CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Thursday, June 7, 2012

BUKTI PAKATAN PENIPU! TIADA PERBICARAAN TENTANG KAPAL SELAM DI PERANCIS!

Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”

Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan. SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.

Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka. Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.

Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.

Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.

Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.

Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen. Selain itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.

Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.

Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun!

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja - sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.

Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib.

BLUES BEARY!

17 comments:

  1. asik2 isu bodo dn obselete (malahan telah diberi pengakuan oleh tukang penceritanya bahawa hanya fitnah utk jatuhkan Najib)terusan dimain/dicanangkan. ingat kami ini bodo ke mcmana bodonya cacai PR....Saman aje SUARAM ini...tuiiii

    ReplyDelete
  2. Cakap mudah jer lah.

    Najib belum bodoh nak sapu duit kat project besar.

    DAP ingat dia pandai sorang.Dia buat projek kecil2 tapi banyak kat Selangor sampai TBH terkorban nak coverkan kes dorang.

    Najib pun kalau pandai sikit baik dia gigit projek kecik2 banyak2 dari projek besar yang menjolok mata.

    Nak tuduh pun pakai akal la. Orang Malaysia belum bodoh lagik.

    ReplyDelete
  3. Cakap mudah jer lah.

    Najib belum bodoh nak sapu duit kat project besar.

    DAP ingat dia pandai sorang.Dia buat projek kecil2 tapi banyak kat Selangor sampai TBH terkorban nak coverkan kes dorang.

    Najib pun kalau pandai sikit baik dia gigit projek kecik2 banyak2 dari projek besar yang menjolok mata.

    Nak tuduh pun pakai akal la. Orang Malaysia belum bodoh lagik.

    ReplyDelete
  4. Tunggguuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  5. Bagus klu Dr. Kua diheret kemahkamah diatas menyebarkan maklumat palsu. Klu Dr. Kua melakukan fitnah ini diSingapura, sudah lama dia dicekup dan dibicarakan.

    ReplyDelete
  6. tipu ke tak tipu kat akhirat nanti kita tau lah... semua rakaman video gerak geri kelakuan dan perbuatan kita akan ditayangkan kepada semua orang nanti...

    ReplyDelete
  7. Kesian najib and BN . Buat apa pun tak jadi.Kapal dah karam. What goes around comes around

    ReplyDelete
  8. At best they will only succeed at embarrassing themselves.Is this the best talent the pro-PR camp could muster? Very amateurish, and this won't even get nominated for a junior high school drama!

    ReplyDelete
  9. Najib tak kenal altantuya,atau anwar tak kenal eskay..yang mana ada fakta!Fakta bervideo juga ada.Satu rumusan mudah untuk suaram disuramkan!

    ReplyDelete
  10. Eskay n Anwar tidak kenal antara satu sama lain,atau najib n altantuya yangb begitu. Bukti bervideo pun ada...suaram tak nampak atau memangnya suram!

    ReplyDelete
  11. ayoyo..this conspiracy replicate from Detective Conan lah...My boy kid can explain how conspiracy can be happen...

    ReplyDelete
  12. Jika yg kabur sedap dimainkan suaram dan kompani bertahun-tahun,yg jelas depan mata disuramkan.Patutkah kata saya tak kenal eskay.Pakar2 suaram ni buta atau rabun!

    ReplyDelete
  13. NGO SUARA RAKYAT MALAYSIA KONON, CAKAP TAK SERUPA BIKIN. PORAHH!!
    HARAP2 RAKYAT MALAYSIA BETUL2 BERSUARA SUPAYA SUARAM DIBUBARKAN SAJA SEBAB MENJAJA SUARA RAKYAT MALAYSIA DENGAN TINDAKAN YANG BODOH UNTUK MEROSAKAN NEGARA. SUARAM KAKI LELONG SUARA RAKYAT MALAYSIA.

    ReplyDelete
  14. suara anak haram

    ReplyDelete
  15. PR akan pastikan torpedo Dato Sri Najib memang ada menembusi Altantuya...

    ReplyDelete
  16. memang betul skandal scorpene cuma melibatkan DCN (syarikat perancis). Klu ada melibatkan rasuah yang kena ialah DCN..Dato sri Najib tak kena pon..paling teruk pun cuma jadi saksi je bukan jadi tertuduh..tapi yang Najib/zahid hamidi gelabah tak tentu hala pasal apa?

    ReplyDelete
  17. http://www.vancouversun.com/business/French+judges+probe+Malaysian+prime+minister+role+submarine+purchase/6575480/story.html...korang bace sendrik la bodoo...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!