mStar hari ini melaporkan ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama, Dr Cheah Wing Yin menulis surat kepada pemimpin partinya bagi menyatakan pandangan.
Beliau menggambarkan tempoh empat tahun kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dilihat sebagai satu ‘komedi kesilapan’.
Menurut Dr Cheah, terdapat ahli majlis tempatan yang dilantik oleh parti itu tidak boleh mengangkat sumpah jawatan kerana gagal membaca atau bercakap menggunakan bahasa Malaysia.
“Malah ada yang memboikot mesyuarat majlis tempat. Bukan itu sahaja, graduan yang berusia 23 tahun turut dilantik menjadi ahli majlis,” kata Dr Cheah menerusi surat setebal 12 muka surat yang dihantar kepada Penasihat DAP, Dr Chen Man Hin dan Lim Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Menurut surat yang turut diperolehi dan didedahkan The Star pada Mei 9hb, Dr Cheah dinyatakan bahawa prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang digunakan sebagai slogan memancing pengundi pada pilihan raya sepatutnya dipraktik dan diamalkan parti itu.
Selain itu Dr Cheah turut menegur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan ‘Ahli Parlimen berkuasa’ yang dilihat mempunyai ‘keputusan muktamad’.
Read more...

No comments:
Post a Comment
BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!
CILI KASI TARUK!