PANAS BERAPI! KENYATAAN NFC UNTUK ISU BAFIA - MESTI BACA

National Feedlot Corporation (NFCorp), syarikat-syarikat berkaitan dengannya serta pengurusinya hari ini memfailkan saman terhadap Public Bank Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bagi menuntut kerosakan yang dialami yang tidak dapat dipampas dan kehancuran terhadap reputasi serta kredibiliti mereka dalam perniagaan akibat daripada tindakan bank tersebut yang telah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Peguamcara yang mewakilli NFCorp menegaskan, perlanggaran keselamatan oleh Public Bank Berhad telah membolehkan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli untuk mendramatikkan serta menanam rasa benci dan gambaran yang salah demi memburukkan reputasi, kredibiliti dan keupayaan NFCorp, syarikat-syarikat berkaitan dengannya serta pengerusinya dengan pihak kerajaan, orang awam dan komuniti perniagaan.

Dalam saman mereka, peguamcara yang mewakili NFCorp menyatakan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, serta pengerusinya (pihak Plantif) telah disebarkan untuk tatapan umum; dan akibat daripadanya, kehidupan pengarah-pengarah dan ahli keluarga Plantif kini terdedah kepada ancaman bahaya.

Selanjutnya, peguamcara NFCorp menyatakan Public Bank Berhad adalah bertanggungjawab melindungi maklumat atas dasar undang-undang, secara kontrak dan tanggungjawab yang telah diamanahkan daripada dicetak semula, diedarkan, dihebahkan, didedahkan, disiarkan dan sebagainya, kepada mana-mana pihak, atau merekodkan bagi pihak, apa-apa maklumat atau dokumen membabitkan akaun pihak Plantif untuk disiarkan oleh mana-mana pihak ketiga.

Peguamcara NFCorp berkata, tindakan anak guamnya memulakan tindakan undang-undang adalah dengan harapan ia akan dijadikan sebagai satu peringatan kepada bank-bank dan juga institusi-institusi kewangan terhadap tanggungjawab mereka untuk melindungi maklumat rahsia pelanggan-pelanggan mereka dalam sebarang keadaan termasuklah memastikan pelanggan-pelanggan mereka tidak terdedah kepada ancaman bahaya.

Seksyen 97 BAFIA menyatakan, “Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun mendedahkan kepada mana-mana orang lain.”

HOUSE PK: So, apa kes pasal BAFIA ni? Public Bank pun senyap je? KLIK SINI

5 Responses to "PANAS BERAPI! KENYATAAN NFC UNTUK ISU BAFIA - MESTI BACA"

  1. NFC ambil peguamcara saman Public Bank then lepas ni Public Bank ambil bekas Peguamcara Negara wakilinya, agak2 sapa yang akan menang ye Parpu? hehehe Allah murahkan rezeki insan mulia macam Dato Mohd Yusuf Zainal Abidin...

    ReplyDelete
  2. Kes ni akan jadi macam domino effect. Last skali yg kena hanya si kerani bank tu dan PBB.

    ReplyDelete
  3. RAFPU (RAFIZI PENIPU)

    Rafizi Ramli ni mmg penipu. Betul ke dia seorang akauntan yang bertauliah? Kepada semua yg menyokong Rafizi Ramli ni, berapa pasti awak dgn qualification yang dia ada? Siapa dia ni sebenarnya? Tengok resume dia pun dah ada kesangsian. Dia kata dia BEST STUDENT SPM 1994 kat MCKK. Tapi masalahnya best student menda dapat 7A1s, 3Cs??? Best student bukan patutnya STRAIGHT A1s ke? Takkan la keputusan student MCKK paling tinggi 7As je?? MCKK kot. Come on, fikir sejenak betul ke Rafizi ni.. Nampak benor penipunya...


    Lepas tu nak dibuatkan cerita.. dia kata 7A1s dia adalah subjek Fizik, Kimia, Biology, Matematik, Matematik Tambahan, BM, English. Bagus betul budak ni.. tapi apa yg 3Cs? Saya agak la subjek yg dpt C mungkin Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam.. kesian.. patutla sibuk nak menhentam negara sendiri.. sanggup join Anwar Ibrahim.. rupanya sejarah negara sendiri dapat C.. kesian.. macam ni ke rupa bakal pemimpin PKR yang korang hamakkan? Pendidikan Islam pun C? Hmm lagi kesian.. pegangan agama tak berapa kuat tapi sibuk nak mencari kesalahan org dan menghentam demi kepentingan parti sendiri??? Rafizi.. berbalik la ke pangkal jalan...

