APA NI PAS? 688 AHLI KAU MENYERTAI UMNO NI APAHAL? CE CITE, CE CITE!



Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di negeri Perak, seramai 688 ahli PAS dari DUN Kubu Gajah dan Batu Kurau nekad keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.

Tindakan itu diketuai bekas Setiausaha PAS cawangan Kampung Titi Kasai, Abdul Wahab Mahmood, yang menyifatkan hanya parti UMNO yang dapat memperjuangkan nasib dan bangsa Melayu di negara ini.

“Saya keluar PAS tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak sebaliknya atas kesedaran sendiri bagi menuntut hak saya sebagai orang Melayu.

“Dengan menyertai bawah UMNO ini, saya akan terus memperjuangkan nasib dan bangsa Melayu seperti yang dilakukan nenek moyang kita dahulu,” katanya yang menjadi ahli PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

Terdahulu, Abdul Wahab menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin di majlis Kenduri Rakyat di Kampung Titi Kasai, dekat Batu Kurau.

Baca selanjutnya di Perak Today...

4 Responses to "APA NI PAS? 688 AHLI KAU MENYERTAI UMNO NI APAHAL? CE CITE, CE CITE!"

  1. Alhamdulillah. hanya jauhari yang mengenal manikam. semoga perjuangan UMNO/BN diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. petanda awal dari mulut nizar pas akan hancur..

    ReplyDelete
  3. mampoosss lah korang kalau percaya beri ngan berita mcmm ni...nengok muka punn macam hanjinggg jerrrr....

    ReplyDelete
  4. Jun 3 4.45 PM baguslah jangan percaya kepada kebenaran, percayakan kepalsuan dan kemungkaran.

    Allah beserta dengan orang yang benar. 688 orang ahli PAS adalah dipihak yang benar Insyaallah.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!