PANAS BERAPI! KENAPA DIPLOMAT SINGAPORK MELAWAT PUSAT PENTADBIRAN PAS KEDAH!?

Malaysia mengalu-alukan lawatan Menteri Dalam dan Luar Negara Singapura, Masagos Zulkifli pada 7-10 Mei lalu.

Sepertimana yang terkandung dalam kenyataan media pihak Singapura, dalam lawatan tersebut, beliau dijadualkan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman.

Selain itu, beliau juga dijadualkan bertemu dengan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah serta DYMM Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis.

Namun, sumber-sumber dari Kedah mengkhabarkan bahawa Encik Masagos telah membuat lawatan sampingan yang tidak terkandung dalam jadual asal ketika berada di Kedah. Jika beliau hanya berjalan-jalan tidak mengikut jadual perjalanan untuk ‘pekena’ laksa Kuala Kedah atau Mee Abu, bolehlah kita berkata ‘ada ku kesah?’

Tetapi, bila khabar yang diterima menyatakan beliau telah melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah, maka kita mula merasa curiga, hairan, serta marah.

Jika ini benar, kita marah kerana tindakan ini jelas menunjukkan bahawa Singapura telah dengan sengaja menunjuk sikap tidak menghormati hubungan diplomatik antara kerajaan dua negara dengan mengunjungi pusat pentadbiran parti pembangkang Malaysia.

Kita juga merasa hairan kenapa PAS membenarkan ini berlaku. Sedangkan umum tahu sejarah antara Singapura VS Malaysia atau Lee Kwan Yew VS Tunku/Tun M/Melayu yang penuh dengan prasangka serta tidak pernah selesa. Sifat kiasu Singapura yang enggan mengalah, enggan mengaku salah dan tidak boleh bertolak ansur dalam apa jua perkara membuatkan hubungan antara dua negara ini tegang. Walaupun tegang tetapi tetap tenang kerana sifat pemimpin Malaysia yang cukup sabar dan berhemah dalam menangani karenah kiasu mereka.

Siapa tidak tahu dendam dan impian Lee Kwan Yew untuk mengCinakan Malaysia sepertimana yang dilakukannya di Singapura. Lee Kwan Yew juga tidak pernah berselindung tentang pendiriannya yang menganggap Islam itu sebagai penghalang perpaduan dan telah membuat kenyataan menyeru orang Islam agar tidak terlalu berpegang kepada agama agar lebih mudah untuk bercampur dan bermasyarakat.

Dan siapa tidak tahu hubungan ‘abang-adik’ PAP dengan DAP. Dikhabarkan juga bahawa Lim Guan Eng memiliki sebuah pejabat di Singapura dan hampir setiap minggu akan ke sana. Untuk apa? Apa agendanya? Apakah Pulau Pinang sebuah negeri di bawah jajahan Malaysia atau Singapura? Semua ini masih lagi menjadi tandatanya dan masih belum terjawab.

Kini dengan lawatan pihak kerajaan Singapura ke Pusat PAS kita tertanya-tanya lagi tidak cukupkah DAP sebagai adik kandung dan kini PAP ingin mengambil PAS sebagai adik angkat pula?

Rasa curiga kita terhadap Singapura dan PAS bukanlah tidak berasas. Kita tahu pilihanraya semakin hampir dan Kedah adalah negeri yang menuju muflis di bawah pimpinan PAS. Tidak mustahil jika lawatan Singapura itu membawa niat untuk ‘membantu’ adik-angkatnya di Kedah. Bantuan yang ditawarkan boleh jadi dalam bentuk ‘pelaburan’ melalui ‘kerjasama’.

Justeru, persoalannya sekarang sejauh manakah kebijaksanaan kepimpinan PAS Kedah untuk membaca yang tersirat, yang tersurat serta mencongak-congak angka, kesan dan akibat jika mereka menerima ‘pelaburan’ dan ‘kerjasama’ dengan Singapura?

Kebimbangan kita ini juga bukannya tidak berasas kerana kita cukup maklum dengan tahap ‘kebijaksanaan’ pemimpin-pemimpin PAS apatah lagi bila berhadapan dengan orang luar atau bangsa lain. Pemimpin-pemimpin PAS, termasuk Ustaz Azizan bukannya pernah terdedah dengan persaingan dengan bangsa lain dan tidak punya pengalaman untuk menangani manipulasi, jauh sekali memahami agenda mereka.

Kerana itu, kita bimbang Kedah akan ditimpa nasib seperti Kelantan di mana tanah-tanah rizab Melayu habis tergadai ke tangan orang akibat ‘kebijaksanaan’ pemimpinnya.

Ustaz Azizan harus menjawab segala kemusykilan rakyat mengenai lawatan Singapura ke Pusat Pentadbiran PAS Kedah ini. Jika tidak benar, katakan tidak benar. Jika benar, katakanlah kenapa.

Rakyat ada hak untuk mendapat penjelasan bagi menghapuskan segala kemusykilan

BLUE BEARY!

4 Responses to "PANAS BERAPI! KENAPA DIPLOMAT SINGAPORK MELAWAT PUSAT PENTADBIRAN PAS KEDAH!?"

  1. Malaysia selepas PRU ke 13 , PR berjaya menubuhkan kerajaan [ na'uzubilah himin zalik ] , Malaysia di istiharkan kepada nama "REPUBLIK RAKYAR MALAYSIA" Saudara Anuar Ibrahim di istiharkan sebagai Presiden yang pertama sementara Perdana Menteri nya ialah LIM Guanjing dan timbalan perdana menteri nya ialah Saudara Abdul Hadi Awang.
    Cuba korang renung renungkan cerita ini , saling ta tumpah masa Singapura baru berpisah dari Malaysia. Hebat kan! perkara ini akan berlaku kira nya kita bercakaran sesama sendiri. Yang bodoh teramat sangat adalah orang Melayu kalau ko ta caya tanya LKY [ Lee Kuan Yu } bukan KY yang anuar selalu gunakan tu

    ReplyDelete
  2. Altra kiasu nak tutuh juboq bahlol, akhirnya merempat bangsa ...

    ReplyDelete
  3. tak heranlah bang sebab nik aziz sendiri dah kata beliau sanggup berkawan dengan setan waimah sekali pun. ini suma self interestlah.

    ReplyDelete
  4. Melayu mudah lupa..tetapi jangan lupa tahun 60an dahulu LKY masuk kpg Melayu berkempen memakai songkok dan memberi salam..selepas menang pilihanraya Melayu habis dianjingkan..sekarang Melayu Singapura mana ada identiti..ya lah sesetengah drp mereka puji PAP sebab hidup senang, gaji lumayan, tetapi tidak dipercayai pemerintah PAP.

    MINTA DIJAUHI INI BERLAKU diMalaysia..Melayu mesti bersatu, kita hampir 70% rakyat negara ini yang ada kuasa mengekalkan kuasa ditangan Melayu.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!