KASI SAILANG ITU PAILANG

KALAU DAH PAKAR SELURUH DUNIA KATA LYNAS SELAMAT, KENAPA DAP MASIH KERIAU?

KUANTAN: Pakar nadir bumi asing menyifatkan Kilang Lynas Advanced Material di Gebeng, Kuantan, sebagai antara kilang nadir bumi paling canggih di dunia.

Alastair S Neill, pakar utama nadir bumi dari Kanada yang juga Naib Presiden Eksekutif Dacha Strategic Metals, berkata beliau kagum dengan kemudahan pengeluaran Lynas Corporation yang menurutnya bertaraf dunia.

"Saya sudah melihat banyak kilang pemisahan nadir bumi dan saya meletakkan kilang ini dalam senarai teratas yang setanding dengan kilang paling canggih yang saya pernah lihat di Perancis," katanya semasa lawatan ke kilang di Gebeng, Kuantan, hari ini.

Lawatan itu sempena Simposium Nadir Bumi Antabangsa anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM). Neill menjadi penceramah jemputan pada simposium berkenaan.

Pakar lain dalam pasukan itu termasuk Profesor Chun-Hua Yan dari Peking University, Christoph Wilhelm dari Karlsruhr Institute of Technology di Jerman dan Jack Lifton, pengasas bersama Technology Metals Research LLC dari Amerika Syarikat.

Lifton berkata, Malaysia bakal menjadi pengeluar kedua terbesar nadir bumi di dunia selepas China, sebaik kilang itu beroperasi.

"Inilah contoh tepat kecanggihan, mungkin kilang jenis ini lebih canggih di dunia. Saya tidak percaya terdapat masalah radiasi, tidak sama sekali. Apa yang saya perhatikan ialah keselamatan dalam mengendalikan jumlah besar cecair," katanya.

Lifton, perunding dan pensyarah mengenai asas pasaran teknologi logam, berkata kilang itu dapat menarik lebih banyak perniagaan jika syarikat di sini menggunakan produk itu dan seterusnya menggandakan impak ke atas ekonomi tempatan.

Sementara itu, Chun berkata kemudahan dan susun atur kilang itu dilakukan dengan tersusun berikutan pelaburan yang baik.

Beliau berkata, walaupun China mungkin memiliki teknologi nadir bumi terbaik di dunia, industri, teknologi dan sains wajar dibangunkan oleh semua.

Wilhelm pula berkata, kilang itu nampak selamat kerana semua aspek diambil kira, termasuk pengurusan sisa.

Naib Presiden ASM, Datuk Ir Ahmad Zaidee Laidin, berkata berdasarkan pandangan pakar-pakar asing itu jelas kilang berkenaan menggunakan teknologi terkini dalam pemisahan nadir bumi.

Pasukan berkenaan sebelum itu mengadakan perbincangan terbuka bersama pengurusan Lynas Malaysia Sdn Bhd mengenai cabaran yang dihadapi setakat ini. - BERNAMA

HOUSE PK: AKu pelik betul, dah satu dunia punya pakar kata Kilang Lynas ni selamat, tapi kaum DAP ni masih nak menegakkan benang yang basah. Ini bukan lagi soal keselamatan dah, ini puak DAP tak puashati sebab bukan mereka yang dapat projek ni. U get what i mean?
Tag : ISU LYNAS
4 Comments for "KALAU DAH PAKAR SELURUH DUNIA KATA LYNAS SELAMAT, KENAPA DAP MASIH KERIAU?"

sebabnya..mereka nak melindungi kepentingan Motherland China....

Dap tak pernah fikirkan nasib rakyat terutama Melayu. Yang mereka fikir cuma nak menang pilihanraya.

House pk...yes i know what u mean...

Terkenal dgn jahat dan busuk hati. Ditambah pula sokongan dari melayu2 tak sedar diri pas pkr. Sikafir dapigg nak hancurkan org melayu perniagaan melayu tapi sidungu paspkr masih tak faham. Kasi gula2 sikit saja iaitu dapat memerintah msia kalau menang. Dia buat2 tak sedar atau bodo sgt nak nilai tu sgor yg dia dpt siapa perintah. Apa post paspkr dapat. Penang lagilah hancus. Kedah walaupun pas jaga tapi ada suara ghaib yg memberi kataputus contoh hudud tak blh dilaksanakan. Blh jual arak mcm sgor. Apa ni. Pencacai tak blh nilai ke. Bika kita nak betulkan dia akan spin kes lembu lah kes scorponelah dan mcm2 kes yg ketua dia ajarkan. Apa yg selama ni kerajaan buat dia tak sebut sikit pun. Agaknya sepanjang dia sokong paspkr banyak sgt yg dia dpt dari paspkr ni sampai mcm org berhutang budi. Otak dibekukan mata dibutakan telinga dipekakan demi paspkr. Apa tidak adakaj secebis kebaikan yg umno dah buat utk melayu2 ni. Apakah paspkr dapigg lebih baik umno. Cuba kau fikirkan baik2 banyak dah bn umno lakukan utk melayu. Jgnlah jadi melayu bangkai tak mengenang budi. Tanya mak bapak kau dulu masa susah paspkr dapigg ke tolong samoai kau kat tahap ni.

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!
Back To Top