tq

    ReplyDelete
  4. Syabas selangor. Pendapatan diberikan kembali kepada rakyat dalam bentuk diskaun. Air juga percuma. UMNO pasti meroyan jeles

    ReplyDelete
  5. PKRR TAK GENTLEMEN MAIN KOTOR. MENIPU RAKYAT SELANGOR. HANYA RAKYAT KUREENG AKAL YG AKAN MEMPERTAHANKANNYA. TENGOKLAH NANTI. MEREKA JAWAB TAPI MACAM BUDAK TADIKA. LAYAKNYA.

    ReplyDelete
  6. khalid gagap...taktik je ni, kalo gagap rasa die menang pilihanraya pasti xturun punye cukai..rugi la mana nk bayo china doll dgn entah ape2 doll lg..knknkn

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!