PENDEDAHAN BERAPI! HUDUD HANYALAH SANDIWARA PAS-DAP KATA ANWAR!

Pelik tetapi benar. Kalangan pimpinan tertinggi PKR hanya senyum sahaja bila ditanya mengenai masalah Karpal-Hadi dalam isu HUDUD. Mereka hanya senyum. Hari ini, Anwar akan bertemu lagi dengan pimpinan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu HUDUD. Sandiwara 2.0. Dulu pun pernah jadi begini, Anwar tampil sebagai hero dan menekankan isu Hudud akan diselesaikan secara dalaman.

Anwar akan tetap non-committal mengenai isu Hudud. Kepada Anwar, isu seperti Hudud ini akan menjauhkan lagi kemungkinan dia berada di Putrajaya. Sebab itulah, kalau ditanya kalangan Anwarista di dalam PAS – mereka akan kata, masanya belum tiba untuk pelaksanaan Hudud. Tak perlu hairan dengan pandangan ini. Semuanya akan bermula di Bukit Segambut.

Anwar mahu isu Hudud diselesaikan secara baik dan mudah. Tak perlu kecoh. Tak perlu retakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Khabarnya, sebagai ‘hadiah’ kepada Pas dan DAP; Anwar akan umumkan peruntukan baru yang telah berjaya dia secure daripada sumber luar. Katanya, jumlah yang sangat signifikan dalam memastikan Pakatan Rakyat tampil sebagai satu pasukan yang kuat dan mantap.

Sandiwara Karpal dan Hadi ini adalah usaha taktikal dalam memastikan ‘rakyat’ diingatkan bahawa mereka boleh duduk semeja dan menyelesaikan masalah yang besar seperti Hudud. Apalah sangat dengan masalah seperti jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Mudah dan senang.

Anwar akan meminta kalangan Pas dan DAP untuk membantu membersihkan nama Azmin dalam isu moral yang terbaru. Kepada Anwar, isu Azmin bukan isu terpencil. Ini isu besar. Kredibiliti Pakatan Rakyat boleh tergugat sama – jika lebih banyak bukti dikeluarkan. Anwar sendiri sudah bertanya Azmin, apakah ada sambungan kepada aksi yang sudah terkeluar di dalam blog. Azmin dengan gahnya berkata, ‘No Sir. That’s all’.

Anwar yakin dengan kenyataan Azmin. Nampaknya, isu Hudud pun boleh digunakan bagi mengelakkan isu Azmin Ali. Hudud ini macam smoke screen sahaja. Isu besar adalah isu integriti dan moral Azmin.

Anwar pegang janji Azmin, ‘That’s all Sir’.

‘You better make sure Min. Otherwise, we are in trouble’, kata Anwar.

Sumber: Gelagat Anwar

4 Responses to "PENDEDAHAN BERAPI! HUDUD HANYALAH SANDIWARA PAS-DAP KATA ANWAR!"

  1. Ada 3 tingkat dalam perjuangan.

    Tingkat pertama seorang ketua saja pemutus keputusan.
    Tingkat kedua 'ahli' politik. Perancang strategi.

    Tingkat ketiga Pejuang termasuk ketua ketuanya yang menjalankan arahan yang di persetujui.

    Masaalah pembangkang tingkat pertama kosong. Tingkat kedua bersepah antara perancang politik, ketua ketua parti dan orang orang kuat parti.

    Tingkat 3 baik dari yang lain. Masaalahnya keputusan dari atas kabur.

    Oleh itu PR tunggang langgang. Agenda strategi tahap tinggi tidak sekata dan Jelas. Tenaga hilang entah kemana.

    Selamat lingkup dalam tunggang langgang.

    ReplyDelete
  2. hudud tue kan sendiwara pas menjelang setiap pru..cerita lapok, orang kampong dah jemu, orang bandara kata booo layan..
    film star hudud pon dah tua bangka..nik aziz dgn hadi..tengok muka pon orang dah muak..termuntah..puuihhhtuhh

    ReplyDelete
  3. alangkah moleknya kalau hang kata aku islam,so aku wajib sokong hukum islam ni,kalau pas perintah m'sia tp xbt,boleh tendang,cari owg or geng len plak,daripada hang dok cerca hukum Allah turun tu,sayang...lidah Allah bg kat hang,tp guna dok cerca hukum dia plak..pikio le kedudukan hang di mana...di akhirat nu woooo
    aku lebih rela dibangkitkan dgn orn yg ada cita2 nak laksana hukum islam,dr bangkit dlm group yg 50 tahun perintah,tp dok cerca islam,jumudla,kolot la xsesuai la..huuu payah nak menjawab depan Rabbuljalil wooo

    ReplyDelete
  4. hayoo...buncit betul perut hadi bapa munafik nii.
    gamaknya dia makan makanan hasil kerja munafiknya---makan benda haram.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!