    Tambah lagi, nak dibuatkan cerita lagi best.. dalam resume dia yg boleh korang semua tengok kat link ni :

    http://mymassa.blogspot.com/2012/02/panas-dokumen-bukti-pemimpin-rafizi.html

    Dia kata dia best student for SPM 1994 utk beberapa kategori subjek.. mungkin ni utk pencapaian sekolah la, cikgu saja nak buang duit bagi sijil kat budak-budak ni.. mcm kat sekolah saya pun dulu ada.. tapi saya takde la dpt sbb saya mengaku ramai lagi yg pandai dari saya.. kalau awak semua tengok la kat resume tu.. dia kata dia best student utk subjek HISTORY, fizik dan BM. Kenapa saya bold kat HISTORY atau nama lainnya SEJARAH. Aik? Bukan ke saudara saudari tengok, dia kata sejarah dia kan dpt C? Takkan la dia best student utk subjek sejarah? Tak berapa cerdik budak-budak MCKK ni pasal sejarah? Teruk betul ni.. sampai Rafizi yg dapat C pun boleh dapat best student utk subjek ni?? Hebat hebat!! Sejarah aku A1, kalau aku masuk MCKK confirm aku dpt tewaskan Rafizi! Patutla Rafizi ni bebal sgt.. dia tak belajar mcm mana Malaysia capai kemerdekaan kot... terlalu mengikut telunjuk Anwar Ibrahim.. org pembangkang ni.. kalau nak membangkang.. patutnya benda2 undang-undang dan sejarah la nak kena master.. ye tak? baru boleh nak hentam.. kalau sejarah pun kau dpt C.. hmm diamkan mulut saja la wahai Rafizi..

    Mmg tak disangkalkan yang dia ni mmg pandai ckp dalam kata lain auta je lebih.. mmg menampakkan KJ seakan tewas di medan perdebatan TETAPI dari segi FAKTA mmg KJ menang 100%. Kelebihan Rafizi adalah pandai berkata-kata je tapi akal dia kurang cerdik atau bahasa kasarnya bongong dan tolol. Aku cakap mcm ni sbb aku dah kaji pasal dia ni.. aku pun suka benda-benda tak masuk akal mcm ni.. korang tengok la sendiri.. aku ckp berdasarkan dokumen yg aku nampak.. bukan aku ckp saja-saja.

    Wallahualam~

    ReplyDelete
  4. Haa satu lagi.. eh lupa pula bagi salam.. huhu

    banyak lagi aku tau pasal Rafizi ni.. tapi rasa macam penat pula nak bgtau korang semua.. korang pun pandai2 la tengok resume dia pastu kaji sendiri.. Ni link dia :

    http://mymassa.blogspot.com/2012/02/panas-dokumen-bukti-pemimpin-rafizi.html

    Resume ni pun kira baru lagi.. sbb rafizi lahir 1977.. so skrg dia 35 tahun.. dia buat resume ni time dia 32.. 3 tahun lepas.. so kira baru lagi.. valid lagi.. Kalau korang malas nak kaji, jom aku tolong korang fahamkan penipuan si Rafizi ni dalam resume dia..
    Dia kata dia grad dari Leeds University.
    DIA kata 1st year : first class honours
    DIA kata 2nd year : first class honours

    TETAPI graduated with 2nd Class (LOWER)
    Apa ceritanya ni.. kemain lagi 1st and 2nd year katanya first class honours.. KATANYA la.. aku ni tak berapa nak cerdik tapi benda yg nyata mcm ni tak payah nak nampak sgt nipunya la.. setahu aku la..

    first class patutnya 3.5 keatas
    second class upper 3.0 keatas
    second class lower 2.5 keatas.

    Macam mana 1st and 2nd year boleh kekal kan 3.5 pointernya tapi graduate tiba-tiba jatuh 2.5?? Rafizi buat menda kat sana ni.. apa yg menganggu fikiran dia sampai result teruk sgt? kalau aku bagi dia scholarship petronas, mesti la aku nak keputusan maintain sepanjang semester.. mcm mana org boleh panggil dia ni anak emas petronas aku pun tak faham.. aktif sgt join Anwar Ibrahim sampai teruk keputusan ye Rafizi.. NAMPAK sgt menipu Rafizi oi.. ckp je la kau tak berapa nak cerdik sebenarnya.. resume pun sapa je nak baca kan.. kalau orang nak amik kerja, dia tade sempat nak baca kau grad berapa2 semua.. sebab tu kau amik jalan mudah dgn menipukan resume.. betul ke tak betul? Kita serahkan pada Tuhan.. aku bercakap berdasarkan apa yg aku nampak.. bukan aku yg sendiri buat cerita.. kesian kat kau ni rafizi.. semoga Tuhan meredhai perbuatan kau.. inshaAllah Amin.

    ReplyDelete
  5. NIZAR POYO MUKA MCM CEKODOK PENYEK..MUKA KENE KENTUT DGN DAP JER...TRUE JOKER...HA3

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!