WAHAI @mbnizar HARAMI! MEMANG SAH KAU DAH DIBENCI PAS DAN DAP!

SEJAK beberapa minggu lalu, rakyat Perak sibuk bercerita di sana-sini mengenai tindakan kontroversi mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang menceroboh pentas ceramah UMNO di Tualang Sekah, dekat Kampar.

Sebelum itu, Nizar yang masih menganggap dirinya sebagai MB pilihan rakyat telah menggemparkan negara apabila membuat tuduhan mengaitkan Perdana Menteri berkomplot dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk merampas kuasa jika Barisan Nasional (BN) tewas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dikenali sebagai pembohong bersiri, tidak dinafikan populariti Nizar yang juga Adun Pasir Panjang yang suam-suam kuku sebelum itu kembali menyinar selepas insiden itu.

Malah gambar Nizar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin terpampang di muka hadapan Berita Harian dengan tajuk utama ‘Nizar Bohong’ yang bertarikh 27 April lalu.

Mungkin tindakan ini dilakukan oleh Nizar semata-mata untuk menarik perhatian rakyat dan pucuk kepimpinan tertinggi PAS negeri dan Pusat untuk kembali memilihnya sebagai calon PRU-13.

Malangnya, khabar angin kini bertiup kencang menyatakan hasrat Nizar untuk kembali menjadi MB jika Perak jatuh di tangan Pakatan Rakyat mungkin tidak kesampaian atau jadi seperti mimpi di siang hari.

Alkisahnya, PAS mahu meletakkan bekas pegawai kanan polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru-baru ini menyertai PAS Larut untuk bertanding di salah satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Untuk Parlimen Larut, ada tiga kerusi DUN iaitu Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dengar ceritanya juga, PAS Perak memang dah lama meluat dan bengang dengan tindak-tanduk Nizar yang nampak gayanya lebih setia kepada DAP.

Selama 11 bulan Pakatan Rakyat (PR) memerintah pun, rakyat Perak sedia maklum Nizar lebih banyak mengikut telunjuk DAP yang dicatur oleh Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Cinta Nizar kepada DAP memang tak boleh dipertikai lagi dan sebab itulah PAS secara senyap-senyap memujuk Fauzi balik ke Larut, seterusnya menganjurkan majlis pengisytiharan Fauzi menyertai PAS di hadapan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Teorinya mudah. Kalau Fauzi menang dalam PRU-13, maka PAS akan meletakkan Fauzi untuk mengisi jawatan MB Perak, bukan lagi Nizar yang selama ini disokong oleh DAP.

Bukan sahaja PAS, malah DAP juga tak nak Nizar jadi MB lagi kerana nama Nizar sudah tercemar bukan sahaja di bumi Perak tetapi juga seluruh Malaysia.

Selain Nizar, kemasukan Fauzi itu juga kononnya memberi ancaman kepada orang lama baik dalam PAS Larut atau PKR yang selama-lama ini sudah memasang angan-angan untuk dipilih dan bertanding sebagai wakil rakyat.

Tidak kira samada bertanding kerusi Parlimen atau DUN, Fauzi dilihat sebagai calon yang layak bertanding pada PRU-13 nanti.

Dalam ucapannya sulungnya selepas menyertai PAS Larut, Fauzi berkata, tujuan masuk politik ialah untuk mendekatkan diri dan menyatupadukan masyarakat terutama di kampung halamannya.

Menurut penulisan beberapa laman blog, beliau menyertai PAS akibat kecewa selepas peluang untuk menjawat jawatan tertinggi dicantas orang lain selain gagal mendapat kontrak kerajaan.

Nampak gayanya Nizar semakin kesuntukan masa dan hasratnya untuk kembali bergelar MB Perak mungkin tidak kesampaian jika komplot PAS ini berjaya.

Kita tunggu dan lihat apa reaksi Nizar apabila berita ini sampai ke pengetahuannya nanti…

Sumber: Perak Today

5 Responses to "WAHAI @mbnizar HARAMI! MEMANG SAH KAU DAH DIBENCI PAS DAN DAP!"

  1. PAS terus berkecamuk.

    KRONI – ANTARA NIK AZIZ DAN RAJA NONG CHIK. Baca di sini.

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Angkat tangan jangan lari pulisss!puliss!! pulisss! masok Pas..bakal big boss unit amal.

    ReplyDelete
  3. UMNO terus terdesak, ditolak oleh ahli2 nya sendiri

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    " Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8)

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!