ANWAR MESTI PANAS SEBAB BERIBU ANAK MUDA PERAK BERARAK BERSAMA PEMIMPIN BN!



Selain mendekati generasi muda, penerangan secara berterusan juga perlu dilaksanakan agar golongan itu tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah pembangkang cuba yang mengelirukan pemikiran mereka.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata adalah penting bagi kerajaan turun ke bawah bagi mendengar masalah generasi muda bagi mengelak mereka daripada mudah dipengaruhi oleh dakyah pembangkang.

Tegasnya, jika fitnah pembangkang terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bendung, masa depan generasi muda dan negara bakal musnah.

“Hari ini, kita lihat sokongan generasi muda di Perak terhadap gelombang biru semakin bertambah hasil usaha dan khidmat kerajaan negeri yang begitu prihatin dengan aspirasi golongan muda yang bergerak seiring dengan pendekatan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

“Jika golongan muda ini tidak didekati, mereka lebih mudah dipengaruhi pihak pembangkang dan di Perak sendiri, sudah wujud penerangan dibuat secara berterusan dan di peringkat Kementerian Belia dan Sukan pula, kita mengenalpasti orang belia berpengaruh (OBP), iaitu individu yang perlu didekati kerana mempunyai ramai pengikut,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran BN Pilihan Orang Muda di Pejabat Daerah Kerian, petang tadi.

Read more...

6 Responses to "ANWAR MESTI PANAS SEBAB BERIBU ANAK MUDA PERAK BERARAK BERSAMA PEMIMPIN BN!"

  1. pas peduli apa dengan budak muda, sebab kebanyakanya bukan pendundi berdaftar.

    ReplyDelete
  2. pas peduli apa dengan budak muda, sebab kebanyakanya bukan pendundi berdaftar.

    ReplyDelete
  3. fuhh..GEMPAK...Tahniah Perak!

    ReplyDelete
  4. Pas memang tak heran kalau takat bawa budak2 muda macam tu sebab budak tadika yang belum bersunat pun pas dah biasa bawa siap lawan polis lagi. tapi semua dah daftar mengundi tau..!!

    ReplyDelete
  5. pemimpin TURUN PADANG amat amatlah berkesan

    hendaklah diteruskan sepanjang tahun jangan hanya ketika PRU saja

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!